Sumbangan Raya kepada ibu tunggal
Pada Ahad yang lalu, Pusat Khidmat DAP Kinrara telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Merdeka Raya di kawasan kinrara, Tapak Pasar Pagi, Seksyen 3, Taman Kinrara.
Terdapat kira-kira sebanyak 1300(kiraan kasar) telah menghadiri jamuan merdeka raya tersebut di mana kebanyakan mereka adalah penghuni-penghuni di kawasan Kinrara, Puchong.
Dalam jamuan raya ini, saya juga memberi sumbangan raya kepada penghuni-penghuni di kawasan Kinrara termasuk 400 kanak-kanak menerima duit raya dan 150 hamper telah diberikan kepada orang warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Sdr. Gobind juga hadir di jamuan tersebut.