Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

YB Gobind & Saya Dilemparkan Tuduhan Liar Oleh Agen & Kaki Kacau BN

Posted on Tuesday, 20-12-2011Wednesday, 21-12-2011 by -ec-

Pada hari ini 20 Disember 2011, Ahli Parlimen Puchong Gobind dan saya telah mengadakan sidang akhbar untuk menafikan fitnah yang dilemparkan ke atas Gobind dan saya, kononnya kami telah mengaibkan  janji kami untuk menolong seorang ibu tunggal.

Tuduhan yang tidak berasas ini telah dilemparkan oleh seorang lelaki bernama Kalaivanar dan dilaporkan di dalam akhbar The Star, Harian Metro, dan Sinar Harian dalam satu-dua hari yang lalu.

Saya amat terkejut membaca laporan-laporan ini kerana Gobind dan saya langsung tidak pernah bertemu dengan ibu tunggal tersebut mahupun Kalaivanar dan tidak mengenali mereka. Kenyataan Kalaivanar adalah fitnah semata-mata dan bertujuan memburukkan nama baik kami.

Saya juga kecewa kerana akhbar-akhbar tersebut telah menerbitkan tuduhan yang tidak berasas tanpa menghubungi saya atau pun Gobind untuk mendapatkan kenyataan kami. Jika mereka tidak menerbitkan laporan penafian kami, kami berdua bersedia menyaman mereka di mahkamah. Kami juga bersedia menyaman Kalaivanar.

YB Sivanesan, ADUN Sungkai (Perak) turut hadir di dalam sidang akhbar kami dan memberi keterangan mengenai latar belakang Kalaivanar.

Laporan akhbar buat rujukan pembaca:

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/ibu-lima-anak-terkilan-sikap-wakil-rakyat-1.13229

Ibu lima anak terkilan sikap wakil rakyat

Oleh : NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh : December 18, 2011
lima anak

SENTUL – Seorang ibu lima anak di sini mendakwa dirinya digunakan wakil rakyat PR untuk mendapatkan publisiti murahan membantunya menyelesaikan masalahnya.

S Valamathi, 28, yang tinggal di pangsapuri Sri Dahlia, Taman Puteri, Puchong mendakwa, dia dikunjungi akhbar yang melaporkan masalahnya yang kehilangan suami dipercayai ditahan polis.

Dakwanya, selepas kisahnya didedahkan, dia dikunjungi Ahli Parlimen Puchong, Gobinh Singh dan Adun Kinrara, Teresa Kok yang berjanji menyelesaikan masalahnya.

“Mereka berjanji membantu menjelaskan bil air RM1,200 dan elektrik RM1,100 serta akan menjejaki lokasi suami, S Murugan, 35, ditahan.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada sebarang makluman dan bantuan disalurkan menyebabkan kami sekeluarga hidup bergelap dan tiada bekalan air lebih setahun serta hidup bergantung ehsan jiran tetangga,” katanya ketika ditemui di bandar Sentul, semalam.

Dakwanya, dia yang turut menghadapi masalah sewa rumah tertunggak lebih tiga tahun berjumlah RM14,700 buntu keadaan suaminya yang telah lebih tujuh bulan tidak ditemui kerana tidak dimaklumkan tangkapan ke atas suaminya.

“Kami dimaklumkan mengenai penahanannya daripada penduduk pangsapuri Sri Dahlia Taman Puteri yang kebetulan melihat suami ditahan pihak berkuasa sewaktu sedang bekerja di kedai berhampiran rumah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Alternative Action Team, Kalai Vanar yang mengunjungi Valamathi berkata, pihaknya memberi bantuan sementara berbentuk bekalan perbelanjaan harian bernilai RM300 kepada mangsa sekeluarga sehingga suaminya dibebaskan.

“Sewaktu sesi lawatan November lalu, Teresa dan Gobinh berjanji menyelesaikan isu terbabit tetapi sehingga Disember tiada bantuan dihulurkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobinh Singh Deo ketika dihubungi mendakwa, pihaknya tidak mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa sebaliknya Valamathi dikunjungi Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Tamil.

Sementara itu Michael Tamil ketika dihubungi mendakwa, dia berjanji untuk memberikan payung, meja dan kerusi tetapi tidak pernah berjanji menyelesaikan masalah hutang berkenaan.

Sementara itu, Adun Kinrara, Teresa Kok gagal dihubungi Sinar Harian, semalam.

5 thoughts on “YB Gobind & Saya Dilemparkan Tuduhan Liar Oleh Agen & Kaki Kacau BN”

  1. Jason Lim says:
    Wednesday, 21-12-2011 at 13: 25.36

    Obviously the GE is coming very soon and I bet this kind of false accusation will be repeated and goes on until the GE. Why should they (YB Gobind & YB Teresa) pay for the outstanding rental and bills? It is not their duty and responsibility.

  2. S Valamathi says:
    Wednesday, 21-12-2011 at 15: 13.21

    Remember the movie. Liar Liar … Once a liar, always a liar.

  3. Lau says:
    Wednesday, 21-12-2011 at 17: 56.58

    This type of news reporting should not have happen
    without facts and its only right to sue these news papers and make sure thet will not do it again .

  4. TYT says:
    Thursday, 22-12-2011 at 09: 43.17

    There are some who will use the press to create sensation at the expanse of poor people. This fellow who “championed” the course, should be held responsibility, sued, and exposed. Like all people know, election, election, election, is near….

  5. Peter Chin says:
    Thursday, 22-12-2011 at 10: 17.25

    Its good Gobind and Teresa are suing the dailies.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme