MRT fasa 2 mula beroperasi pada 3pm hari ini. Saya bersama anggota pusat khidmat parlimen Seputeh dan sukarelawan berkumpul di Stesen MRT Kuchai pada 3pm hari ini. Saya disambut oleh pegawai kanan MRT Corp dan Kementerian Pengangkutan di Stesen Kuchai yang berdekatan dengan pusat khidmat saya. Saya diminta untuk “buka gate” Stesen Kuchai pada 3pm,…
Isu penukaran pegangan hak milik daripada leasehold kepada freehold di Sri Petaling
Isu penukaran pegangan hak milik daripada leasehold kepada freehold di Sri Petaling 大城堡地区从租赀地契 改为 永久地契的问题 #teresakok #pusatkhidmatparlimenseputeh
Perbahasan dalam Belajawan Kementerian Perladangan dan Komoditi 2023.
Hari ini, saya menyertai perbahasan dalam Belajawan Kementerian Perladangan dan Komoditi 2023. Saya sebut tentang isu-isu berkenaan Lembaga Lada Malaysia, penanaman buluh & harga buku “Mari Kenali Sawit” yang terlampau tinggi, dan saya minta Menteri menjalankan audit dan siasatan terhadap isu ini.
Soalan Parlimen 15 Mac 2023 berkenaan Perkembangan Industri Buluh di Malaysia di Parlimen Hari Ini
Saya Tanya soalan berkenaan Perkembangan Industri Buluh di Malaysia di Parlimen Hari Ini 👇 Soalan 7: Minta MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkembangan industri buluh di Malaysia dan bilangan Agensi berkenaan buluh yang telah ditubuhkan oleh Kementerian untuk usaha ini. Nyatakan bilangan benih buluh yang telah dijual kepada pihak industri oleh nurseri buluh di Lahat….
Sambutan Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day) Parlimen Seputeh
Semalam, pusat khidmat Parlimen Seputeh telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day) dengan kerjasama DBKL, Persatuan Ibu Tunggal Spring Malaysia, Persatuan Penduduk Taman Desa di Padang Taman Desa. Tema program sambutan Hari Wanita fokus pada kesihatan wanita. Antara aktiviti yang disediakan adalah ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, senamrobik dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti untuk program…
Projek Dapur Seputeh Taman Salak Selatan
Saya datang makan tengahari di Dapur Seputeh di pasar pagi Taman Salak Selatan. Ini adalah projek pemberian makanan vegetarian percuma kepada mereka yang perlu yang diadakan setiap tengahari Hari Sabtu. Makanan hari ini adalah meehoon dan mee goreng vegetarian. Sangat sedap! 😋 Saya ambil gambar dengan para pemasak yang diketuai oleh kakak “Ah Ling”. Anda…
Kunjungan Hormat kepada Ketua Setiausaha Negara
Petang ini saya bersama 3 Ahli Parlimen KL yang lain mengadakan kunjungan hormat kepada KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali di pejabatnya. Ahli-ahli Parlimen yang bersama saya adalah YB Tan Kok Wai (Cheras), YB Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan YB Zahir Hassan (Wangsa Maju). Saya membangkitkan isu berkenaan dengan pertukaran grant tanah daripada “leasehold”…
Penutupan Tapak Sampah Haram di Mega Mandung, OUG
Semalam saya dijemput oleh Menteri KPKT, Nga Kor Ming untuk menghadiri majlis penutupan tapak sampah haram di Mega Mendung, di kawasan Parlimen Seputeh. Saya tidak sedar wujudnya tapak pelupusan sampah haram tersebut. Kebanyakan sampah yang berlonggok di sana adalah sampah pembinaan. Nampaknya tapak itu sudah dijadikan tapak pembuangan sampah oleh kontraktor pembinaan. Saya mengalu-alukan…