Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen mengenai penandatanganan Perjanjian Perdagangan Bebas (Trans-Pacific Partnership)

Posted on Monday, 02-04-2012Monday, 02-04-2012 by Teresa

Soalan No. 30

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN      :        LISAN

DARIPADA           :       YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH               :        2 APRIL 2012

SOALAN :

YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta Menteri PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pendirian Kementerian terhadap Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang akan ditandatangani oleh Malaysia yang membenarkan pelabur untuk mendakwa dan menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal antarabangsa. Apakah Kementerian akan membentangkan TPPA untuk di bahas di Parlimen dan diumumkan kepada orang ramai sebelum Kerajaan menandatangani perjanjian tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Isu pelaburan masih dirundingkan dalam rundingan Trans-Pacific Partnership (TTP) dan Kerajaan sedang membuat pertimbangan secara berhati-hati dalam perkara yang dibangkitkan.

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman, peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) dengan izin, yang membenarkan pelabur untuk mendakwa dan menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal antarabangsa tidak seharusnya ditolak kerana banyak pelabur di Malaysia juga melabur di luar Negara. Pelabur Malaysia ini juga memerlukan keyakinan bahawa pelaburan mereka terjamin dan mempunyai saluran untuk menuntut pampasan sekiranya pelaburan mereka terjejas akibat tindakan yang diambil oleh kerajaan Negara di mana mereka melabur.

Tuan Yang Di Pertua,

Semua Perjanjian FTA akan dibincangkan dengan stakeholders, dengan izin, dan keputusan akhir dibuat oleh Jemaah Menteri. Namun demikian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa semua pendirian dalam rundingan diambil setelah mengadakan perbincangan dengan semua pihak iaitu Kementerian dan Agensi Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga akan memberi penjelasan dari semasa ke semasa di Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa soal jawab dan perbahasan lain.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme