Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Projek Perindustrian Selangor Tertinggi (Januari – Oktober 2011)

Posted on Tuesday, 07-02-2012Wednesday, 08-02-2012 by Teresa

Selangor mencapai bilangan projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain bagi tempoh Januari –  Oktober  2011

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Oktober 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah projek yang diluluskan yang paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 218 projek.

Bilangan projek perindustrian yang tertinggi

218 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Daripada 218 ini, 141 merupakan projek baru manakala baki 77 merupakan projek yang diperkembangkan.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 157 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 83 projek.

Jumlah pelaburan perindustrian yang kedua tertinggi

Di samping itu, Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang kedua tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 6.8 billion. Selangor didahului oleh Sarawak yang mencapai sebanyak RM 7.3 billion. Johor memegang tempat ketiga dengan pelabura  sebanyak RM 6.7 billion.

Jumlah peluang pekerjaan yang kedua tertinggi

Tambahan pula, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 15,415 pekerjaan.

Pelaburan asing dan pelaburan tempatan

RM 3.7 billion daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM 3.1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan Selangor masih disambut baik oleh pelabur asing mahu pun pelabur tempatan.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM 1.2 billion, diikuti oleh Singapura dengan RM 688 juta, dan Korea dengan RM 652 juta.

Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan yang popular

Jumlah projek perindustrian Selangor yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular di Malaysia.

– Daripada kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan di Shah Alam pada 18 Januari 2012

 

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme