Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

State Assembly Sitting Day 6 (26 March 2012)

Posted on Monday, 26-03-2012Monday, 26-03-2012 by Teresa

TEKS PENGGULUNGAN TERESA KOK BAGI USUL MENYEMBAH UCAPAN TERIMA KASIH SERTA MENJUNJUNG KASIH KE ATAS TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI DEWAN NEGERI SELANGOR 26 MAC 2012

 

Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor,

 

PERTUMBUHAN EKONOMI TERUS BERKEMBANG

 

Ekonomi Malaysia akan terus berkembang meskipun berhadapan dengan persekitaran luar yang lebih mencabar akibat ketidaktentuan ekonomi global yang masih menguasai pasaran di negara-negara maju dan juga kuasa-kuasa besar Asia.

 

Ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar.  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor masih berjaya dicatat pada Lima Perpuluhan Sembilan Peratus (5.9%) dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi.  Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka terus berkembang dengan beberapa inisiatif utama seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan

 

Ekonomi Negeri Selangor tahun 2012 diunjur merekodkan prestasi yang sederhana dengan KDNK sekitar Lima Perpuluhan Tiga Peratus (5.3%) sehaluan dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.  Sektor perkhidmatan dijangka akan menjadi pemacu ekonomi Selangor dengan kecergasan sektor perkhidmatan kerajaan, kerancakan aktiviti berkaitan perdagangan, serta pengukuhan kemasukan pelaburan, teknologi dan tenaga profesional meningkatkan sumbangan kepada KDNK negeri.

 

Sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran Dua Puluh Dua Peratus (22%), Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri.

 

PRESTASI SEKTOR PELABURAN BAGI TAHUN 2011

 

Bagi tempoh Januari hingga Disember 2011, sebanyak 263 projek perkilangan telah diluluskan di negeri Selangor dengan nilai pelaburan bernilai RM 8.741 bilion.

 

Daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di Malaysia iaitu sebanyak RM 56.806 bilion, sebanyak RM 8.741 bilion (15.3 %) daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan oleh MITI/MIDA di Malaysia adalah di Negeri Selangor. Selangor mencatatkan jumlah pelaburan di tempat kedua tertinggi selepas Pulau Pinang yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sebanyak RM 9.106 bilion daripada 109 projek perkilangan yang diluluskan.

 

Daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan, sebanyak RM 4.504 bilion adalah daripada pelabur tempatan dan sebanyak RM 4.236 bilion adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 20,750 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

Dari segi status, sebanyak 171 projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor adalah merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.383 bilion (50.1%). Sebanyak 92 projek merupakan projek penambahan/pengembangan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.357 bilion (49.8%). Ini menunjukkan pelabur sedia ada memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan di negeri Selangor

 

Selain itu, ianya menunjukkan bahawa pelabur yang sedia ada masih berkeyakinan dengan senario pelaburan semasa dan dasar pelaburan yang berkonsepkan Mesra Pelabur yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Industri 2011

 

Industri Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.027 bilion daripada 52 projek. Ini diikuti Industri Pembuatan Barangan Elektrik Dan Elektronik berjumlah RM 1.422 bilion dengan 27 projek Dan Industri Pembuatan Produk Makanan sebanyak RM 1.328 bilion dengan 17 projek yang diluluskan.

 

Dari segi peluang pekerjaan yang diwujudkan, Industri Pembuatan Barangan Elektrik Dan Elektronik mencatatkan potensi peluang pekerjaan yang tinggi dengan 4,370 peluang pekerjaan, diikuti Industri Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan sebanyak 4,069 dan Industri Pembuatan Barangan Getah sebanyak 2,313 potensi peluang pekerjaan.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Penyertaan Pelabur Asing 2011

Pelabur Jepun masih kekal sebagai pelabur utama dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.245 bilion dengan 26 projek, diikuti pelabur daripada Singapura dengan nilai pelaburan berjumlah RM 938 juta daripada 13 projek dan pelabur daripada Korea sebanyak RM 652 juta dengan 3 projek.

 

Pelaburan daripada Negara China menunjukkan pertumbuhan positif dimana pelabur daripada Negara China merupakan antara sepuluh pelabur utama yang melabur di Negeri Selangor pada tahun 2011. Jumlah nilai pelaburan semakin meningkat dimana sebanyak RM 24 juta yang dicatatkan pada tahun 2009 semakin meningkat kepada RM 66 juta pada tahun 2011.

 

Berdasarkan lawatan-lawatan ke China yang telah diadakan sebelum ini, minat yang ditunjukkan oleh pelabur berpotensi China adalah dibidang hartanah, infrastruktur dan pertanian.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Daerah 2011

 

Daerah Klang mencatat jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3.189 bilion daripada 80 projek yang diluluskan. Ini diikuti Daerah Petaling dengan RM 1.944 bilion daripada 76 projek dan diikuti Daerah Hulu Langat sebanyak RM 1.289 bilion daripada 34 projek.

 

LANGKAH MENINGKATKAN PERTUMBUHAN SEKTOR PELABURAN

 

Usaha bagi meningkatkan pertumbuhan sektor pelaburan akan diteruskan bagi tahun 2012 dengan penekanan kepada usaha-usaha untuk menggalakkan penambahan pelaburan sedia ada disamping menarik pelabur-pelabur baru.

 

Tiga (3) matlamat utama yang telah digariskan untuk dicapai iaitu;-

  • meningkatkan nilai pelaburan Negeri Selangor di samping menjadikan Selangor sebagai pusat pelaburan, perindustrian dan perdagangan yang kondusif dan strategik,
  • kedua untuk menggalakkan pertumbuhan industri baru dan berteknologi tinggi seperti Green Technology Industry seperti solar  dan renewable energy,  aviation dan
  • menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti:-
  • Regional Establishment
  • Operational Headquarters (OHQs)
  • International Procurement Centres (IPCs)
  • Regional Distribution Centres (RDCs)
  • Regional/Representatives Offices (ROs/REs)
  • Global Operations Hub

 

  • Support Services
  • Renewable Energy
  • Integrated Logistics Services (ILS)
  • International Integrated Logistic Services (IILS)
  • Research and Development (R&D)
  • Integrated Market Support Services (IMS)

 

  • MSC Status Companies
  • Real Estate (Housing)
  • Financial Services
  • Hotels & Tourism
  • Education Services
  • Health Services

 

KELULUSAN PROJEK MSC STATUS DI SELANGOR

Bagi tahun 2011 sebanyak 215 syarikat telah mendapat kelulusan MSC status dan sebanyak 108 syarikat adalah di Negeri Selangor. Sebanyak RM 1.24 bilion telah diluluskan dimana sebanyak RM 0.56 bilion melibatkan penyertaan pelabur asing. Sebanyak 5,175 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

Projek yang diluluskan melibatkan penyertaan para pelabur dari negara-negara seperti berikut;

 

Country

No. of Cos. Awarded

Australia

1

Belgium

1

France

1

Hong Kong

1

India

3

Iran

1

Malaysia

95

Singapore

3

United States

2

Total

108

 

  • Produk/perkhidmatan yang disediakan  adalah seperti berikut:-
Cluster

No. of Cos. Awarded

Creative Multimedia

17

InfoTech

79

Global Sourcing

12

Total

108

 

 

Secara dasarnya, Negeri Selangor mempunyai kekuatan dalam sektor perkhidmatan. Ini terbukti kerana sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 56.4 % kepada KDNK Negeri Selangor.

 

Kedudukan Negeri Selangor yang strategik menjadi tumpuan aktiviti perniagaan, kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap serta persekitaran kehidupan yang serba moden, selesa dan bertaraf antarabangsa menjadi faktor kekuatan Negeri Selangor.

Dalam usaha menggalakkan penambahan pelaburan oleh pelabur sedia ada, pihak Kerajaan Negeri akan terus mengadakan program pertemuan, lawatan dan kunjungan hormat ke kilang-kilang yang beroperasi di negeri Selangor serta ke kawasan-kawasan perindustrian yang ada di negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas serta meninjau permasalahan yang dihadapi sekiranya ada.

 

Keberkesanan IPMC dan fungsi Unit Pelaburan di PBT akan terus dipertingkatkan dengan matlamat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelabur.

 

Melalui langkah ini dapat memberi peluang kepada pihak industri untuk menyampaikan secara terus permasalahan yang dihadapi dan secara langsung ianya dapat memberikan keyakinan kepada pihak industri untuk terus membuat penambahan pelaburan di negeri Selangor.

 

Usaha untuk menaiktaraf infrastruktur kawasan perindustrian yang sedia ada akan dipergiatkan disamping mempercepatkan proses kelulusan projek pelaburan dan proses penyelesaian masalah para pelabur.

 

Kerajaan Negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri akan sentiasa memantau dengan lebih kerap keatas projek-projek pelaburan yang telah diluluskan atau sedang dilaksanakan di Negeri Selangor.

 

Konsep built and lease dan contract lease yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri ke atas pemilikan hartanah industri yang melibatkan milikan anak syarikat Kerajaan Negeri dapat membantu para pelabur untuk mengurangkan kos awalan pelaburan mereka dan secara langsung dapat mengatasi isu kos awal pelaburan yang tinggi yang dihadapi oleh para pelabur disebabkan faktor kenaikan nilai hartanah yang tinggi di kawasan Lembah Klang. Namun begitu konsep ini agak kurang diminati oleh pelabur-pelabur asing.

 

Selain itu, melalui langkah ini juga dapat menggalakkan aktiviti pembangunan yang pesat di kawasan-kawasan perindustrian yang ada di Negeri Selangor.

 

JUMLAH PELABURAN PERINDUSTRIAN SELANGOR ADALAH NOMBOR SATU DI MALAYSIA

 

Sebagai rumusan, saya ingin memberitahu ahli-ahli berhormat di dewan yang mulia ini bahawa Negeri Selangor mencapai jumlah projek, jumlah peluang pekerjaan dan jumlah pelaburan perindustrian yang paling tinggi di seluruh Malaysia, tidak seperti apa  yang dituduh oleh ahli-ahli berhormat pembangkang bahawa pelaburan di Negeri Selangor telahpun jatuh selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Selangor.

 

Jadual dibawah menunjukkan jumlah projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA/MITI di Negeri Selangor bagi tahun 2008 hingga 2011.

 

Projek perkilangan yang diluluskan mengikut negeri bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011.

 

State

Number

Employment

Domestic Investment (RM)

Foreign Investment (RM)

Total Capital Investment (RM)

Selangor D.E.

1,168

100,348

15,618,530,122

22,394,923,001

38,013,453,123

Sarawak

150

25,689

9,426,099,956

26,591,936,095

36,018,036,051

Pulau Pinang

492

66,822

9,532,719,559

24,132,796,335

33,665,515,894

Johor D.T.

683

68,387

11,961,679,748

17,862,958,709

29,824,638,457

Kedah D.A.

177

20,464

1,237,376,263

10,922,687,004

12,160,063,267

Melaka

140

21,539

2,736,278,540

7,785,815,423

10,522,093,963

Negeri Sembilan D.K.

129

14,443

2,882,535,653

6,288,873,831

9,171,409,484

Sabah

131

10,882

2,772,407,314

6,103,298,662

8,875,705,976

Perak D.R.

176

17,597

3,479,070,613

4,569,430,669

8,048,501,282

Terengganu D.I.

42

4,389

3,257,715,234

2,681,002,079

5,938,717,313

Pahang D.M.

78

5,521

3,505,070,118

2,257,234,718

5,762,304,836

W.P. – Kuala Lumpur

49

3,426

476,471,322

159,651,977

636,123,299

Kelantan D.N.

17

3,027

211,101,099

297,574,994

508,676,093

Perlis I.K.

6

669

115,005,820

109,994,700

225,000,520

W.P.- Labuan

3

152

24,661,981

10,745,462

35,407,443

Undecided

0

0

0

0

0

 
TOTAL

3,441

  363,355

  67,236,723,342

  

132,168,923,659

      

199,405,647,001

 

 

PROSPEK EKONOMI DAN PELABURAN 2012

 

Sektor pelaburan dijangka akan terus berkembang bagi tahun 2012. Pertumbuhan ini berasaskan kepada beberapa faktor seperti berikut:-

 

  • Ekonomi Negeri Selangor tahun 2012 dianggar merekodkan prestasi yang sederhana dengan KDNK sekitar Lima Perpuluhan Tiga Peratus (5.3%) sehaluan dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.  Sektor perkhidmatan dijangka akan menjadi pemacu ekonomi Selangor dengan kecergasan sektor perkhidmatan kerajaan, kerancakan aktiviti berkaitan perdagangan, serta pengukuhan kemasukan pelaburan, teknologi dan tenaga profesional meningkatkan sumbangan kepada KDNK negeri

 

  • Kedudukan Negara yang semakin baik ditangga yang ke 18 dari segi Ease of Doing Business berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh World Bank untuk tahun 2012.

 

  • Kedudukan Negara di tempat ke 21 dari segi improvement across the board berdasarkan laporan Global Competitiveness yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, Geneva

 

  • Bagi tempoh Januari hingga Februari 2012, Pusat Pelaburan Negeri telah menerima sebanyak 16 lawatan pelabur bagi meninjau kawasan perindustrian yang berpotensi untuk cadangan projek pelaburan mereka. (bagi latest figure until March)

 

  • Bagi tempoh Januari hingga 16 Mac 2012, sebanyak 21 permohonan penempatan projek perkilangan di Negeri selangor telah diluluskan oleh Kerajaan negeri dengan nilai pelaburan berjumlah RM 635,381,406. Daripada jumlah ini sebanyak RM 410,040,406.31 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 225,341,000 adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 2,952 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

KESIMPULAN

 

Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif di Negeri Selangor serta mewujudkan suasana pelaburan yang sihat dengan menggalakkan aktiviti pelaburan dengan fokus kepada pelabur yang sedia ada sama dalam sektor pembuatan mahupun perkhidmatan.

 

Walaupun pelbagai cabaran, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

tetap komited untuk melaksanakan usaha dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor bagi merealisasikan visi dan misi Negeri Selangor sebagai sebuah negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan. Segala usaha ini akan tercapai dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

 

 

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme