Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Penangguhan Parlimen Yang Mendesak PM Memberi Jawapan Tentang Lawatannya ke London, New York, dan Milan

Posted on Thursday, 28-06-2012Thursday, 28-06-2012 by Teresa Kok's Office

Ucapan Penangguhan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh pada 27 Jun 2012

Isu-isu Berkenaan Dengan Lawatan PM ke Eropah & Amerika Syarikat

=====================================================================

Jawapan Parlimen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada saya yang bertarikh 12-6-2012 berkenaan dengan perbelanjaan sempena lawatan Perdana Menteri ke Eropah dan Amerika Syarikat pada 13-5-2012 hingga 25-5-2012, adalah tidak lengkap dan faktanya adalah mencurigai.

Dalam jawapan Parlimen tersebut, PM dikatakan berada di London daripada 13-5-2012 hingga 15-5-2012. Selepas itu, beliau berada di New York daripada 16-5-2012 sehingga 18-5-2012, dan teruskan lawatan peribadinya di Washington daripada 19-5-2012 sehingga 24-5-2012.

Jawapan Parlimen tersebut menyatakan PM hanya menyertai dua acara rasmi, iaitu “Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council” di New York yang yang makan belanja RM1,606,402.75. Kedua-dua program tersebut adalah tidak penting bagi Perdana Menteri, bukankah ini lawatan tersebut membazirkan dana pembayar cukai dan masa bagi beliau? Bukankah lawatan yang mempunyai program lawatan kerja yang begitu kurang ini menunjukkan bahawa PM sebenarnya pergi ke London, New York, Washington dan Milan untuk bercuti?

Jawapan Parlimen berkenaan juga menyatakan bahawa Kerajaan membelanjakan RM452,985.74 untuk pegawai-pegawai PM yang mengiringi lawatan peribadinya ke Washington.

Walau bagaimanapun, mengikut semakan saya terhadap laluan penerbangan PM dalam laman web www.flightradar24.com/2012-05-20/03:22/NAA, saya mendapati pesawat kerajaan rasmi, 9M-NAA telah pergi dari Washington ke Milan, Italy pada 20-5-2012. Pesawat kerajaan tersebut berada di Milan selama empat hari dan kemudiannya ke Dubai pada 24-5-2012 sebelum pulang ke tanahair pada 25-5-2012.

Tuan Yang di-Pertua, kenapakah jawapan Parlimen tersebut tidak sebut tentang lawatan PM dan pegawainya ke Milan? Rakyat berhak untuk diberitahu kerana lawatan ini menggunakan pesawat rasmi kerajaan. Jadi, bukankah jawapan Parlimen ini memesongkan dewan?

Di sini, saya ingin minta Perdana Menteri memberitahu dewan yang mulia ini tentang isu-isu tersebut:

i) Apakah pecahan perbelanjaan RM452,985.75 yang digunakan oleh pegawai yang mengiringi lawatan peribadi PM di Washington? Apakah pegawai-pegawai ini mengikut PM untuk pergi ke Milan?

ii) Siapakah pegawai yang mengiringi PM dalam lawatan peribadinya? Siapakah yang membiayai perbelanjaan lawatan mereka di Milan dan Dubai?

iii) Berapakah pesawat rasmi yang digiunakan oleh PM dan YDP Agong selain 9M-NAA? Apakah justifikasi bagi PM untuk menggunakan pesawat rasmi kerajaan untuk membuat lawatan peribadi?

Memandangkan jawapan Parlimen mengenai lawatan PM ini telah kelihatan memesongkan dewan, saya menyeru Perdana Menteri boleh memberi jawapan yang jujur berkenaan dengan lawatannya pada Mei 2012 ini.

-Teresa Kok –

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme