Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

FAEKAH HUSIN: MCA, FAHAM DULU UNDANG-UNDANG TANAH NEGERI

Posted on Tuesday, 21-06-2011 by -ec-

KENYATAAN AKHBAR

21 JUN 2011

MCA, FAHAM DULU UNDANG-UNDANG TANAH NEGERI.

Tindakan MCA yang tiba-tiba bersuara lantang baru-baru ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Ia merupakan tindakan biasa bagi parti politik yang telah hilang punca. Justeru, tindakan mereka dilihat semata-mata cuba menunjukkan parti itu masih relevan selepas menerima tamparan hebat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Meskipun begitu, selaku parti yang pernah memerintah, sepatutnya MCA membuat kajian lebih teliti sebelum cuba menunjuk pandai. Mereka menuduh kononnya Kerajaan Negeri Selangor yang kini dipimpin oleh Pakatan Rakyat cuba membeli undi dengan memperkenalkan dasar pemberi-milikan penuh tanah kepada para pemilik rumah dengan bayaran sebanyak RM1000.

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Datuk Theng Book, Ketua Biro Aduan Awam MCA Selangor yang dilaporkan oleh akhbar The Star Online pada 9 Jun 2011 lalu, beliau memetik Seksyen 76 Kanun Tanah Negara yang menjelaskan bahawa “…semua premium mesti dibayar sepenuhnya sebelum milikan tanah diberikan kepada pemiliknya”. Dalam laporan yang sama juga beliau ada memberi cadangan, bahawa jika Kerajaan Negeri Selangor mahu membantu golongan miskin,  premium boleh dikurangkan kepada RM1.

Kita berterima kasih dengan keperihatinan yang tiba-tiba ditunjukkan MCA namun saya ingin memberi nasihat agar mereka mencari peguam yang lebih baik untuk memahami Undang-Undang Tanah Negeri. MCA yang selama ini hanya menjadi rakan “yes man” kepada UMNO semasa diberi peluang memerintah negeri Selangor, nampaknya begitu kekok dan gagal memahami dasar pentadbiran negeri. Saya ingin memaklumkan kepada mereka di samping kita mempunyai Kanun Tanah Negara, undang-undang tanah juga dilengkapi dengan Kaedah-kaedah dan Peraturan Tanah Negeri Selangor; Selangor Land Rule. Natijahnya, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa untuk menentukan kadar premium bagi tujuan pembaharuan, pertukaran atau pemanjangan tempoh pemilikan tanah.

Sebelum mengumumkan dasar tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat kajian, mendapatkan persetujuan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan meminta nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri. MCA sepatutnya menyokong dasar yang menguntungkan rakyat ini. Setidak-tidaknya mereka bertanya kepada para penduduk yang diberikan geran tanah oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008, “kenapa anda tidak memiliki tanah sebelum ini semasa Barisan Nasional memerintah?”. Kita percaya para penerima geran tanah ini boleh memberitahu MCA apa perbezaan pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kita bersyukur, sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MCA telah mula menggunakan perkataan pertanggungjawaban yang sebelum ini begitu terpinggir dari perbendaharaan kata mereka. Ketua Pemudanya, Dr. Kow Cheong Wei menuntut pertanggungjawaban peruntukan sebanyak RM15 juta untuk tujuan penyebaran maklumat. “Bidalan Pukul Anak Sindir Menantu” amat bertepatan apabila beliau mengaitkannya dengan perbelanjaan RM1.8 juta oleh Menteri Pelancongan untuk sebuah laman Facebook yang barang pasti jumlah tersebut turut mengejutkan mereka.

Kita telah membuat pengiraan, RM15 juta yang diperuntukkan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat Selangor membawa maksud setiap rakyat membelanjakan RM3 setahun. Berbeza dengan RM1.8 juta untuk satu projek Kementerian untuk membuat promosi melalui laman Facebook yang boleh dibuat secara percuma. Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada MCA kerana mengemukakan isu ini.

Selangor telah pun menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat malangnya para Ahli Dewan Negeri Barisan Nasional, termasuk MCA sendiri telah menolaknya. Enakmen tersebut adalah komitmen tertinggi sebuah kerajaan dalam mewujudkan pertanggungjawaban.

Jika MCA benar-benar ikhlas mahu meningkatkan pertanggungjawaban dan pentadbiran negeri, MCA sepatutnya menyokong penggubalan enekmen ini atau sekurang-kurangnya menggesa kerajaan pusat agar bersifat professional di dalam mengembangkan maklumat di seluruh Negara termasuk di dalam negeri Selangor. Sebaliknya apa yang berlaku, seluruh cerita mengenai Selangor, baik dari segi dasar mahupun program- program kemasyarakatan telah dipadamkan dari arus media perdana. Kalau adapun adalah cerita yang memburuk-burukkan pentadbiran negeri. Kita tahu MCA tidak pernah bersuara tentang kepincangan kebebasan media di negara ini. Justeru, hipokrasi mereka menyerlah apabila mencanangkan persoalan pertanggungjawaban.

Kita cabar MCA, sebelum menyebut perkataan pertanggungjawaban- MCA wajib menjelaskan pemilikan tunai, aset dan hartanah mereka yang nilainya mencecah ratusan juta hingga billion ringgit. Bagaimana mereka boleh memiliki semua kekayaan ini? Bagaimana dengan rakan politik mereka dalam Barisan Nasional boleh memiliki kekayaan masing-masing? Jangan sampai meludah ke langit kerana nanti ia akan tertimpa ke muka sendiri.

Sepanjang tiga tahun memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan pelbagai pakej bantuan, lebih sejuta rakyat dan keluarga telah mendapat manfaat daripadanya. Itu tidak termasuk pemberian tanah dan juga bantuan-bantuan lain di luar program terbabit. Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat akan terus komited mendahulukan rakyat dalam persoalan dasar dan juga program yang mahu dilaksanakan. Terpulang kepada MCA dan Barisan Nasional untuk memperlekeh program yang kita lakukan, namun kita percaya, rakyat lebih bijak menilai. BN telah berpeluang sekian lama untuk berkhidmat dan ternyata gagal.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
—

 

Friday June 10, 2011
MCA accuses Selangor Government of trying to fish for votes
By NG CHENG YEE
[email protected]

PETALING JAYA: Selangor MCA has hit out at the state government for trying to fish for votes by offering land titles to leasehold house owners with a payment of only RM1,000 for each document.

Selangor MCA public complaints bureau chief Datuk Theng Book said it was illegal for the state government to release land titles when the premium was not fully paid by the house owners.

“This is against Section 76 of the National Land Code, which states that the premium must be paid in full before land titles can be awarded to owners.

“If the Selangor Government wants to help the poor, it can reduce the land premium to as low as RM1 and make them the legal property owners,” Theng told a press conference here yesterday.

He said the land titles, which were awarded to those who only paid RM1,000, would be of no use to the owners because they could only transfer the property to their sons.

“They will not be able to transfer the property to their wives or sell them since the full payment on the land premium has not been made,” he said.

Currently, he said, the land premium for houses here could be as high as RM25 per sq ft based on the market rate.

He hoped the people would see through the gimmick of the Pakatan Rakyat government and not be duped by the offer.

In a move to address landowners’ grouses over high premiums, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said on June 1 that house owners who were unable to pay the full premium only needed to pay RM1,000 to be the legal owner of their land.

2 thoughts on “FAEKAH HUSIN: MCA, FAHAM DULU UNDANG-UNDANG TANAH NEGERI”

  1. charlie chan says:
    Tuesday, 21-06-2011 at 20: 35.53

    MCA represents the cave mindset. Perkasa is mastermind. Bn is never mind n gerakan is lost mind. land laws are under the purview of the STATE under the national land code, so the STATE decides in accordance to THE NLC. MCA is lying for political mileage,

  2. LSW says:
    Tuesday, 21-06-2011 at 22: 51.34

    Dear MCA, most of us chinese malaysians whom you said to represent, don’t know whether to cry or laugh with your usual textbook responses(dont bother him,he does not represent the government’s view or he’s free to express his views,or the PM doesnt share his view -sigh)to Perkasa’s constant threats to the community.I dont know about you 1 million guys in Mca but I aint gonna let my next generation live with constant threats to their lives just like my father and now I endured ashamedly.Many of us are gonna BE THERE to face off those “great warriors” who love civil disorder and we should honor their wish that day.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme