Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen: Kenapakah Ahli Parlimen Bintulu Tidak Didakwa Dlm Kes PKFZ?

Posted on Tuesday, 29-03-2011 by Teresa

Saya pernah membangkitkan isu berkenaan dengan pendakwaan tokoh politik dalam skandal PKFZ di dalam perbahasan Dewan Rakyat pada minggu lepas. http://teresakok.com/2011/03/16/my-parliament-speech-on-pm-media-censorship-pkfz-investment-gerakan/

Saya terima jawapan daripada YB Dato Seri Nazri seperti berikut:   

JAWAPAN BERTULIS YAB. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SEMASA PENGGULUNGAN PERBAHASAN USUL MENJUNJUNG KASIH KE ATAS TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG (2011)

————————————————————————————————————

Tuan Yang DiPertua,

Yang Berhormat Seputeh ingin tahu kenapa Yang Berhormat Bintulu tidak didakwa dalam kes PKFZ dan adakah terdapat pendakwaan secara pilih kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat, persoalan mengapa Yang Berhormat Bintulu tidak didakwa dalam kes PKFZ masih terlalu awal untuk diperkatakan pada peringkat ini. Kes PKFZ melibatkan isu yang kompleks, teknikal dan ia mengambil masa yang panjang untuk melengkapkan penyiasatan terhadap mereka yang terlibat. Ada antara orang perseorangan yang disiasat telahpun dikenakan pertuduhan di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dan melakukan penipuan dan ada juga orang perseorangan yang disyaki terlibat masih lagi dijalankan penyiasatan secara terperinci terhadapnya.

 

Apa-apa pendapat bahawa terdapat pendakwaan secara pilih kasih dalam kes ini adalah sangkaan semata-mata adalah tidak wajar kerana penyiasatan masih lagi diteruskan. Jabatan Peguam Negara tidak menjalankan pendakwaan terpilih mengikut kedudukan orang yang disyaki. Ini adalah kerana dalam memulakan sesuatu pendakwaan, faktor utama yang dipertimbangkan adalah sama ada terdapat keterangan bagi kesalahan terhadap suspek dan bukannya berdasarkan kesusukan seseorang.

Hal ini adalah penting kerana undang-undang mensyaratkan supaya pihak pendakwaan membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah. Asas pertimbangan yang digunakan dalam membuat keputusan untuk mendakwa adalah sama ada terhadap keterangan yang mencukupi untuk mendapatkan sabitan bagi setiap pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh. Bagi setiap sabitan, keterangan yang diperlukan hendaklah relevan, boleh diterima dan boleh dipercayai.

1 thought on “Jawapan Parlimen: Kenapakah Ahli Parlimen Bintulu Tidak Didakwa Dlm Kes PKFZ?”

  1. lee wee tak says:
    Thursday, 31-03-2011 at 21: 57.18

    well the PKA current directors have voted to forgive and forget…I think we need a change in Putrajaya to get the truth out then

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme