Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Hishammuddin, tarik balik larangan atas perkataan “Bersih” dan warna kuning

Posted on Tuesday, 12-07-2011 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Pada 12 Julai 2011 di Shah Alam

 

Hishammuddin Haruslah Menarik Balik Keputusan Yang Mengharamkan Bahan Cetakan Yang Mempunyai perkataan “Bersih” Dan Berwarna Kuning Selepas Perhimpunan Bersih

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan yang bodoh dengan mengisytiharkan  objek yang mempunyai perkataan “Bersih” dan berwarna kuning adalah haram, di mana polis diarah mengambil tindakan terhadap mereka yang mengguna pakai bahan “Bersih” tersebut.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tersebut telah menjadikan kerajaan BN sebagai bahan lawak orang ramai di dalam dan luar negara. Selain itu, tindakan keganasan dan penangkapan PDRM sebelum dan pada hari Perhimpunan Bersih tersebut juga telah menjatuhkan imej Perdana Menteri dan PDRM di seluruh dunia.

Mengikut laporan akhbar, sehingga 8 Julai 2011, PDRM telah menahan seramai 198 orang dan menyoal-siasat seramai 25 orang berkaitan dengan Bersih.

Pada tarikh perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 pula, PDRM telah menyerang orang yang berhimpun secara aman dengan gas pemedih mata dan meriam air, dan menangkap 1,667 orang di pusat bandar Kuala Lumpur.

Lebih mengecewakan lagi, PDRM masih lagi menyalahgunakan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 untuk menahan enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia. Ordinan Darurat yang seharusnya digunakan untuk penjenayah sahaja telahpun digunakan ke atas aktivis yang tidak terbabit dalam aktiviti jenayah sekarang. 

Memandangkan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 telah pun selesai, saya ingin menggesa Hishammuddin dan PDRM untuk membatalkan larangan tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perhimpunan Bersih 2.0 telah pun berakhir dengan aman, damai dan tidak ada merosakkan sebarang harta benda seperti apa yang diura-urakan oleh pihak polis sebelum itu. Sebaliknya, golongan yang mencederakan para peserta adalah anggota PDRM sendiri.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang disertai oleh 50,000 orang yang bersuara lantang untuk menyokong kelapan-lapan tuntutan gabungan Bersih telah menunjukkan kempen yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tersebut telahpun berjaya.

Di sini saya ingin menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan ahli kabinet agar menghormati tuntutan dan kehendak rakyat,  dan mengadakan pembaharuan politik dengan menunaikan kelapan-lapan tuntutan Bersih tersebut.

Tibalah masa bagi kerajaan BN untuk menghormati hak asasi manusia, termasuk memberi lebih kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti apa yang dipraktikkan di banyak negara di dunia.

Teresa Kok

3 thoughts on “Hishammuddin, tarik balik larangan atas perkataan “Bersih” dan warna kuning”

  1. kyototan says:
    Wednesday, 13-07-2011 at 09: 14.05

    Perisytiharan pengharaman kegunaan mungkin keatas baju kemaja kuning yang dicetak dengan Bersih2 sahaja. Jika perintah secara am maka anak-anak sekolah yang terpaksa pakai kemaja warna kuning (aktiviti sukan rumah kuning) juga akan menghadapi tindakan.Sudah warna Jingga yang diguna olih Hindraf dan sekatang warna Kuning olih Bersih. Perjelasan daripada pihak KDN sangat dialukan disini.

  2. 1288 says:
    Wednesday, 13-07-2011 at 12: 01.34

    you just have a sixth sense about it. dont know why MCA still want to be working with Umno. very clear Umno know MCA will be buried_mampus_ .MCA is still sleeping and stupid stop acting like chilidishly.
    Regardless of whether you think this is true or not .Think , think harder about it. How many chinese pepole truly understand what MCA do and said? You will be making history in Malaysia soon….

  3. zztop says:
    Saturday, 16-07-2011 at 13: 07.46

    Home Minister Hishammuddin Hussein, where are you hiding? You are supposed to protect your tainted cousin, Najib. Order the police to arrest Queen Elizabeth II for wearing yellow.

    Queen for Bersih? Maybe yes, maybe no (if one wishes to find out, one needs to ask Her Majesty), but it doesn’t matter what the answer is.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme