Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

SPR hanya menjalankan persempadanan kawasan mulai hari ini!! Surprise!

Posted on Wednesday, 23-03-2011Wednesday, 23-03-2011 by -ec-

Semalam, soalan lisan Parlimen saya dijawab oleh Menteri dan disenaraikan sebagai soalan no: 4.

Selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk VK Liew jawab soalan lisan saya, saya pun tanya soalan susulan. Saya kata saya amat hairan dengan jawapan Timbalan Menteri yang berkata SPR tidak akan memindah pengundi ke pusat pengundian yang lebih jauh, tetapi sebaliknya pusat pengundian mereka adalah lebih dekat dengan tempat kediaman mereka. Saya berkata jawapan Timbalan Menteri ini memang tidak benar kerana di beberapa pilihan raya kecil yang lepas, khususnya di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu, kita lihat pengundi yang membuang undi berpuluh-puluh tahun di satu tempat itu dipindah ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal mereka. Macam di Sibu, ramai pengundi dipindah ke kawasan Lanang, dengan tujuan untuk menghalang para pengundi untuk mengundi kepada calon DAP.

Walau bagaimanapun, dalam jawapan yang diberikan oleh Datuk VK Liew, kita sekurang-kurangnya tahu bahawa SPR tengah “beli masa” di mana mereka baru membuat kajian terhadap persempadanan kawasan pengundian mulai HARI INI. Ini menunjukkan bahawa Najib tidak ingin membuat persempadanan semula dalam Pilihan Raya yang akan datang, tetapi mengikut Perlembagaan Persekutuan, persempadanan haruslah dilakukan setiap 8 tahun. Itu sebabnya VK Liew kata kajian akan dilakukan mulai hari ini. Ha ha!!

Jawapan JPM kepada saya adalah seperti di bawah:

NO.SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :        LISAN
DARIPADA        :        Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH              :        22 MAC 2011

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadanan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri. Kenapakah Suruhanjaya Pilihan Raya sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihan raya kecil yang lepas.

JAWAPAN:        DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan kajian semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkannya perlu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (as they deem necessary).  Menurut Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, kajian semula tersebut hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula seterusnya. Urusan terakhir kajian semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah ialah pada 21 Mac 2003.  Berdasarkan kepada peruntukan di atas, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menjalankan kajian semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya selepas 21 Mac 2011 apabila kajian teliti mengenainya dijalankan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak dapat menentukan sama ada Perlembagaan Persekutuan dipinda atau sebaliknya kerana apa-apa pindaan kepada sesuatu peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah  ditentukan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri.

Mengenai dakwaan mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya memindahkan pengundi ke pusat mengundi yang jauh dari pusat pengundian asal mereka adalah tidak benar sama sekali.  Apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah membetulkan lokaliti dalam Master Indeks Daftar Pemilih yang tersalah ke bahagian pilihan raya yang sebenar dan melaksanakan urusan membelah bahagi daerah mengundi.  Apabila urusan pembetulan lokaliti dilakukan, pengundi akan mengundi di bahagian pilihan raya yang sepatutnya mereka didaftarkan.  Dalam hubungan ini, pusat mengundi mereka adalah lebih dekat dengan tempat kediaman mereka.  Begitu juga apabila urusan membelah bahagi daerah mengundi dilaksanakan. Pusat mengundi baru akan diwujudkan bagi daerah mengundi baru tersebut, dan pada kebiasaannya, pusat mengundi tersebut  lebih selesa dan lebih dekat dengan tempat kediaman mereka. Oleh itu, dakwaan mengatakan pengundi dipindahkan ke tempat yang lebih jauh adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme