Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Defamation case: Teresa Kok vs. Utusan & Chamil Wariya (Part 1)

Posted on Monday, 08-10-2012Monday, 08-10-2012 by Teresa Kok's Office

Today I won a moral battle in my defamation suits against Utusan (Mingguan Malaysia) and writer Chamil Wariya over the article “Politik Baru YBJ” that was published in October 2008.

They both decided to settle out of court with me after being persuaded to do so by the judge.

The settlement included apologies. Here’s  Chamil Wariya’s apology that was read out in the High Court in KL today

 

KENYATAAN CHAMIL WARIYA TERHADAP CERPEN BERJUDUL ‘POLITIK BARU    YB J’ YANG DISIARKAN DI DALAM AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA PADA AHAD, 12 OKTOBER 2008.

Saya merasa kesal bahawa cerpen yang saya karang berjudul “Politik Baru YB J” yang inspirasinya diperolehi daripada apa yang berlaku pada YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh telah disiarkan dan diekspolotasi oleh Mingguan Malaysia pada 12-10-2008. Sekiranya cerpen yang tersiar tersebut telah menyinggung perasaan YB Teresa Kok dan pembaca, saya dengan ikhlas memohon maaf kepada YB Teresa Kok dan semua yang terlibat.

Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak professional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya. Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu.

Saya ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa karya fiksyen genre cerpen berjudul Politik baru YB J yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia, terbitan Kumpulan Utusan pada Ahad 12 Oktober 2008 bukan lagi karya asli saya.

Sebilangan watak dalam karya tersebut telah diubah dan tidak sama dengan watak-watak tertentu dalam karya asal saya.

Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok.  

Saya amat kesal bahawa hasil daripada sikap yang tidak bertanggungjawab dan beretika serta mala fide yang dilakukan oleh Pengarang Mingguan Malaysia telah melaga-lagakan saya dengan YB Teresa Kok dan akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini.

Penyuntingan karya saya yang dilakukan oleh editor Mingguan Malaysia telah secara sendiri tanpa izin dari saya ,telah menukar nama YB Teresa menjadi YB Su Lan  dan Ahli Parlimen Seputeh menjadi Ahli Parlimen Sepohon Beringin.

Perubahan ini bukan kecil tetapi  adalah fundamental  yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karya saya. Penulisan saya dengan sengaja menuliskan nama dam kedudukan YB Teresa Kok dalam cerita itu bertujuan untuk menjadi sempadan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan diantara watak YB Teresa dan YB J.Saya percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal, maka cerpen itu menjadi tempang dan watak rekaan YB J seolah-olah menjadi YB Teresa.

Kerja-kerja penyuntingan yang dilakukan oleh editor Mingguan Malaysia itu adalah tidak professional, tidak beretika, tidak bertanggungjawab, tidak beradap, malah biadap. Ia mencerminkan ketidakmatangan dan kedangkalan pengarang itu sendiri. Akibat dari sikap beliau ini, saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa dalam satu kancah skandal.

 Saya akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka untuk dipertimbangkan bagi penerbitan bagi memenuhi dasar-dasar editorial akhbar berkenaan. Malah pihak penerbit ada hak untuk tidak menerbitkan karya yang dihantar kepadanya.

Tetapi perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan. Kalau pengarang karya – dalam kes ini saya – bersetuju dengan perubahan-perubahan yang dibuat, barulah karya itu diterbitkan menggunakan nama dan judul yang diberi oleh penulis asal.

Dalam kes cerpen saya itu, segala pindaan yang dilakukan bukan sahaja tidak mendapat persetujuan saya, tetapi saya tidak dihubungi atau dimaklumkan langsung. Sebab itu sejak awal lagi saya menganggap cerpen yang tersiar bukan lagi karya saya walaupun terdapat nama saya pada cerpen itu.

Saya sudahpun memaklumkan pendirian saya ini kepada peguam YB Teresa dalam balasan saya terhadap dakwaan yang dibuat bahawa saya telah memfitnah YB Teresa Kok.

Saya tegaskan bahawa mingguan Malaysia telah menciplak karya saya dan mengubah watak-watak yang penting menyebabkan cerpen itu tidak sama dengan karya asal saya. Apa yang turut mendukacitakan saya, nama dan gambar saya digunakan pada karya itu. Saya kesal dengan apa yang berlaku

Hakikat bahawa saya telah tidak dibayar honorarium untuk cerpen tersebut adalah satu lagi bukti pihak Mingguan Malaysia tidak menganggap cerpen itu karya saya.

Saya amat menyesali apa yang telah berlaku ke atas diri saya dan juga YB Teresa Kok , kesan daripada karya yang ditulis oleh saya secara suci hati dan telah diekploitasikan untuk kepentingan orang-orang tertentu. Sejak cerpen itu tersiar, imej saya sebagai seorang penulis juga terjejas teruk. Saya dicemuh, dicurgai, disangsi oleh pelbagai pihak di alam siber terutamanya bagi sebuah karya yang saya tiada kaitan. Saya seolah-olah telah melakukan satu dosa besar, pada hal saya tiada kaitan dengan perubahan dibuat terhadap cerpen saya itu.

Pihak pengarang yang sudah pun mengakui membuat perubahan-perubahan fundamental terhadap cerpen saya itu wajar untuk memohon maaf dan meremedikan  kepada saya kerana telah menyebabkan saya mengalami aib dan reputasi saya tercemar.

Saya harap dengan penjelasan ini, hubungan kait saya dengan cerpen Politik Politik Baru YB J ini jelas kepada pihak YB Teresa.

Terima kasih.

1 thought on “Defamation case: Teresa Kok vs. Utusan & Chamil Wariya (Part 1)”

  1. JOSEPHTAN says:
    Tuesday, 09-10-2012 at 10: 06.15

    After reading this, I sincerely believe that this person cannot be trusted, is insincere in his apology and his denial that he was not aware that mingguan was using his article without his knowledge is pathetic and unforgiveable. He should have been asked to pay millions since Migguan/ Utusan has plenty in the coffers. Every time they stuff up, make them PAY! Pay until they can no longer afford to pay, and shut them down for good. Continue your good work Teresa!

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme