Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pemimpin BN Harus Menghentikan Penyebaran Pembohongan Mengenai Peresapan Elemen Komunis dan Pelampau Islam ke Dalam Pakatan rakyat

Posted on Monday, 23-07-2012Monday, 23-07-2012 by Teresa Kok's Office

­Kenyataan Hishammudin selaku pemimpin UMNO dan Menteri Kerajaan BN bahawa Komunis dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) telah meresapi ke dalam parti Pakatan Rakyat menunjukkan BN telah ketandusan modal politik dan terpaksa menggunakan pegawai PDRM untuk menyebarkan pembohongan.

Kenyataan mereka dibuat selepas Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman mengatakan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis meresapi parti politik pembangkang dan cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13.

 

Kenyataan Datuk Mohd Sofian yang dibuat secara umum tanpa merujuk kepada bukti yang kukuh adalah amat tidak adil dan tidak benar kepada Pakatan Rakyat. Ia lebih merupakan satu kenyataan politik yang berpihak kepada BN daripada kenyataan yang berlandaskan fakta yang bebas daripada pendirian parti politik.

Saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri menumpukan usaha untuk memerangi jenayah dan menjaga keselamatan, dan bukan membazirkan masa dalam topik dan isu lama seperti ini. Sebagai pemimpin Negara, mereka sepatutnya elak mengeluarkan kenyataan yang jauh daripada benar dan mengelirukan rakyat.

Hishamuddin seharusnya mengarah Cawangan Khas PDRM untuk menjadi satu agensi yang bebas daripada politik perpartian dan tarik balik tuduhan yang tidak berasas tersebut demi namabaik PDRM.

– Teresa Kok –
Kenyataan Akhbar Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Pada 23 Julai 2012 di Shah Alam

郭素沁促勿捕风捉影搞“渗透论”
建议从政治部调更多人手出来拼治安

【吉隆坡23日讯】大选越来越近,各种怪论亦争相出笼。民主行动党全国组织秘书郭素沁严正指出,最近的怪论是“渗透论”;内政部长希山慕丁属下政治部副总监社会极端分子威胁组主任苏菲安,日前指“一些伊斯兰教祈祷团分子正尝试渗透伊斯兰党,而共产党分子则在尝试渗透民主行动党。”

郭素沁认为,巫统的宣传手法已破产而拿不出什么新点子,也变不出什么新课题,只好搬出“渗透论”,分别指行动党和伊斯兰党受极端分子渗透。这种做法在于打击人民联盟,企图勾起选民对极端组织的回忆和恐惧,达到排斥民联的不良目的;不过她说,巫统这种手法是注定失败的,因为选民现在都很聪明,不会让巫统随便摆布。

也是吉隆坡士布爹区国会议员的郭素沁说,在世界共产主义已走务实路线的时代,巫统最多也只能调动一些年迈选民的情绪,这种情绪即是还有,也都残留在上个世纪的旧年代。

她建议内长从政治部调出更多人力资源,用于维持越来越坏的社会治安,而不是用大批原本用于缉拿强盗劫匪的人手,去捕风捉影搞一些对付政敌的工作,企图影响行动党和伊斯兰党的声誉,进而破坏人民对民联的良好印象,争取多几张选票。

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme