Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

My submitted Parliamentary questions for June 2012 Dewan Rakyat sitting

Posted on Saturday, 19-05-2012 by Teresa

Below are the 10 oral and 3 written questions submitted yesterday for the upcoming Parliament siting.

Soalan Lisan

1. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan samada YB Menteri puashati terhadap cara DBKL dan polis menangani isu orang yang menjual berger dan membuat kelakuan tidak senonoh di hadapan kediaman Pengerusi Bersih, Dato Ambiga Sreenevasan. Apakah yang dilakukan oleh YB Menteri untuk memberi perlindungan kepada Ambiga dan keluarganya.   (11 Jun 2012)

2. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kementerian yang menyelesaikan isu bantahan terhadap pemandu lori kontainer yang membantah kenaikan harga terhadap lori container oleh pengurus depot? Macam manakah kementerian mengelakkan isu ini daripada diulangkan? (13 Jun 2012) 

3. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pengangkutan menyatakan kenapakah Menteri mengarahkan pembayaran kepada KDSB tanpa mengambil nasihat peguam Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dalam kes PKFZ. Macam manakah Kementerian mendapatkan balik wang daripada KDSB sekiranya PKA menang dalam sut mahkamah RM1.6 bilion terhadap KDSB?  (14 Jun 2012)

4. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Spain. Berapakah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi?  (12 Jun 2012)

5. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa anggota polis dikerah untuk hadir dalam Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dan jumlah perbelanjaan terlibat. Sila nyatakan jumlah laporan polis yang mengadu keganasan polis di Perhimpunan Bersih 3.0  dan tindakan yang diambil terhadap polis yang melakukan keganasan.  (18 Jun 2012)

6. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab Kementerian melantik “Smart Tac” sebagai sistem yang digunakan di semua plaza tol di lebuhraya bertol. Apakah Kementerian akan menghendaki syarikat tersebut menambahbaikkan keberkesanan “Smart Tac” memandangkan sistem ini semakin tidak berkesan dan malah menyumbangkan kepada kesesakan di plaza tol?  (19 Jun 2012)

7. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri  Dalam Negeri menyatakan alasan  imigresen enggan mengeluarkan visa kemasukan kepada beberapa peguam Peranchis SUARAM seperti William Bourdon dan Joseph Brehem yang membawa kes Scorpene ke Mahkamah Peranchis untuk masuk ke Malaysia? (14 Jun 2012)

8. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri akan hadir di Mahkamah Peranchis untuk memberi penerangan sekiranya disapina oleh mahkamah negara itu?    Apakah kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khs untuk menyiasat kes pembelian kapal selam Scorpenes yang melibatkan komisyen kepada syarikat Perimekar dan Terasasi?  (15 Jun 2012)

9. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan macam mana kerajaan menangani masalah kekurangan pekerja kilang yang serius yang dihadapi oleh pelabur dan pekilang di Malaysia? Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor perkilangan dan sektor perladangan.  (20 Jun 2012)

10. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pemegang biasiswa JPA yang tidak dapat menunaikan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan sejak JPA diadakan.  Berapakah pemegang biasiswa JPA yang yang telah dibebaskan daripada ikatan kontrak selama ini?     (21 Jun 2012)

 

SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS  

11. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kerja Raya menyenaraikan   lebuhraya bertol yang akan dicadangkan selepas tahun 2008. Apakah Kementerian bercadang memasukkan syarat bahawa lebuhraya bertol baru akan dihentikan kutipan tol selepas keuntungan yang dijangka tercapai.

12. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)  minta Perdana Menteri menyatakan pecahan kos perbelanjaan pengiklanan “1 Malaysia” dan siri program Transformasi yang dilancarkan oleh Pemandu daripada mula sehingga Mei 2012 mengikut:

i)              Radio dan Televisyen

ii)             Suratkhabar

iii)            Media Sosial dan Internet

iv)            Iklan bentuk lain

13. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyenaraikan:

i)             SJKC dan SJKT yang diumumkan oleh kerajaan selepas tahun 2008;

ii)            SJKC dan SJKT yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum tahun 2008 dan dibina selepas tahun 2008.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme