Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI DI SELANGOR

Posted on Wednesday, 11-07-2012Wednesday, 11-07-2012 by Teresa Kok's Office

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN YB TERESA KOK, EXCO PELABURAN, PERDAGANGAN & PERINDUSTRIAN, 11 Julai 2012 di Dewan Negeri Selangor

Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor,

 

PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI

Negeri Selangor kekal dan terus menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia melebihi 22% . Sumbangan yang besar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia membuktikan status Negeri Maju yang dicapai Selangor sebelum ini akan diteruskan dengan prestasi ekonomi yang lebih baik untuk tahun 2012.

Ekonomi negeri Selangor dianggarkan terus menunjukkan peningkatan yang sederhana dengan KDNK tahun 2012 diunjurkan mencatat pertumbuhan 5.3% sehaluan dengan persekitaran global dan ekonomi negara luar yang sederhana.

 

Sektor Perkhidmatan

Sektor Perkhidmatan diunjurkan tumbuh sebanyak 5.4 % pada tahun 2012 dengan sumbangan sebanyak 56.4% kepada pecahan KDNK negeri. Menjadi penyumbang utama negeri, pertumbuhan sektor ini dijangka dipacu oleh kecergasan aktiviti komunikasi, kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan menggalakkan usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan sektor perkhidmatan kekal sebagai peneraju utama pertumbuhan ekonomi negeri.

Kemasukan pelaburan, teknologi dan tenaga profesional luar ke dalam negeri mengukuhkan daya saing sektor perkhidmatan di samping sumbangan sektor perdagangan borong dan runcit yang dianggarkan menyumbang sebanyak 17.6% kepada KDNK negeri. Prospek perdagangan baru melalui pembukaan kompleks perniagaan baru runcit serta peluasan operasi pasar raya besar menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan peratusan sumbangan tersebut.

 

Sektor Pembuatan

Pemulihan sederhana yang dialami perdagangan dunia menjangkakan pengeluaran dan jualan sektor pembuatan yang terus meningkat bagi tahun 2012 dengan unjuran peningkatan sebanyak 5.3% dengan sumbangan kepada KDNK sebanyak 34.1%.

Industri pembuatan berorientasikan domestik dijangka berkembang seiring sentimen pengguna dan perniagaan yang baik dengan sub sektor elektronik dan elektrik dijangka meningkat dengan peningkatan permintaan bagi kelengkapan elektronik dan semikonduktor. Peningkatan permintaan barangan sumber seperti produk petroleum, kimia, getah dan plastik serta peningkatan pendapatan boleh guna terutama industri kelengkapan pengangkutan dijangka menyokong pertumbuhan sektor pembuatan terus meningkat.

 

PRESTASI SEKTOR PELABURAN BAGI TAHUN 2012

Bagi tempoh Januari hingga April 2012, sebanyak 90 projek perkilangan telah diluluskan di negeri Selangor dengan nilai pelaburan bernilai RM 4.548 bilion. Daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan RM 17.929 bilion yang diluluskan di Malaysia, pelaburan di Selangor merupakan 25.37% daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan oleh MITI/MIDA.

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan di tempat kedua tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sebanyak RM 4.758 bilion daripada 13 projek perkilangan yang diluluskan.

Daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak RM 3.514 bilion adalah daripada pelabur tempatan dan sebanyak RM 1.034 bilion adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 8,836 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

Dari segi status projek yang diluluskan, sebanyak 53 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3.199 bilion (70%). Sebanyak 37 projek merupakan projek penambahan/pengembangan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.349 bilion (30%). Daripada jumlah ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan di negeri Selangor dan masih berkeyakinan dengan senario pelaburan semasa dan dasar pelaburan yang berkonsepkan Mesra Pelabur yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Industri

Industri Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan RM 2.227 bilion daripada 16 projek. Ini diikuti Industri Pembuatan Pembuatan Mesin dan Peralatan sebanyak RM 430 juta daripada 8 projek dan Industri Pembuatan Barangan Logam Asas sebanyak RM 400 juta daripada 6 projek yang diluluskan.

Dari segi peluang pekerjaan yang diwujudkan, Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan yang tinggi sebanyak 2,821 peluang pekerjaan, diikuti Industri Pembuatan Barangan Kimia sebanyak 758 dan Pembuatan Pembuatan Mesin dan Peralatan sebanyak 692 potensi peluang pekerjaan.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Penyertaan Pelabur Asing

Pelabur daripada Switzerland merupakan utama dengan nilai pelaburan berjumlah RM 246 juta dengan 1 projek, diikuti pelabur daripada Jerman sebanyak RM 196 juta dengan 4 projek dan pelabur daripada Singapura sebanyak 130 juta dengan 5 projek.

Bagi tempoh tahun 2010 sehingga April 2012, negeri Selangor telah menerima sebanyak 7 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM 720,075,062 yang melibatkan penyertaan para pelabur daripada Negara-negara seperti Iran, UAE dan Arab Saudi. Sebanyak 1 projek melibatkan penyertaan daripada pelabur daripada Arab Saudi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2,021,433. 2 projek melibatkan pelabur daripada Negara UAE bernilai RM 16,669,056. Dan sebanyak 4 projek melibatkan pelabur daripada Negara Iran dengan nilai pelaburan RM 38,780,500.

Tahun

Negara

Projek

Peluang Pekerjaan

Jumlah Modal Pelaburan (RM)

2012 Saudi Arabia

1

13

6,738,111

 

2011 Iran

3

142

17,400,500

 

2010 Iran

1

86

21,380,000

UAE

2

34

26,556,451

  Jumlah

7

275

72,075,062

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Daerah

Daerah Hulu Selangor mencatat jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan RM 2.129 bilion dengan 3 projek. Ini diikuti Daerah Petaling dengan RM 952 juta dengan 38 projek dan diikuti Daerah Klang dengan RM 834 juta daripada 19 projek.

 

Permohonan Kelulusan Penempatan Projek

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2012, sebanyak 67 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.625 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM 1.326 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 299 juta daripada pelaburan asing. Sebanyak 7,706 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

KESIMPULAN

Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif di Negeri Selangor serta mewujudkan suasana pelaburan yang sihat dengan menggalakkan aktiviti pelaburan dengan fokus kepada pelabur yang sedia ada sama dalam sektor pembuatan mahupun perkhidmatan.

 

1 thought on “PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI DI SELANGOR”

  1. CYC says:
    Wednesday, 18-07-2012 at 12: 25.19

    Why are all state exco mum on the Talam issue but Tony Pua answering the allegation instead. He is not a member of Selangor state exco. I am not buying MCA’s spin but I am curious and sadden by the performance of state exco and it reflects badly on PR’s governing ability.LKS must ensure the next exco member appointment be done base on merit and not favoring blue eye boys/girls.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme