Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai Rancangan Kerajaan Untuk Menambahbaikkan Pengangkutan Awam di Lembah Klang

Posted on Tuesday, 25-09-2012 by Teresa Kok's Office

Selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan membaca jawapannya, saya  tanya beliau dengan soalan tambahan berikut:

i)                    Kita dengar perancangan untuk menambahbaikkan pengangkutan awam di Lembah Klang sejak tahun 80-an, tetapi banyak cadangan tidak dilakukan. Misalnya, kerajaan tidak menentukan laluan LRT, MRT sejak peringkat awal, jadi bila kerajaan ingin melaksanakan projek seperti ini, banyak kawasan di Lembah Klang telah dibangunkan sehingga penduduk membantah laluan LRT, MRT di sana sini, dan menyebabkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri berada dalam keadaan serba-salah.


ii)                 Daripada tempat-tempat yang disebutkan oleh YB Timbalan Menteri dalam jawapan tadi, saya mendapati banyak tempat tidak disebut dan dirangkumi dalam perancangan pengangkutan awam. Misalnya, bandar baru seperti Putrajaya dan Cyberjaya tidak disebut langsung, dan kita tahu “township” tersebut memang akan berkembang dalam tahun-tahun yang akan datang dan laluan LRT dan MRT haruslah ditentukan, supaya penduduk di sana tahu tentang rezab laluan dan tidak akan membantah pada masa hadapan.

Lihatlah Putrajaya sekarang, orang ramai terpaksa pergi ke Putrajaya dengan kereta kerana tiada pengangkutan awam yang bawa orang ramai pergi ke Putrajaya. Jadi kerajaan haruslah mula perancangan pada waktu sekarang.

iii)                Satu isu lagi ialah, apakah Kementerian mengadakan perancangan bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) semasa membuat perancangan tentang pengangkutan awam? Pihak PBT tidak harus membenarkan bangunan plot ratio tinggi di kawasan yang tidak mempunyai laluan LRT, MRT dan pengangkutan awam, seperti Kuchai Entrepreneur’s Park dan Happy Garden di kawasan Parlimen Seputeh dan Mont Kiara. Di kawasan Mont Kiara, bangunan yang mempunyai plot ratio tinggi yang berpuluh-puluh tingkat didirikan tanpa adanya sistem pengangkutan awam dan stesyen LRT di kawasan tersebut.

==============================

Semasa saya membuat pertanyaan tambahan, Tuan Speaker minta saya hentikan pertanyaan saya dan ahli berhormat UMNO pun mula buat bising kerana mereka anggap terlalu panjang. Saya pun cakap pada para ahli Parlimen UMNO ini bahawa mereka kebanyakan duduk di kawasan seperti Mont Kiara, dan bila saya bangkitkan isu berkenaan dengan kawasan kediaman mereka, mereka haruslah sokong ucapan dan pandangan saya.

Saya tidak ingat apa yang dijawap oleh Timbalan Menteri ke atas soalan tambahan saya, saya ingat dia pun tiada jawapan. Dia hanya dipertugaskan untuk baca jawapan yang disediakan oleh pegawai kerajaan sahaja………………

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme