Today, I held a press conference in Parliament together with YB Gobind Singh Deo (MP Puchong) & YB Abdullah Sani (MP Kuala Langat) on the issue of land and permit for SJKC Yak Chee (2), SMJK Katolik (2) & Sekolah Autisme (Nasom) in Taman Tasik Prima Puchong.
The PC was called following an answer from the Education Ministry on my written parliament question regarding the issue. The Deputy Education Minister had given me a written reply stating that the school land approved by the Selangor state government for the above schools, cannot received its building permits from the Education Ministry as the Federal Government have earmarked that land for the building of Sekolah Kebangsaan.
As there are already a few Sekolah Kebangsaan in a 3km radius of Taman Tasik Prima (as seen in the attached file below) and only 1 Chinese school (SRJC Han Ming) and 1 Tamil school (SRJT Puching Bt. 14), there definitely is a need for more vernacular schools to be built there. Interestingly, Han Ming was built in 1921 and houses 3’800 students (much higher than the other schools in the area which we have the data for). And as Yak Chee and Catholic High also have a surplus of students and waiting list for its enrollments, the building of their branch schools in the area is logical. Why then does the Education Ministry still insist on rejecting the application from these schools?
Below is my statement today on the matter:
Kenyataan akhbar Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur Pada 15 Mac 2012
Kementerian Pelajaran Sabotaj Keinginan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Sekolah Cina di Puchong dan di Selangor Pada 23 September 2011.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) telah meluluskan permohonan tanah lot 65768 dan 65766 di Taman Tasik Prima Puchong bagi pembinaan SJKC Yak Chee (2) dan SMJK Katholik (2) dan sekolah kanak-kanak Autisme. Tanah rezab sekolah tersebut masih belum dipohon oleh JKPTG (pihak Kerajaan Persekutuan) dan masih di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Pada 30 September 2011, kerajaan Negeri Selangor telah menulis surat kepada Kementerian Pelajaran menyatakan sokongan kerajaan Negeri Selangor terhadap permohonan Lembaga Pengurus SJKC Yak Chee dan SMJK Katholik untuk membina cawangan sekolah di Taman Tasik Prima Puchong dan memohon Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan permit kepada kedua-dua sekolah tersebut.
Kesalnya, Kementerian Pelajaran Malaysia menjawab Kerajaan Negeri Selangor dalam surat bertarikh 25 November 2011 dengan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memutuskan mengekalkan tanah rezab pendidikan yang berkeluasan 13 ekar sebagai tapak SK dan SMK Taman Prima Puchong, jadi KPM tidak dapat mempertimbangkan cadangan Kerajaan Negeri Selangor.
Pada 28 Februari 2012, KPM malah memohon tanah rezab sekolah di Tasik Prima Puchong tersebut walaupun Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan kedua-dua lot tanah tersebut kepada kedua-dua sekolah tersebut.
Memandangkan tanah rezab sekolah di Taman Tasik Prima Puchong masih tertakluk di bawah Kerajaan Negeri Selangor, KPM memang tidak berhak untuk menentukan kegunaan tanah rezab sekolah tersebut. Cara KPM membuat permohonan di tanah rezab sekolah yang sama tersebut menunjukkan bahawa KPM memang tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah kekurangan sekolah Cina di kawasan Puchong dan Negeri Selangor, tetapi sebaliknya mereka memang ingin sabotaj usaha Kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah tersebut.
Jawapan Parlimen bertarikh 14 Mac 2012 oleh KPM kepada saya yang menyatakan bahawa KPM mempunyai perancangan untuk membina sekolah kebangsaan di tanah rezab sekolah di Taman Tasik Prima Puchong tersebut adalah tidak berasas kerana KPM sepatutnya membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Selangor jauh lebih awal daripada sekarang, dan bukan dibuat selepas Kerajaan Negeri Selangor telah memberi tanah kepada lembaga pengurus ketiga-tiga sekolah berkenaan.
Selain itu, terdapat 4 sekolah rendah kebangsaan dan 2 sekolah menengah kebangsaan di sekitar 3 km radius daripada tanah rezab sekolah di Taman Tasik Prima Puchong. Jadi kepeluran sekolah kebangsaan di sekitar tempat tersebut telahpun dipenuhi dan memang tidak perlu sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan di tempat itu lagi.
Pemimpin kerajaan persekutuan BN, daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran dan Presiden MCA telah banyak kali membidas Kerajaan Selangor tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan tanah kepada sekolah Cina, apa yang kita lihat ialah pihak KPM cuba sabotaj usaha Kerajaan Selangor.
Kini, semakin ramai ibubapa kaum bukan Cina menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah Cina, ini bermaksud sekolah Cina bukan untuk pelajar kaum Cina sahaja tetapi ia telah menjadi sekolah pelbagai kaum.
Di sini, saya ingin menyeru Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran supaya menunjukkan kejujuran mereka untuk membantu sekolah Cina dan jangan berulang-ulang pembohongan mereka kepada masyarakat bandar.
Teresa Kok
I am just disappointed with Wee Ka Siong’s reply to your statement. Not only did he not stand together with the community on demanding the school, he sided his regime of Muyhiddin and gave lame excuses the state government has no authority in the land and bla bla bla, he never even tried, never even offer the help to turn these lands into schools and would rather leave them empty like it was in the past 10 years.
Thank you YB for your effort.