Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perintah larangan hadir di KL menghalang saya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen KL

Posted on Friday, 08-07-2011Friday, 08-07-2011 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur pada 8 Julai 2011

 

Perintah larangan 91 individu hadir di Kuala Lumpur menghalang saya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Kuala Lumpur

Saya merasa amat marah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggunakan perintah mahkamah untuk menghalang 91 aktivis dan pemimpin parti politik, termasuk saya, dari berada di pusat bandar Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Perintah larangan mahkamah sebegini adalah ultra vires dan melampaui kuasa yang termaktub dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjanjikan hak berhimpun dan hak bersuara.

Tindakan PDRM tersebut jelas dibuat demi menjaga kepentingan politik kerajaan Barisan Nasional.

Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang DiPertuan Agong, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan telahpun mengumumkan bahawa Jawatankuasa Bersih 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Namun begitu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan PDRM masih lagi memhambat Bersih 2.0 dengan tindakan kuku besi, dan mereka masih lagi mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. Tindakan PDRM untuk menekan demokrasi, mengaibkan hak perlembagaan dan mengadakan sekatan jalan menunjukkan mereka tidak hormat kepada institusi diRaja dan titah YDPA Agong yang menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Bagi diri saya selaku Ahli Parlimen Seputeh, perintah mahkamah yang melarang saya hadir di pusat bandar Kuala Lumpur merupakan halangan bagi saya untuk menjalankan tugas untuk mengawasi perhimpunan Bersih 2.0 selaku Ahli Parlimen Seputeh.

Lebih-lebih lagi, saya bekerja dan tinggal berhampiran pusat Bandar Kuala Lumpur. Tidakkah perintah mahkamah ini juga telah menjadikan saya seolah-olah di bawah tahanan rumah (house arrest)?

Saya menggesa pihak PDRM menghormati kepada titah YDP Agong dan hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan henti biarkan PDRM diperkudakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Teresa Kok

3 thoughts on “Perintah larangan hadir di KL menghalang saya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen KL”

  1. cintamalaysia says:
    Friday, 08-07-2011 at 21: 02.58

    I REALLY FED-UP WITH THIS POLICE FORCE. ME AS A CITIZEN OF THIS COUNTRY CONTRIBUTING NEARLY RM 200 PER MONTH FOR INCOME TAX WHICH IS AUTO DEDUCTED MONTHLY FROM MY SALARY. IS THERE ANY WAY FOR ME TO STOP THIS DEDUCTION AS I FEEL I’M CONTRIBUTING TO SOMEONE WHO NEVER CARE THE RAKYAT.

  2. Pui Tiong Hoo says:
    Friday, 08-07-2011 at 22: 36.02

    YB MP Teresa,
    Saya sokong penuh kenyataan YB MP Teresa (MPT). BN terlalu takut sekarang hinggakan menghalang orang ramai ke Kuala Lumpur. Tambahan pula YB MPT adalah MP untuk orang KL, bukan utk Ipoh. Sudah semestinya terpaksa bergerak didalam KL. Tak masuk akal jika menghalang seorang wakil rakyat daripada memasuki KL, sedangkan seseorang itu mesti bertugas di KL. Dah kecut perut org BN dan mungkin juga mereka dah tahu tembelang mereka akan pecah.. Jika tak buat halangan macam ni, terburailah rahsia yang selama ini tersimpan kini, diketahui ramai. Sepatutnya sebelum 2008 lagi perhimpunan menuntut keadilan dalam piliharaya ini diketengahkan oleh pembangkang. Tapi masih belum terlambat. Selamat berjuang!!!

  3. talhah says:
    Saturday, 09-07-2011 at 00: 46.16

    ‘untuk menjalankan tugas untuk mengawasi perhimpunan Bersih 2.0 selaku Ahli Parlimen Seputeh.’

    Yang di hormati YB,

    Saya berpendapat YB telah tersalah menulis di pernyataan di atas. Perkataan ‘mengawasi’ di perenggan 7 di atas sepatutnya ialah ‘menyertai’.

    Sila maafkan saya jika tiada tersalah tulis diperingkat YB. Jika mengawasi ialah maksud sebenar YB lebih molek YB menyerahkannya kepada pihak polis. Keselamatan YB sebagai ahli Parlimen adalah penting untuk penduduk Seputeh.

    Terimakasih.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme