Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

My submitted Parliamentary questions for upcoming sitting

Posted on Friday, 17-02-2012Friday, 17-02-2012 by Teresa
Below are 15 questions I submitted for the upcoming Parliamentary session (12 March – 12 April, 2012). 10 questions for verbal/ oral reply and 5 for written reply from government.

 

17 Februari 2012

Kepada

Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat

 

Soalan Lisan

 

1.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyenaraikan maklumat (termasuk nama, kuota MW yang diterima oleh mereka, lokasi, pihak yang menyokong mereka dari segi dana) syarikat atau individu yang berjaya dimasukkan dalam kuota Feed-in-tarif.  Apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian untuk menangani aduan bahawa kuota FiT bagi tenaga solar telah habis digunakan? (19 Mac 2012)

2.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan Dana Marris yang diperuntukkan kepada DBKL pada tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Sila nyatakan asas dan garispanduan Kementerian dalam pemberian dana MARRIS kepada kerajaan negeri. (20 Mac 2012)

 

3.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Kementerian akan memberi kelulusan kepada SJKC Yak Chee dan SMJK Katholik untuk mengadakan cabang sekolah di Taman Tasik Prima Puchong, iaitu tanah yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada kedua-dua sekolah tersebut? Apakah pendirian Kementerian terhadap permintaan SJKC dan SJKT yang memohon mengadakan cabang sekolah? (14 Mac 2012)

 

4.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyenaraikan nama SJKC baru ataupun pemindahan SJKC yang dijanjikan oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun 2007 yang masih belum dibina sehingga hari ini. Sila nyatakan sebab kelewatan dari segi pembinaan dalam setiap kes.  (14 Mac 2012)

 

5.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah Kementerian akan menggantikan bangunan sekolah rendah Tamil Castlefield di tapak sekolah lain di Puchong atas sebab padang sekolah tersebut direntasi oleh tiang landasan LRT? Kalau Kementerian setuju sekolah tersebut dipindahkan dari tapak yang sediada, apakah Kementerian akan membiayai kos pemindahan dan kos pembinaan sekolah tersebut. (15 Mac 2012)

 

6.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan kriteria perlantikan anggota SEDA memandangkan kebanyakan anggota terdiri daripada pegawai kerajaan dan malah diketuai oleh YB Alor Gajah?  Kenapakah tiada wakil NGO dan wakil daripada industri tenaga boleh diperbaharui dilantik dalam SEDA memandangkan SEDA menguruskan dana sumbangan orang ramai yang begitu banyak? (26 Mac 2012)

 

7. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa menyatakan pendirian Kementerian terhadap Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang akan ditandatangani oleh Malaysia, yang membenarkan pelabur untuk mendakwa dan menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal antarabangsa? Apakah Kementerian akan membentangkan TPPA untuk dibahas di Parlimen dan diumumkan kepada orang ramai sebelum Kerajaan menandatangani perjanjian tersebut?  (2 April 2012)

 

8. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kesihatan menyatakan samada Kementerian bercadang untuk menggubalkan rang Undang-Undang Kampung Persaraan (Retirement Homes Act) dengan tujuan menyelaraskan pembangunan Kampung Persaraan demi menarik pesara asing untuk bermastautin di Malaysia? Apakah garispanduan pihak Kementerian terhadap hospital ataupun unit penjagaan orang tua yang diadakan di dalam Kampung Persaraan setakat ini?  (12 Mac 2012)

 

9. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelancongan menyatakan pecahan peserta “Malaysia My Second Home” (MM2H) mengikut Negara dan jantina. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menarik permohonan orang asing untuk menjadi peserta MM2H dan apakah halangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam usaha ini.  (13 Mac 2012)

 

10. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah perbelanjaan dan jumlah pendapatan yang terlibat dalam projek 6P pada tahun 2011. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri perkhidmatan dan pembuatan di Malaysia? (3 April 2012)

 

Jawapan Bertulis

1.      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan data daftar pemilih sebelum ia dibersihkan:

a)      Bilangan nama yang didaftarkan lebih daripada satu kali di daftar pemilih;

b)      Bilangan nama orang mati yang masih jadi pengundi di daftar pemilih;

c)      Bilangan orang bukan warganegara yang didaftarkan dalam daftar pemilih;

d)      Bilangan orang yang umurnya 90 tahun ke atas di daftar pemilih.

 

2. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kebajikan menyatakan pecahan penerima elaun bulanan daripada Kementerian Kebajikan mengikut pecahan kaum, negeri dan kategori.

3. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah aliran dana yang keluar dari Malaysia dan aliran dana yang masuk ke Malaysia pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.

4.  YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan kos pembinaan bangunan Parlimen Malaysia dan tarikh bangunan akan disiapkan.

5.  YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan syarat penggunaan kad kredit yang dibiayai oleh kerajaan kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Sila nyatakan had perbelanjaan keraian (entertainment) yang dibenarkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri setiap tahun.

 

1 thought on “My submitted Parliamentary questions for upcoming sitting”

  1. Frimpong says:
    Friday, 17-02-2012 at 15: 19.29

    Go go go YB! Go and fight for the people for more schools! we really can’t thank you enough, thank you very much.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme