Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos

Posted on Thursday, 12-02-2026 by Editorial Team

KENYATAAN MEDIA
YB Teresa Kok Suh Sim
Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos

(11 Februari 2026)

Saya telah mengambil maklum mengenai kenyataan terkini yang dibuat oleh Datuk Jamal Yunos di media, termasuk gesaannya agar perkara yang melibatkan nama saya “dibuka semula” serta pengulangan tuduhan-tuduhan yang sebelum ini telah disebarkan.

Izinkan saya menyatakan dengan jelas: sejak sekian lama, saya telah menunjukkan kesabaran. Saya memilih untuk tidak membalas setiap provokasi atau kenyataan tidak bertanggungjawab, kerana saya tidak percaya rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada serangan politik yang berterusan atau cubaan mencetuskan kontroversi demi perhatian peribadi.

Tumpuan saya sentiasa terarah kepada khidmat untuk rakyat, memperkukuh keharmonian, serta memastikan wacana politik kekal bertanggungjawab, berhemah dan berlandaskan kebenaran.

Namun, apa yang membimbangkan kini ialah perkara ini bukan lagi sekadar komen politik atau kritikan biasa.

Apa yang amat dikesali ialah cara yang kasar dan tidak bermoral yang terus digunakan oleh Datuk Jamal, termasuk cubaan beliau untuk memperlekeh dan mempermainkan jumlah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah. Menjadikan pematuhan terhadap keputusan mahkamah sebagai sindiran bukan sahaja menghina, malah mencerminkan sikap tidak menghormati asas kesopanan dan proses kehakiman.

Ini bukanlah kritikan yang sah. Ia merupakan provokasi yang disengajakan serta serangan peribadi melalui bahasa yang menjatuhkan maruah dan tidak bertanggungjawab.

Lebih penting lagi, terdapat perintah injunksi Mahkamah Tinggi yang sedang berkuat kuasa. Pengulangan atau penerbitan semula kenyataan berunsur fitnah yang melanggar perintah mahkamah adalah satu perkara yang serius. Perintah mahkamah bukan sesuatu yang boleh diabaikan, dan tiada sesiapa pun yang berada di atas undang-undang.

Saya amat kesal, Datuk Jamal terus memprovokasi dan berkeras dengan kenyataan-kenyataan yang hanya mampu mencetuskan ketegangan, mewujudkan ketidakharmonian serta melemahkan kedaulatan undang-undang.

Saya dengan tulus berharap agar beliau bermuhasabah, menghentikan sindiran berunsur fitnah, dan bertindak secara bertanggungjawab pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, sekiranya kenyataan berunsur fitnah ini berterusan, dan jika terdapat sebarang pelanggaran lanjut terhadap perintah injunksi Mahkamah Tinggi, maka saya tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk prosiding penghinaan mahkamah bagi mempertahankan kewibawaan Mahkamah serta melindungi reputasi dan integriti saya.

Ini bukanlah tindakan yang saya ambil ringan, namun ia mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya tingkah laku tidak bertanggungjawab ini berterusan.

Terima kasih.

YB Teresa Kok Suh Sim
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme