Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen mengenai kriteria perlantikan anggota SEDA

Posted on Monday, 26-03-2012Thursday, 29-03-2012 by Teresa

Soalan No. 58

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN      :        LISAN

DARIPADA           :       YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH               :        26 MAC 2012

SOALAN :

YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kriteria perlantikan anggota SEDA memandangkan kebanyakan anggota terdiri daripada pegawai Kerajaan dan malah diketuai oleh YB Alor Gajah. Kenapakah tiada wakil NGO dan wakil daripada industry tenaga boleh diperbaharui dilantik dalam SEDA memandangkan SEDA menguruskan dana sumbangan orang ramai yang begitu banyak.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Perlantikan Anggota SEDA Malaysia adalah selaras dengan Seksyen 5, Akta 726, Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari di mana Pihak Berkuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Menteri iaitu:

1)    Pengerusi

2)    Tidak kurang daripada dua (2) tetapi tidak lebih daripada empat (4) wakil Kerajaan Persekutuan; dan

3)    Tidak kurang daripada tiga (3) tetapi tidal lebih daripada lima (5) orang anggota lain; dan

4)    Ketua Pengawai Eksekutif.

Anggota-anggota SEDA Malaysia telah dipilih daripada golongan professional yang berpengalaman dalam perkara berkaitan tenaga lestari, kejuruteraan, perniagaan, kewangan, pentadbiran dan lain-lain kelayakan akademik yang bersesuaian.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Perlantikan Pengerusi SEDA Malaysia telah mendapat persetujuan dari YAB. Perdana Menteri di mana asas cadangan perlantikan adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang meluas dalan Kerajaan dan kelayakan beliau dalam bidang kejuruteraan elektrik, ekonomi dan pentadbiran am. Beliau juga mempunyai pengalaman dan penglibatan dalam bidang ekonomi secara meluas di dalam Negara dan juga di peringkat ASEAN. Selain itu, beliau pernah menjadi konsultan atau pakar ekonomi dalam bidang ekonomi negara terutamanya penglibatan Demographic-Economic Modelling, bagi Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dan juga Kajian Pembekalan Elektrik Luar Bandar yang juga berkait dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB).

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Bagi Anggota SEDA Malaysia yang lain, mereka telah dilantik berdasarkan kepada kepakaran masing-masing seperti pengalaman dalam bidang pengurusan dan kewangan, penggubalan dasar tenaga, kejuruteraan, perundangan dan sebagainya. Buat permulaan sebanyak tujuh (7) Anggota SEDA Malaysia telah dilantik. Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk melantik empat orang lagi sebagai Anggota SEDA Malaysia dan ahli-ahli NGO dalam industry akan diberi pertimbangan juga.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan pengurusan dana Kumpulan Wang TBB, SEDA Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa khusus di bawah Pihak Berkuasa. Jawatankuasa ini diwakili oleh pihak-pihak berkepentingan yang akan menentukan hala tuju dan memantau kecekapan pengurusan dana ini. Selain itu, perbelanjaan dana Kumpulan Wang TBB turut akan dibentangkan setiap tahun dalam dewan yang mulia ini.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme