Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Dasar pemberian AP bagi pengimportan kereta dan Dasar Automobil Negara

Posted on Tuesday, 30-11-2010Tuesday, 30-11-2010 by -ec-

Pertanyaan: Lisan

Daripada: Pn Teresa Kok Suh Sim

Kawasan: Seputeh

Tarikh: 29.11.2010 (isnin)

No Soalan: 14

YB PUAN TERESA KOK SUH SIM minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kenapakah Kerajaan tidak membenarkan pelabur asing untuk menunbuhkan kilang dan mengeluarkan pelabur asing untuk menubuhkan kilang dan mengeluarkan kereta di Malaysia secara bebas. Nyatakan sebab dasar pemberian AP bagi pengimportan kereta dan dasar Automobil Negara.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua

Pelabur asing adalah dibenarkan untuk menubuhkan kilang dan mengeluarkan kenderaan di Malaysia sama seperti rakyat Malaysia.

Ini adalah jelas dalam pelaksanaan kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) mulai 1 Januari 2010 di mana tiada syarat ekuiti dikenakan ke atas Lesen Pengilang baru yang dikeluarkan bagi segmen-segmen automotif yang mana pembekuan ditarik balik, iaitu:

  • kereta mewah berkapasiti enjin 1,800 c.c. dan ke atas dengan harga atas jalan tidak kurang daripada RM150,000
  • kenderaan hibrid dan elektrik;
  • kenderaan jenis pick up;
  • kenderaan perdagangan; dan
  • motorsikal berkapasiti enjin 200cc dan ke atas

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dasar pemberian Lesen Import (AP) Terbuka diperkenalkan pada tahun 1970, selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, untuk menggalakkan usahawan Bumiputera bergiat dalam sektor automotif. Kerajaan juga telah memperkenalkan AP francais pada tahun 1997 bagi memenuhi komitmen pembukaan pasaran automotif.

Dasar AP telah banyak membantu peniaga Bumiputera dalam industri kereta negara di mana syarikat-syarikat pemegang AP telah berjaya meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti pengimportan dan pengedaran kenderaan import. Di samping itu, syarikat, syarikat berkenaan juga telah mempelbagaikan aktiviti dalam sektor automotif yang lain seperti pemasangan kereta dan motosikal, pemasangan dan bina semula kenderaan perdagangan terpakai dan pengeluaran minyak pelincir. Kebanyakan syarikat-syarikat tersebut juga turut menjadi wakil pengedar kenderaan-kenderaan baru jenama Honda, Toyota, BMW, Mercedes Benz, Proton dan Perodua.

Tuan Yang Di Pertua,

Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah kajian semula NAP, Kerajaan telah memutuskan bahawa dasar AP Terbuka akan dimansuhkan menjelang 31 Disember 2015, manakala dasar AP Francais pula akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020.

1 thought on “Dasar pemberian AP bagi pengimportan kereta dan Dasar Automobil Negara”

  1. Yogeeswari says:
    Thursday, 02-12-2010 at 11: 04.29

    Hey Ms Teresa Kok

    I need help from you this about Sri Tanjung Apartment where i am stay there pass 8 year so i keep asking the IOI people to help for paint and other also, there are not doing or taken action on this matter if you don’t mind pls come and visit our place. i hope Ms. Teresa to come.

    Ms Teresa i need help from you also that about my self i am single mom curry i am working in universal music as contract staff so i am get my salary RM1590.00 so curry i am find that could i get some help from DAP people should help like single mom like me coz my dad stay with me he is 66 year old which he didn’t get anythink from our gov so i hope Ms. Teresa can help on this matter.

    Thank you
    Yogeeswari

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme