Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Selangor Menerima Pelaburan Paling Banyak di Malaysia Bagi Lima Bulan Pertama Tahun 2012

Posted on Thursday, 30-08-2012Thursday, 30-08-2012 by Teresa Kok's Office

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor & Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan di Shah Alam pada 29 Ogos 2012

Dengan bangganya saya ingin memaklumkan bahawa Selangor mencapai kedudukan No: 1 dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia bagi lima bulan pertama tahun 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5,125,158,243 daripada 106 projek yang diluluskan.

Sebagai ringkasan, saya ingin menekan bahawa jumlah nilai pelaburan tempatan setakat Mei 2012 adalah sebanyak RM 3,950,571,745 (77.08%) adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing  sebanyak RM 1,174,586,498 (22.92%) di Selangor. Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan mempercayai terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Sila lihat Jadual 1 yang dilampirkan di sini.

Selangor mencapai bilangan projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain bagi tempoh Januari –  Mei 2012

Selaras dengan statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai bilangan projek yang diluluskan antara negeri, Negeri Selangor mencatatkan jumlah kelulusan projek sebanyak 106 projek atau 31.83% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Daripada 106 ini, 63 merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 billion manakala baki 43 merupakan projek yang pembesaran dan pelbagai.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 72 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 37 projek.

Jumlah peluang pekerjaan diwujudkan yang tertinggi antara negeri di Malaysia

Secara keseluruhannya, sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan iaitu 28.94% daripada jumlah potensi peluang perkejaan yang diwujudkan, dimana sebanyak 6,187 adalah daripada projek baru, dan sebanyak 4,335 adalah daripada projek pembesaran/pelbagaian.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 10,434 potensi peluang perkejaan dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 4,962 potensi peluang perkejaan.

Sila lihat Jadual 2 yang dilampirkan di sini.

Jumlah nilai pelaburan tempatan yang kedua tertinggi antara negeri di Malaysia

Negeri Selangor telah mencapai jumlah perlaburan tempatan sebanyak RM3.9 billion iaitu 32.53% daripada jumlah keseluruhan pelaburan tempatan negara selepas Negeri Sabah yang mempunyai pelaburan tempatan sebanyak RM4.5 billion.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta , diikuti oleh Germany  dengan RM196 juta, dan Singapura dengan RM 139 juta.

Sila lihat Jadual 3 yang dilampirkan di sini.

Kelulusan Mengikut Bilangan Projek

Industri Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan  mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek. Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek. Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek.

Kelulusan Projek Mengikut Nilai Pelaburan

Industri Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM 2,292,927,735. Ini diikuti  Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan sebanyak RM 448,505,840. Manakala Industri Pembuatan Barangan Logam Asas mencatatkan jumlah pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM 422,922,444.

Kelulusan Projek Mengikut Penyertaan Pelaburan Tempatan

Industri Pembuatan Peralatan Kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 peluang pekerjaan. Ini diikuti Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan sebanyak 994 dan Industri Pembuatan Barangan Minuman dan Tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan.

Sila lihat Jadual 4 yang dilampirkan di sini.

Teresa Kok

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme