Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

State Assembly Sitting Day 2 (Tuesday 20 March 2012)

Posted on Tuesday, 20-03-2012 by Teresa

My answer to the question on investments, industry and trade (Selangor automotive belt) at today’s state assembly sitting.

 

Jawapan kepada

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI

(BUKIT ANTARABANGSA)

 

TAJUK:  SELANGOR AUTOMOTIVE BELT

2.         Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

a)        Apakah cadangan kerajaan bagi kawasan fokus seperti Selangor Automotive Belt supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012 ?

 

JAWAPAN:

a)        Aktiviti ekonomi utama di Daerah Hulu Selangor ialah perindustrian. Aktiviti ini tertumpu di Sungai Choh, Bandar Baru Batang Kali, kawasan Perindustrian Hulu Yam, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kundang, Batang Kali, Kerling, Serendah, Pusat Perindustrian Zurah, Mukim Rasa

Hasil dari pertumbuhan sektor perindustrian menyebabkan  beberapa kawasan mengalami pembangunan komersil yang memberangsangkan seperti Ulu Bernam, Kalumpang, Batang Kali, Serendah, Ulu Yam, Kerling Sungai Choh.

Pembangunan daerah Hulu Selangor memberi penekanan pada pembangunan fizikal daerah dimana sektor perindustrian, perkhidmatan dan projek berskala besar diberi tumpuan. Antara kawasan yang terlibat:

  1.                         i.         Lingkaran Pembangunan Hulu Selangor – Tanjung Malim – Slim River telah dikenal pasti sebagai zon pembangunan campuran dan industri. Tumpuan pembangunan adalah di Kalumpang, Batang Kali, Ulu Yam Baru, Kerling dan Sungai Choh.
  1.                        ii.         Pembangunan ini menyebabkan berlaku transformasi pembangunan guna tanah yang beralih daripada pertanian kepada perbandaran. Wujud beberapa pusat pertumbuhan baru seperti:
  • Bandar Baru Bukit Beruntung – Bukit Sentosa
  • Bandar Baru Lembah Beringin
  • Bandar Baru Sungai Buaya

Bandar Kuala Kubu Bharu yang terletak di Koridor Serendah Batang Kali – Kuala Kubu Bharu – Tanjung Malim menjadi pusat daerah, Batang Kali dan Ulu Yam Baru menjadi pusat perkhidmatan utama. Selain itu, perumahan juga akan wujud di sekitar koridor ini.

  • Kerajaan Negeri menggunakan beberapa pendekatan dalam membangunkan daerah Hulu Selangor seperti;-
  • Corak pembangunan berpusat iaitu memberi penekanan pada pembangunan dalam dan sekitar kawasan pusat pertumbuhan bagi menggalakkan pembangunan yang cepat dan bersepadu di samping menggalakkan pembangunan beberapa pusat pertumbuhan baru.
  • Meningkatkan kelengkapan infrastruktur di semua kawasan khususnya kawasan pembangunan industri.

Kawasan Serendah, Hulu Selangor telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Selangor Automotive Belt. Kebanyakan syarikat-syarikat pembuatan barangan peralatan kenderaan beroperasi di Serendah dan sekitar Hulu Selangor yang merupakan vendor kepada Perodua, Nissan dan Proton. Selain itu ia juga merupakan pelengkap kepada Proton City di Tanjung Malim.

Kerajaan Negeri Selangor melalui SSIC Berhad sedang giat mempromosikan kawasan-kawasan industri yang masih ada di kawasan tersebut kepada pelabur-pelabur yang berpotensi.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut meluluskan pemberimilikan tanah secara pajakan kepada syarikat Tan Chong Motor untuk mereka membuat penambahan pelaburan dan pembesaran kilang mereka dan menjadikan kilang di Serendah sebagai kilang utama bagi pemasangan kenderaan jenis Nissan.

Bagi menggalakkan pertumbuhan sektor perindustrian, infrastruktur kawasan-kawasan industri sentiasa dipertingkatkan agar para pelabur berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme