Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen mengenai Feed-in-Tariff tenaga solar

Posted on Monday, 19-03-2012Tuesday, 20-03-2012 by Teresa

Soalan No. 53

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN    :        LISAN

DARIPADA          :       YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH               :        19 MAC 2012

SOALAN               :        Meminta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :

Maklumat (termasuk nama, kuota MW) yang diterima oleh mereka, lokasi, pihak yang menyokong mereka dari segi dana) syarikat atau individu yang berjaya dimasukkan dalam kuota Feed-in-Tariff. Apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian untuk menangani aduan bahawa kuota FiT bagi tenaga solar telah habis digunakan.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Mekanisme Feed-in-Tariff (FiT) merupakan mekanisme yang telah dikenal pasti untuk membangunkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam Negara di bawah Dasar dan Pelan Tindakan TBB yang telah diluluskan Jemaah Menteri pada bulan April 2010. Ia telah dilaksanakan pada 1 Disember 2011 selaras dengan penguatkuasaan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, dengan izin.

Pelaksanaan pemohonan FiT telah dilaksanakan secara system online yang dikenali sebagai Sistem e-FiT. Sehingga 29 Februari 2012, sejumlah 743 permohonan dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 548.86 MW telah diterima oleh SEDA Malaysia. Daripada jumlah itu sebanyak 377 permohonan dengan kapasiti 3111.56 MW telah diluluskan. Daripada kapasiti yang diluluskan tersebut, sejumlah 140.03 MW adalah daripada sumber solar photovoltaic (PV) dengan izin, 91.8 MW daripada diomas diikuti 65.25 MW dari hidrokuasa kecial dan 14.48 MW daripada biogas.

Selain itu, sebanyak 87 permohonan dengan kapasiti 162.88 MW telah ditolak dan baki sebanyak 279 permohonan dengan jumlah kapasiti sebanyak 74.42 MW masih dalam peringkat pengesahan oleh SEDA Malaysia.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

Kebanyakan pemaju yang diluluskan telah berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank. Namun ada segelintir daripada pemaju yang membangunkan pepasangan mereka dengan peruntukan sendiri. Senarai nama, lokasi dan dana bagi 377 projek yang diluluskan boleh diperolehi daripada laman web SEDA Malaysia (link) di mana satu pemetaan projek TBB telah dibangunkan untuk makluman orang ramai.

Tuan Yang Dipertua,

Seperti statistic yang dinyatakan, adalah dapat disimpulkan bahawa permintaan bagi kuota untuk solar fotovoltik kekal pada paras tinggi di mana pihak Kementerian dan juga SEDA Malaysia banyak menerima aduan megenai kuota solar PV yang telah habis. Walau bagaimanapun, penawaran kuota tambahan bagi Solar PV perlu dipertimbangkan secara teliti bergantung kepada ketersediaan atau availability, dengan izin, dana Kumpulan Wang TBB. Ini memandangkan prinsip penawaran kuota di buat berdasarkan jumlah dana tersedia bagi mengelakkan sebarang implikasi kewangan dan perundangan di masa akan datang.

Sehubungan itu, pada masa ini, Kementerian dan SEDA Malaysia sedang mengkaji kaedah terbaik bagi menggalakkan penggunaan solar PV melalui mekanisme alternative yang lain.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme