Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Pertanyaan Berkenaan Keberkesanan SmartTAG Sistem

Posted on Tuesday, 19-06-2012Tuesday, 19-06-2012 by Teresa Kok's Office

SOALAN NO. 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN:LISAN

TARIKH:19 JUN 2012 (SELASA)

DARIPADA:PUAN TERESA KOK SUH SIM

[SEPUTEH]

 

SOALAN:

 

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab Kementerian melantik Smart Tag sebagai sistem yang digunakan di semua plaza tol di lebuh raya bertol. Apakah Kementerian akan menghendaki syarikat tersebut menambahbaik keberkesanan Smart Tag memandangkan sistem ini semakin tidak berkesan dan malah menyumbangkan kepada kesesakan di plaza tol.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

Syarikat Touch N Go Sdn. Bhd. (TNGSB) – dahulu dikenali sebagai Rangkaian Segar Sdn. Bhd. (RSSB) – ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Oktober 1996. Menerusi usaha sama Kerajaan, syarikat berkenaan pada bulan Mac 1997 telah melancarkan kaedah pembayaran kad prabayar kutipan tol elektronik (ETC) yang dikenali sebagai Touch N Go. Manakala perati SmartTAG pula ialah alat pemancar data inframerah yang diperkenalkan pada bulan Mac 1999 sebagai kemudahan kepada pengguna membuat transaksi pembayaran tol tanpa perlu berhenti di plaza tol. Pada peringkat awal system Touch N Go ini telah dilaksanakan di Lebuh Raya PLUS dan Metracmac sebelum ia diterima pakai di semua lebuh raya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum pengenalan SmartTAG pada tahun 1999, terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik yang dilancarkan oleh beberapa buah syarikat konsesi tertentu. Sehubungan itu mulai 1 Julai 2004, Kerajaan telah memutuskan supaya system kutipan tol elektrik di semua lebuh raya di negara ini diseragamkan menerusi sistem pembayaran elektronik bersepadu tunggal, iaitu Touch N Go/ SmartTAG. Dasar ini bertujuan mengelakkan timbul kekeliruan dan kesulitan kepada pengguna, sekali gus menjimatkan kos pembelian kad dan peranti yang berasingan. Sehingga kini, secara purata lebih daripada 50% pengguna lebuh raya telah memilih untuk menggunakan kad Touch N Go sebagai pembayaran tol sejak ia dilancarkan hampir 15 tahun lalu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, masalah kesesakan di plaza-plaza tol lebuh raya bukanlah berpunca daripada penggunaan system Touch N Go dan SmartTAG, sebaliknya penggunaan sistem elektronik ini sebenarnya telah membantu pengguna melicinkan dan menjimatkan masa perjalanan mereka. Berdasarkan pemerhatian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), masalah kesesakan di plaza-plaza tol khususnya pada waktu puncak ialah disebabkan oleh ramai pengguna yang memilih untuk bayaran transaksi secara tunai, di samping faktor kesilapan penggunaan On-Board Unit (OBU) untuk peranti SmartTAG akibat daripada kecuaian pengguna, seperti kekurangan baki kredit masalah bateri dan sebagainya.

 

Sehubungan itu bagi menggalakkan lagi penggunaan sistem kutipan tol elektronik, Kementerian Kerja Raya mulai tahun ini telah menetapkan sasaran penggunaan kad Touch N Go, iaitu sekurang-kurangnya 60% untuk lebuh raya dalam bandar dan 35% untuk lebuh raya antara bandar. Di samping itu, syarikat TNGSB juga telah mengambil inisiatif dengan menambahkan lagi bilangan pusat jualan, khususnya fasiliti tambah nila dan “Tambah Nilai Automatik”. Pada masa kini terdapat lebih daripada 7,000 pusat tambah nilai Touch N Go di seluruh negara dan 31 Touch N Go spot, iaitu pusat khidmat pelanggan TBGSB di stesen-stesen konsesi lebuh raya juga telah diarah untuk meningkatkan tahap perkhidmatan di plaza-plaza tol, khususnya pada waktu puncak dan musim perayaan tertentu.

 

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme