Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Chua Jahil Terhadap Penyelesaian Hutang Talam, Minta Dia Bertanding di Selangor di PRU13

Posted on Wednesday, 01-08-2012 by Teresa

 

Kenyataan Akhbar Teresa Kok, Exco Selangor, 1hb Ogos 2012, di Shah Alam
Chua Tee Yong kelihatan “syok sendiri” apabila beliau mengatakan bahawa Tony Pua dan saya telah membuat kenyataan yang saling bercanggah dalam kes penyelesaian hutang Talam.
Pada hakikatnya, kenyataan Tony Pua dan saya tidak saling bercanggah, cuma Chua Tee Yong yang gagal memahami isu penyelesaian hutang Talam oleh Kerajaan Selangor secara keseluruhannya.
Semasa era pentadbiran Kerajaan BN, penyelesaian hutang Talam hanya melibatkan UNISEL dan Maxisegar pada tahun 2006. Bekas Kerajaan BN Selangor langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melangsaikan hutang di antara Talam dan kesemua anak syarikat kerajaan Selangor, seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada tahun 2010.
 
Bila Pakatan Rakyat mengadakan penyelesaian hutang secara keseluruhan dengan Talam, kami tidak membatalkan perjanjian oleh UNISEL dengan Talam yang dibuat pada tahun 2006 dan luput pada 8.3.2008 kerana Syarikat Maxisegar telah diberikan Perintah Menghalang (Restraining Order) di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965 oleh Mahkamah (iaitu Maxisegar menghadapi masalah kewangan yang teruk sekali pada waktu itu), dan Selangor mungkin tidak dapat mengutip apa-apa daripada Maxisegar sekiranya Maxisegar gagal keluar dan bergelumang dalam kancah masalah kewangannya pada waktu itu.
Apa yang saya sebut dalam kenyataan saya sebelum ini adalah “penyelesaian sebahagian hutang” di antara UNISEL dan anak syarikat Talam pada tahun 2006, tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat mengadakan “penyelesaian hutang secara keseluruhan” dengan Kumpulan Talam Corporation dan kesemua anak syarikat Kerajaan Selangor.
Saya telah kemukakan Perjanjian Jual Beli lima unit hartanah di Menara Pandan yang diambil-alih pada tahun 2006. Mengapakah Chua masih mengatakan perjanjian tersebut telah luput? Gembar-gembur yang dibuat oleh Chua menunjukkan beliau jahil terhadap perjanjian tersebut serta perkara lain yang berkaitan dengan isu ini. .
Ramai ahli MCA dan saya tertanya-tanya kenapakah Chua sebagai Ahli Palimen bagi kawasan di Negeri Johor dan Timbalan Menteri begitu berminat terhadap urusan di Selangor?
Saya dengan ini menjemput Chua bertanding di Negeri Selangor dalam PRU 13, supaya beliau boleh tahu samada rakyat di Selangor percaya pada tuduhannya terhadap isu penyelesaian hutang Talam dan Kerajaan Pakatan Selangor.
Teresa Kok
—————————————————————

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme