Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026

Posted on Wednesday, 25-02-2026 by Editorial Team

Datuk Yang di-Pertua,

1) Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dan KKM kerana membentangkan laporan yang komprehensif berkenaan pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan dan isu-isu berkaitan dengan pemakanan dalam laporan ini.

2) Sesetengah isu yang dibangkitkan dalam laporan ini memang memeranjatkan. Misalnya, dalam muka surat 17 dalam laporan ini, pembentangan daripada Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO) melalui data Strategies for the Prevention of Obesity Malaysia (SPOM) dan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan obeisiti di negara kita telah semakin meningkat, di mana:

• 5.6 hingga 6.4 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami berat badan berlebihan;

• 30 peratus kanak-kanak dan remaja berumur 5 hingga 17 tahun berlebihan berat badan atau obes;

• 54.4 peratus dewasa berumur 18 tahun ke atas berlebihan berat badan atau obes, dengan trend yang terus meningkat dalam kalangan warga emas.

Berlebihan berat badan dan badan gemuk adalah berkaitan dengan isu pemakanan, dan kegemukan adalah pintu yang terbuka kepada banyak jenis penyakit.

3) Dapatan NHMS 2024 menunjukkan corak pemakanan dan gaya hidup warga Malaysia yang tidak sihat yang meluas yang menyumbang kepada berlebihan berat badan. Laporan ini menyatakan:

• Lebih 50 peratus dewasa tidak mencapai tahap aktiviti fizikal disarankan;

• 59 peratus dewasa dan 63 peratus remaja mengambil lebih satu hidangan minuman bergula setiap hari;

• 68 peratus dewasa dan 75 peratus remaja mengambil lemak melebihi saranan;

• Separuh kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun tidak mencapai pengambilan minimum lima kumpulan makanan harian.

Datuk yang di-Pertua, laporan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini mendedahkan:

4) Dua daripada tiga remaja dan satu daripada dua dewasa mengambil gula bebas melebihi paras disyorkan 37.5 gram sehari. Lebih membimbangkan, hanya tiga peratus remaja dan satu peratus dewasa mengambil susu pada kadar mencukupi. [muka surat 23]

5) Laporan ini juga mengenal pasti faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti:

i) Sebahagian besar ibu bapa tidak menyedari status obesiti anak mereka kerana menganggap tubuh montel sebagai tanda sihat;

ii) Kekeliruan pengguna terhadap pelabelan dan maklumat pemakanan pada produk makanan;

iii) Pengaruh promosi produk kesihatan berasaskan testimoni di media sosial berpotensi mengelirukan pesakit;

iv) Kekangan ekonomi yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah sehingga mengehadkan kemampuan mereka untuk mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat.

6) Saya amat bersetuju dengan pemerhatian Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dalam muka surat 38 dalam laporan ini, yang mana negara kita haruslah mencontohi amalan beberapa negara yang berjaya membudayakan gaya hidup sihat seperti Qatar, Korea Selatan, Jepun dan Perancis — melalui kepimpinan teladan, budaya kerja yang mengutamakan kecergasan, amalan berjalan kaki 10,000 langkah sehari, serta budaya makan secara perlahan dan seimbang.

Datuk Yang di-Pertua,

7) Saya menyokong penuh syor Jawatankuasa Pilihan Kesihatan agar KKM, KPKM, KPDN dan MOF memperkukuh dasar fiskal termasuk pelaksanaan cukai minuman bergula serta pemansuhan subsidi terhadap gula.

Saya difahamkan setakat februari 2024,, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM504 juta setahun sebagai subsidi kepada dua pengeluar gula utama negara. Jumlah subsidi ini bermaksud kerajaan memberi subsidi RM1 bagi setiap kilogram gula putih yang dihasilkan untuk bungkusan 1kg dan 2 kg.

8) Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan membelanjakan kira-kira RM4.9 bilion setahun untuk merawat diabetes — kos tertinggi dalam kalangan penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu: 227 peratus lebih tinggi daripada kanser (RM1.3 bilion) dan 11 peratus lebih tinggi daripada penyakit kardiovaskular (RM3.9 bilion).

9) Walaupun pemakanan gula yang banyak tidak semestinya menyumbang kepada diabetes, tetapi tibalah masanya bagi kerajaan untuk melancarkan kempen pengurangan pemakanan gula. Subsidi kerajaan terhadap gula secara tidak langsung menggalakkan pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat.

10) Saya juga menyokong syor Jawatankuasa Pilihan Kesihatan agar KKM bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain termasuk KPM, KPWKM, Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi serta NGO untuk memperkasa pendidikan pemakanan dan kempen kesedaran pemakanan melalui media social, untuk menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula, seperti apa yang dilancarkan di negara-negara lain.

11) Saya memuji Speaker Dewan Rakyat yang pernah menetapkan Hari Rabu sebagai hari tanpa gula, tetapi seruan Tan Sri Speaker tidak diambil serius oleh pihak kantin dan cafeteria Parlimen. Minuman samada kopi tarik dan teh tarik di cafeteria Parlimen masih sangat-sangat manis. Saya menyeru KKM dan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dan pihak pengurusan Parlimen bekerjasama memberi pendidikan kepada pihak cafeteria di Parlimen dan mengadakan kempen pengurangan gula di Parlimen.

12) Saya juga menggesa KKM bersama dengan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan melancarkan kempen kesedaran tentang khasiat pemakanan dan pengurangan pengambilan gula secara berperingkat bermula di semua agensi kerajaan, dan di sekolah dan kepada seluruh masyarakat rakyat.

Sekian, terima kasih.

#teresakok
#parlimenmalaysia

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme