Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen mengenai pemberian dana MARRIS kepada Kerajaan Negeri

Posted on Tuesday, 20-03-2012Tuesday, 20-03-2012 by Teresa

Soalan No. 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

 PERTANYAAN      :        LISAN

 DARIPADA           :       YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

 TARIKH               :        20 MAC 2012

SOALAN               :        Meminta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

Dana MARRIS yang diperuntukkan kepada DBKL pada tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Sila nyatakan asas dan garis panduan Kementerian dalam pemberian dana MARRIS kepada Kerajaan Negeri.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Pemberian Peyelenggaraan Jalan Raya Negeri kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri adalah disediakan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan khusus untul Kerajaan Negeri meyelenggara jalan-jalan negeri.

2.      Asas pengiraan bagi pemberian tersebut adalah sebagaimana yang diperuntukkan di Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Majlis Kewangan Negara berdasarkan kepada keperluan semasa akan menyemak asas pengiraan-pengiraan tersebut, yang mana asas pengiraan yang digunapakai ketika ini adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 1989, yang mengambilkira perkara-perkara seperti berikut:

a)     Panjang dan lebar jalan;

b)     Kekerapan aktiviti penyelenggaraan

c)     Kos bahan semasa;

d)    Kos sewaan loji semasa;

e)     Indeks harga pengunna;

f)      Jumlah pembakaran minyak bagi loji-loji;

g)     Jumlah pekerja dan kadar gaji pekerja; dan

h)    Jenis permukaan jalan.

Tiga (3) jenis jalan yang layak menerima pemberian ini adalah seperti berikut:

a)     Jalan yang mencapai mutu minimum;

b)     Jalan substandard iaitu jalan kawasan perumahan kos rendah, jalan lorong belakang, jalan kampong dan jalan pertanian; dan

c)     Jalan sehala di pulau destinasi pelancongan.

3.      Pemberian ini disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri berdasarkan jumlah yang diperakukan oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan bagi jalan-jalan yang berdaftar di dalam Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia dengan izin “Malaysian Road Record Information System” atau ringkasnya MARRIS.

4.      Mengikut peruntukan fasal (1) Perkara 154 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 3(1) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), Kuala Lumpur hendaklah menjadi ibu kota Persekutuan. Dengan demikian, pentadbiran Kuala Lumpur adalah di bawah Kerajaan Persekutuan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh Dato Bandar. Berhubung pemberian penyenggaraan jalan, Majlis Kewangan Negara dalam tahun 1968 telah meluluskan pemberian penyenggaraan jalan raya Bandaraya Kuala Lumpur. Pemberian penyengaraan jalan ini adalah melalui peruntukan belanja mengurus yang diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Perbekalan. Pemberian penyenggaraan jalan ini berterusan hingga kini. Memandangkan kini Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), penyaluran pemberian peyenggaraan jalan adalah diberikan kepada DBKL melalui KWPKB.

5.      Penyaluran peruntukan tersebut juga adalah menggunapakai system MARRIS seperti mana yang dilaksanakan oleh Negeri-Negeri.

6.      Jumlah peruntukan bagi penyelenggaraan jalan raya yang disediakan kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti berikut:

Tahun 2007 2008 2009 2010 2011
Jumlah(RM juta) 29.00 30.00 28.60 30.00 19.50

 

 

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme