Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Hishammuddin harus ambil tindakan keras terhadap Utusan. Jangan berat sebelah

Posted on Friday, 13-05-2011Friday, 13-05-2011 by -ec-

Kenyataan Akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor Merangkap Ahli Parlimen Seputeh di Shah Alam pada 13 Mei 2011

 

Untuk memperingati Peristiwa 13 Mei, Hishammuddin Hussein seharusnya mencantas Utusan Malaysia sebagai bukti komitmen kerajaan menentang provokasi perkauman dan agama


Hari ini merupakan genap Peristiwa 13 Mei yang ke-42 tahun. Ia merupakan peristiwa hitam di dalam sejarah negara kita. Peristiwa ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktor adalah penyebaran maklumat palsu bagi menyemarakkan perasaan tidak puas hati di antara kaum hingga menimbulkan perasaan takut, marah dan akhirnya berlaku kemusnahan harta benda dan kematian.

 

Bagi mengelak peristiwa hitam ini dari berulang, Kerajaan mesti tegas mengeluarkan kenyataan iaitu mereka yang menyebarkan maklumat palsu, yang memecah-belahkan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mesti berhenti berbuat demikian.

 

Oleh itu, saya menggesa pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan yang keras terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan fitnah dan maklumat palsu dengan penerbitan laporan “Kristian agama rasmi” di muka depan akhbar yang tidak bertanggungjawab itu.

 

Utusan Malaysia yang dimiliki oleh UMNO itu amatlah keji kerana sanggup menerbitkan cerita rekaan sebegini berdasarkan tuduhan menggila dua orang blogger UMNO yang tidak mempunyai sebarang bukti langsung. Sehingga kini, UMNO tidak dikenakan sebarang hukuman oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

 

Surat amaran yang dikeluarkan kepada Utusan Malaysia oleh Hishammuddin itu bukanlah hukuman yang setimpal dengan kesalahan Utusan yang menerbitkkan fitnah demi melaga-lagakan orang Islam dengan orang Kristian di negara ini.

 

Saya ingin mengingatkan Hishammuddin bahawa Menteri Dalam Negeri mempunyai track rekod mengambil tindakan yang jauh lebih keras terhadap penerbitan lain yang sebelum ini telah melakukan kesalahan yang lebih ringan.

 

 

1.       Pada 2006, China Press telah dipaksa memecat dua orang penyunting atasannya setelah mereka tersalah melaporkan kewarganegaraan wanita yang terlibat di dalam peristiwa “ketuk-ketampi bogel” sebagai warganegara Cina.

 

2.       Pada 2006, lesen penerbitan Sarawak Tribune telah digantung kerana menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad.

 

3.       Pada 2006, edisi petang Guang Ming juga telah digantung selama dua minggu atas kesalahan yang sama

 

4.       Pada 2007, Makkal Osai telah digantung selama sebulan kerana menerbitkan imej yang menghina Yesus Kristus.

 

5.       Pada 2008, pemberita Sin Chew, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bukan kerana sebarang kesalahan tetapi kerana melaporkan perkara benar bahawa Ketua Bahagian UMNO Datuk Ahmad Ismail telah mengambil warga Malaysia keturunan Cina sebagai pendatang di Malaysia.

 

6.       Pada 2008, saya sendiri menjadi mangsa kewartawanan Utusan Malaysia yang tidak bertanggungjawab apabila ia memfitnah bahawa saya telah melarang laungan azan oleh masjid di kawasan Kinrara sehingga saya juga ditahan di bawah ISA

 

7.       Pada 2010, Ketua Penyunting China Press, Teoh Yang Koon telah digantung kerja selama dua minggu kerana tersilap lapor bahawa Ketua Polis Tan Sri Musa Hassan telah meletak jawatan.

 

Oleh itu, Hishammuddin tidak harus berat sebelah di dalam hukuman yang patut dikenakan ke atas Utusan Malaysia yang sudah berkali-kali membuat laporan palsu dengan tujuan keji. Hukuman surat amaran sahaja tidak memadai.

 

Hishammuddin harus menarik balik lesen penerbitan Utusan Malaysia sebagai mesej kepada semua bahawa kewartawanan sedemikian amatlah keji, tidak boleh diterima, dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang kononnya disokong oleh Kerajaan. Sekiranya Hishammuddin mengambil tindakan tersebut, rakyat Malaysia akan dibebaskan dari provokasi Utusan Malaysia yang keji itu.

 

Hishammuddin harus mengambil satu langkah lagi sebagai Naib Presiden UMNO dengan membuang kerja para penyunting Utusan Malaysia. Hishammuddin sememangnya mempunyai keupayaan, kuasa dan pengaruh untuk mengarahkannya kerana Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO.

 

Jika tidak, nampaknya kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak ikhlas di dalam mahu mencegah Peristiwa 13 Mei dari berulang. Kerajaan BN lebih suka mempergunakan Peristiwa  13 Mei dari masa ke semasa untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia, melagakan warga Malaysia sesama sendiri demi melindungi kepentingan politik sendiri, tanpa mengira kesannya kepada keamanan dan keselamatan negara kita.

 

Teresa Kok

5 thoughts on “Hishammuddin harus ambil tindakan keras terhadap Utusan. Jangan berat sebelah”

  1. Talhah says:
    Friday, 13-05-2011 at 19: 06.44

    YAB,

    Dengan harapan bahawa YAB terlepas pandang dan bukannya sesuatu yang dirancang dengan teliti untuk sesuatu tujuan yang mana YAB lebih maklum, perlu saya perbetulkan item (4).

    Perkataan yang sepatutnya perlu di gunakan ialah “Jesus Kristus” atau nama-nama lain yang bersesuaian untuk merujuk kepadanya yang mana YAB lebih arif, bukannya “Nabi Isa”. Isu tersebut ialah berkenaan menjaga kepentingan penganut agama Kristian bukannya berkenaan penganut agama Islam. Terdapat perbezaan yang besar yang membawa maksud tersirat yang mendalam seandainya pemilihan YAB untuk mengunakan perkataan “Nabi Isa” adalah sesuatu yang di rancang sebelum YAB menulis artikel ini. Terimakasih dan harap maklum.

  2. Teresa Press says:
    Friday, 13-05-2011 at 19: 21.27

    Diperbetulkan. Terima kasih.

  3. [email protected] says:
    Friday, 13-05-2011 at 21: 30.38

    Saudara Talhah, apa yang YB Teresa Kok tulis memang betul. Dalam bahasa Indonesia/Malaysia ialah Yesus Kristus, seperti yang tertulis di dalam Alkitab

    Dalam bahasa Inggeris dipanggil Jesus Christ.

    Dan ada yang memanggilnya Isa Almasih atau Nabi Isa.

    Saya kata betul sebab saya adalah antara ribuan individu yang menggunakannya di Sabah dan Sarawak.

    Harap maklum.

  4. Nosoob says:
    Sunday, 15-05-2011 at 06: 20.38

    Ugama tiada kaitan langsung dgn nama seseorang.
    Terdapat banyak orang yg bernama “Isa”, di negara2 Timur-Tengah, beragama Islam atau lain2.

    Ugama bukan hak milik sesuatu bangsa aja, jangan lupa bahawa ada sebahagian rakyat Malaysia yg bukan Melayu (seperti kaum India barat, China barat, dll.)yg sudah menuruti Islam sejak nenek moyang mereka di negara asal. Mereka berasa kecewa dgn berita Utusan Melayu bahawa Islam hanya hak untuk kaum Melayu.

    Manakala di Filipina, menurut informasi pelancongan sana, orang Filipina adalah etnik Melayu-polynesian, tapi kebanyakan beragama Kristian.

    Itulah kalau Utusan Melayu selalu laporkan berita bohong akan menjadikan pembacanya seperti “Katak dibawah Tempurung”.

  5. Tan says:
    Monday, 16-05-2011 at 22: 34.25

    It does show how much a hypocrite he and his party is!

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme