Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Bajet Parlimen (Bahagian 2/4): Kenapakah anak KSN dapat biasiswa JPA?

Posted on Thursday, 20-10-2011Thursday, 20-10-2011 by -ec-

KENAPAKAH ANAK KSN BOLEH DAPAT BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN?

Dato yang diPertua, saya diberitahu bahawa anak Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hasan telah dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan pada tahun 2010  untuk melanjutkan program A level di United Kingdom.

Saya ingin tanya, kenapakah ramai pelajar yang layak dan berasal daripada keluarga yang miskin dinafikan biasiswa JPA tetapi biasiswa ditawarkan kepada anak KSN sedangkan gaji bulanan bersama dengan elaun KSN akan menjangkau RM80,000, iaitu jauh lebih tinggi daripada pendapatan rasmi Perdana Menteri dan Menteri dalam kabinet?

Dato yang diPertua, saya juga dimaklumkan bahawa Tan Sri KSN sendiri yang menghantar anaknya ke Pusat Temuduga untuk menghadiri temuduga dengan menggunakan kenderaan rasmi beliau.Boleh kata semua anggota panel temuduga bagi biasiswa tersebut melihat anak Tan Sri KSN keluar daripada kereta rasmi bapanya dan mencium tangan bapanya sebelum Tan Sri melambaikan tangannya untuk beredar dari pusat temuduga tersebut.

Nyata sekali anak KSN mendapat biasiswa tersebut bukanlah kerana merit seperti apayang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri, sebaliknya anak beliau ditawarkan biasiswa kerana kedudukan beliau sebagai KSN, maka panel temuduga berasa segan dan takut jika tidak menawarkan biasiswa kepada anak KSN.

Selain itu, ahli panel temuduga mungkin juga takut akan di “pool” kerana antara perkara-perkara yang gemar dilakukan oleh Tan Sri KSN ialah menghantar pegawai-pegawai kanan daripada Kumpulan JUSA yang mengingkari perintahan dan arahan beliau ke jawatan Kumpulan “pool” di JPAdengan alasan tidak menunjukkan prestasi yang baik.

 

Kenapakah PNB Ingin Mengambil-alih Syarikat Swasta Yang Berjaya?

Dato yang diPertua, banyak mata telah bertumpu pada cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat berkaitan dengan Kerajaan (GLC)yang ingin mengambil-alih ataupun mengawal syarikat pemaju SP Setia.

Saya difahamkan bahawa bahawa PNB telah membeli 23.5 juta saham SP Setia di pasaran saham dengan harga RM3.868 satu saham, dan tengah menawarkan RM3.90 untuk mengambil-alih semua saham SP Setia sehingga PNB boleh mengawal lebih daripada 50% jumlah saham di SP Setia.

Saya difahamkan bahawa pemegang saham utama SP Setia termasuk KWSP yang mempunyai saham sebanyak 13.4%, Kumpulan Wang Amanah Persaraan memegang 5% jumlah saham and lebih daripada 40% saham dalam tangan pemegang saham minoriti.  PNB sebagai GLC yang mempunyai wang tunai sebanyak RM150 bilion, memang mudah bagi PNB untuk mengawal lebih daripada 50% jumlah saham syarikat tersebut, tetapi isu yang diprihatinkan oleh masyarakat peniaga dan orang ramai ialah, apa yang akan berlaku pada SP Setia selepas PNB mengambil-alih syarikat tersebut?

Apakah pegawai kerajaan di bawah PNB mampu mengurus syarikat tersebut dengan baik dan mengekalkan pencapaian syarikat ini?Apakah langkah PNB ini akan menjejaskan nilai kejayaan yang dibina oleh lembaga pengurusan SP Setia selama ini?

Sehubungan dengan itu, saya difahamkan PNB juga melakukan pengambil-alihan yang sama ke atas syarikat tersenarai public yang lain seperti Pelangi, I & P, Petaling Garden dan lain. Pengambil-alihan syarikat besar swasta oleh syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) sebenarnya telah mendatangkan sambutan yang negatif di kalangan masyarakat peniaga di Malaysia, kerana cara ini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pembesaran perniagaan syarikat mereka dan menjejaskan semangatkerjasama di antara GLC dengan pihak swasta, dan juga mewujudkan kebimbangan syarikat swasta yang berjaya terhadap kerajaan.

Peranan kerajaan seharusnya menggalakkan sektor swasta untuk dijadikan enjin pertumbuhan (engine of growth) dan bukannya menggunakan GLC untuk bersaing dengan pihak swasta.Kita haruslah faham bahawa hanya usahawan mampu mengurus perniagaan satu syarikat dengan berjayanya dan bukannya pegawai kerajaan.Pegawai kerajaan di GLC yang effisien tidak semestinya mampu memainkan peranan mereka sebaik seperti usahawan sebenar.

Saya ingin meminta pihak kerajaan dan para GLC, khususnya PNB boleh mengkaji semula tindakan pengambil-alihan yang dilancarkan oleh mereka terhadap syarikat swasta sekarang.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme