Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’

Posted on Tuesday, 05-05-2026 by Editorial Team

Saya merujuk kepada jawapan Exco Pelancongan Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin, yang cuba mempertahankan prestasi pelancongan Langkawi dengan menggunakan statistik 3.2 juta pelancong bagi tahun 2025.

Melihat kepada angka tersebut secara terasing mungkin nampak positif, namun apabila dibandingkan dengan pesaing serantau, ia mendedahkan satu realiti pahit: Langkawi kini sedang tewas dalam persaingan pelancongan ASEAN akibat kegagalan tadbir urus Kerajaan Negeri Kedah.

JURANG DAYA SAING YANG MEMALUKAN
**********************
Kerajaan PAS Kedah tidak boleh menutup mata terhadap lonjakan mendadak jiran- jiran kita.

Mengikut sumber pelancongan antarabangsa, Phuket, Thailand mencatat sekurang-kurangnya 12.74 juta pelancong dalam tempoh Januari hingga November 2025, dan dianggarkan melebihi 13 juta bagi keseluruhan tahun. (https://www.whatsoninphuket.com/inbound-phuket-tourism-finally-puts-pre-covid-levels-in-the-past) Ini hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding Langkawi, sekali gus membuktikan jurang daya saing yang semakin melebar.

Bali, Indonesia mencatat 33.56 juta pelancong pada tahun 2025 (Sumber: Badan Pusat Statistik Provinsi Bali). Kadar peningkatan bilangan pelancong di Bali adalah sebanyak 17.16 juta orang daripada tahun 2024 ke 2025.

Kadar peningkatan bilangan pelancong di Phuket adalah sebanyak 4.35 juta orang daripada tahun 2024 ke 2025.

Manakala di Langkawi, kadar peningkatan adalah hanya 311,101 orang daripada tahun 2024 ke 2025.

Apa yang lebih ironis, Langkawi menduduki tempat kedua (92.99 mata) dalam “Top Islands: Reader’s Choice Award 2025” oleh Condé Nast Traveler—jauh mengatasi Bali (ke-6) dan Phuket (ke-9). (https://www.cntraveler.com/story/top-islands-readers-choice-awards-2020)

Ini membuktikan dunia mengakui keindahan Langkawi, tetapi kepimpinan PAS Kedah gagal menterjemahkan anugerah tersebut kepada angka ketibaan pelancong yang sebenar.

SIKAP LEPAS TANGAN: LANGKAWI TANAH KEDAH, BUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
*********************

Alasan YB Dato’ Mohd Salleh bahawa Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) adalah agensi Persekutuan adalah satu cubaan lepas tangan yang sangat lemah.

Langkawi terletak di bawah pentadbiran tanah negeri Kedah. Adakah Kerajaan Negeri hanya mahu mengutip hasil tanpa mahu bekerja untuk mempromosinya?

Daripada Menteri Besar, YAB Datuk Seri Muhammad Sanusi, sibuk meluangkan masa berlakon dalam filem “The Keris”, mengapakah beliau tidak menggunakan pengaruh tersebut untuk mempromosikan Langkawi secara agresif?

Jika beliau benar-benar mahu menarik pelancong Muslim, tunjukkanlah kempen kreatif – pamerkan kepimpinan negeri dan ulama berkelah di pantai Langkawi dengan pakaian tradisi orang Kedah atau menyertai aktiviti pelancongan mesra keluarga Muslim.

Realitinya, mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain tetapi tidak melakukan sebarang usaha promosi pelancongan untuk pulau ini.

JANGAN JADI ‘BATU PENGHALANG’ KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN
************************

Pelancongan adalah “industri tanpa asap” yang mampu memulihkan ekonomi rakyat dengan pantas. Contohnya, “Rain Rave Water Music Festival 2026” di Bukit Bintang berjaya menarik 180,000 penonton dan menjana pendapatan RM200 juta kepada
peniaga tempatan.

Malangnya, pemimpin PAS lebih gemar membantah dan mengekang aktiviti ekonomi seperti ini atas alasan moral yang sempit. Bayangkan jika impak ekonomi RM200 juta ini dibawa ke Langkawi? Ia pasti akan merancakkan hotel, kedai makan, dan perkhidmatan teksi di Pulau Langkawi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing, banyak turun padang untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia, seperti di Rain Rave Water Music Festival, tetapi Menteri Besar Kedah dan kepimpinan Kedah tidak mempromosikan pelancongan di negeri mereka sendiri.

KESIMPULAN
****************

Saya menyeru PAS agar berhenti “menjaga tepi kain orang” atau sibuk dengan agenda moral di negeri orang lain. Fokuslah kepada strategi merancakkan ekonomi di negeri tadbiran sendiri.

Langkawi adalah aset negara, jangan biarkan ia layu hanya kerana ketidakmampuan Kerajaan Negeri Kedah untuk berfikir secara global dan progresif.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme