PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
a. statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023, 2024 dan 2025
b. kaedah perekodan data perkahwinan dan samada data ini merangkumi perkahwinan di bawah undang-undang sivil, syariah dan adat.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Statistik perkahwinan bawah umur yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah sebanyak 923 kes untuk tahun 2023 dan sebanyak 1,361 kes untuk tahun 2024. Manakala maklumat rasmi berhubung data bagi tahun 2025 masih belum dikeluarkan.
2. Sumber data ini adalah berdasarkan rekod pendaftaran perkahwinan dan perceraian dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), serta Majlis Adat Istiadat Sarawak yang merangkumi perkahwinan di bawah undang-undang sivil, syariah dan adat.
Sekian, terima kasih.

