Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026

Posted on Sunday, 17-05-2026Sunday, 17-05-2026 by Editorial Team

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani.

YB Pengerusi, rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan, serta hadirin dan perwakilan sekalian,

Pantun Pembukaan:-
Pakatan Harapan terus berpadu,
Rakyat menanti janji ditunaikan;
Reformasi mesti teguh selalu,
Malaysia Madani harus diperkasakan.

Sejak Pilihan Raya Umum ke-15, Kerajaan Madani kini telah memasuki tahun ketiga setengah pentadbirannya. Kita bersyukur kerana kerajaan ini kekal stabil, jauh berbeza dengan era kerapuhan tiga kerajaan terdahulu. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Jemaah Menteri yang bekerja keras demi membawa pembaharuan landskap negara.

Saya memuji langkah reformasi perundangan yang diterajui Jabatan Perdana Menteri. Antara pencapaian signifikan termasuklah pemansuhan hukuman mati mandatori, pemberian status warganegara kepada anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara, serta kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi mengembalikan doktrin pengasingan kuasa. Perlindungan golongan rentan dan lemah turut diperkukuh melalui penggubalan undang-undang ketat melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Malah hari ini, penubuhan pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen memberi ruang seluas-luasnya kepada Ahli Parlimen untuk menyemak dan mengimbang dasar serta pentadbiran. Segala agenda reformasi institusi ini mustahil dapat direalisasikan di bawah pentadbiran blok pembangkang.

Namun, di sebalik kejayaan besar (breakthrough) ini, kita tidak boleh menutup mata terhadap kelemahan yang nyata. Ada segelintir golongan yang mula berasa kecewa kerana merasakan kepentingan mereka diketepikan, lalu menuntut reformasi yang lebih rancak daripada Kerajaan Madani.

Masa yang diperuntukkan kepada saya hanya 8 minit. Sebagai wakil suara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bertanggungjawab untuk menyuarakan keresahan dan kekecewaan yang sedang terbuku di hati penduduk ibu kota.

Pada 16 Ogos 2025, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (PAC) telah membentangkan syor-syor kritikal mengenai isu pemberimilikan tanah di Kuala Lumpur. Antara cadangan utama yang digariskan termasuklah:

• Pertama: Meminda Akta Ibu Kota 1960 dan Akta Perancangan 1982 bagi memperkenalkan sistem Ahli Majlis lantikan DBKL demi ketelusan pentadbiran.

• Kedua: Menubuhkan Jawatankuasa Tetap Pemantauan Pemberimilikan Tanah di Wilayah Persekutuan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen.

• Ketiga: Mengembalikan kepengerusian Jawatankuasa Kerja Tanah WPKL kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

• Keempat: Memastikan penjualan tanah kerajaan dilakukan secara telus melalui sistem tender terbuka.

Malangnya, sehingga ke hari ini, syor-syor penting PAC tersebut masih belum dilaksanakan! Malah, projek perumahan berdensiti tinggi seperti Bandar Madani di Bukit Jalil yang melibatkan 17 ribu unit kediaman telah diluluskan tanpa sebarang libat urus bersama saya selaku Ahli Parlimen Seputeh mahupun persatuan penduduk tempatan, walhal indeks Tahap Perkhidmatan Jalan Raya (LOS) di Bukit Jalil kini berada pada Gred E dan F—iaitu tahap kegagalan sistem trafik yang kritikal, di mana aliran kenderaan sudah melebihi kapasiti maksimum jalan raya.

Di sini, saya ingin merayu kepada Kerajaan: janganlah kita membina projek berdensiti tinggi tetapi membiarkan rakyat terperangkap dalam “penjara trafik” akibat ketiadaan pelan integrasi pengangkutan seperti MRT baharu atau projek pembesaran jalan.
Jangan membenarkan projek perumahan dibina di kawasan berhampiran kolam takungan banjir.

Syor-syor PAC ini disokong padu oleh lebih 100 persatuan penduduk di Kuala Lumpur. Saya menyeru Kabinet Kerajaan Madani agar segera melaksanakan syor PAC ini sebelum PRU akan datang, demi memastikan Pakatan Harapan mampu menyapu bersih semua kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan!

AGENDA WANITA
==============

Akhir kata, memandangkan saya merupakan satu-satunya wakil wanita negeri yang diberi penghormatan berucap di pentas konvensyen hari ini, saya ingin mengangkat blueprint masa depan wanita Malaysia.

Mari kita lihat data peratusan Ahli Parlimen wanita di rantau ASEAN:
Singapura mencatatkan 32.3%,
Vietnam 30%,
Laos 29.7%,
Filipina 28.3%,
Indonesia 22.1%,
Thailand 19.8%, dan
Kemboja 13.6%.

Di Dewan Rakyat Malaysia, kita hanya mempunyai 13.5%—bersamaan 30 orang Ahli Parlimen wanita sahaja. Kedudukan kita adalah yang kedua terendah di ASEAN, hanya menang tipis di hadapan Brunei (11.4%).

Malah, bilangan Ahli Parlimen wanita menunjukkan kemerosotan berbanding PRU-14 yang mencatatkan 33 orang Ahli Parlimen wanita (14.9%). Ini bukan sekadar statistik yang memalukan; ini adalah loceng amaran bahawa komitmen kita terhadap inklusiviti sedang melangkah ke belakang!

Pakatan Harapan, sebagai tunjang Kerajaan Madani, wajib memimpin usaha memperbetul jurang representasi ini melalui reformasi sistem pemilihan. Parti komponen Pakatan Harapan harus menghantar lebih calon wanita dalam PRU dan PRN yang akan datang.

Wanita bukan sekadar pelengkap kuota, tetapi pemimpin yang membawa perspektif segar dan keadilan sosial dalam politik Malaysia!

Saya menutup ucapan saya dengan satu lagi pantun:-
Pakatan Harapan teguh berpadu,
Wanita bangkit memimpin negara;
Janji ditunaikan, rakyat bersatu,
Malaysia Madani terus berjaya.

Sekian, terima kasih.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme