Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel

Posted on Tuesday, 21-04-2026 by Editorial Team

Pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pengeluaran biodiesel untuk mengatasi masalah krisis kekurangan dan peningkatan harga diesel adalah amat menggalakkan.

Walau bagaimanapun, kenyataan TPM yang bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sejajar dengan fakta pembekalan dan penggunaan biodiesel di Malaysia. Dalam kenyataannya, beliau berkata:-

a) “Kini, terdapat 19 loji pengeluaran “biofuel” samada gred B15 hingga B50.”

b) “19 loji pengeluaran biodiesel di seluruh negara dijangka mampu membekalkan 1.5 juta liter biodisel sebulan.”

c) “Kita akan gunakan sludge atau produk sampingan yang dikeluarkan daripada minyak sawit mentah (CPO), di mana 35 peratus sludge ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pengeluaran biodiesel dan juga bahan api jet AI.”

Angka dan fakta yang terkandung dalam kenyataan TPM tersebut adalah tidak sejajar dengan keadaan pengeluaran biodiesel yang sedia ada.

1) Terdapat 34 depoh pengadunan biodiesel di seluruh Malaysia yang menghasilkan B10 dan B20. Depoh pengadunan petroleum ini mendapat bekalan biodiesel dari 19 buah loji biodiesel yang beroperasi di seluruh negara. Kilang biodiesel adalah kilang yang menghasilkan biodiesel atau B100 iaitu 100% biodiesel dengan menggunakan minyak sawit sebagai bahan mentah manakala depoh pengadunan petroleum akan mengadunkan biodiesel dan diesel mengikut peratusan seperti B10 (10% biodiesel) dan B15 (15% biodiesel).

2) Depoh pengadunan sekarang tidak mampu mengeluarkan adunan biodiesel sehingga tahap B50 kerana tiada kelengkapan pengadunan yang mencukupi seperti tangki simpanan biodiesel. Kini, depoh pengadunan biodiesel di Langkawi, Labuan dan seluruh Sarawak (kecuali Bintulu) hanya dapat mengeluarkan biodiesel B20 sahaja. Kerajaan perlu menaiktaraf depoh biodiesel di banyak tempat di Semenanjung Malaysia, Bintulu dan Negeri Sabah supaya biodiesel B20 ke atas dapat dibekalkan kepada semua pihak.

3) Anggaran biodiesel yang digunakan di pasaran Malaysia adalah antara 750,000 hingga 850,000 tan setahun ataupun hampir 1 billion liter setahun. Ini bermaksud pembekalan dan penggunaan biodiesel adalah 75 hingga 85 juta liter sebulan dan bukannya 1.5 juta liter sebulan seperti apa yang disebut dalam kenyataan TPM.

4) Penggunaan minyak keladak (sludge oil) untuk pengeluaran biodiesel adalah tidak sesuai tetapi boleh digunakan untuk pengeluaran bahan api Jet A1 kerana:

i)Kuantiti minyak keladak sememangnya tidak mencukupi untuk B15 ke B50. Jumlah pengeluaran minyak keladak sawit di Malaysia adalah tidak tentu kerana ia adalah produk sampingan dari kilang sawit. Penghasilan minyak keladak hanyalah sekitar puluhan ribu hingga ratusan ribu tan setahun.

ii)Kebanyakan kilang biodiesel tidak dapat memproses minyak keladak disebabkan oleh teknologi yang digunakan dan kandungan asid lelemak bebas (FFA) dan bendasing yang tinggi. Oleh itu, hasilpengeluaran biodiesel menggunakan minyak keladak adalah 10 hingga 15% lebih rendah berbanding biodieselyang dihasilkan dari minyak sawit. Hanya hampir 15%daripada 18 kilang yang mampu memproses minyak keladak menjadi biodiesel.

iii)Eksport minyak keladak adalah lebih menguntungkan berbanding menggunakannya untuk pasaran tempatan.

Saya berharap pihak MTEN dan pejabat media Kerajaan boleh mengadakan libat-urus dengan pemain industri supaya Kerajaan boleh mendapat nombor dan fakta berkenaan pembekalan dan penggunaan biodiesel di Malaysia yang sebenar, demi memastikan kerajaan tidak membuat kesilapan dari segi pengiraan bajet pembangunan depoh biodiesel di negara kita.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme