Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Projek Taman Kasut di Seri Kembangan Dirampas — Satu Lagi Skandal Tanah di Negeri Selangor?

Posted on Sunday, 22-08-2010Monday, 23-08-2010 by DAP Seputeh

YB Ean Yong (kanan) dan saya berada di tapak ‘taman kasut’ bersama dengan pemimpin MFMA

Pada 17 Ogos, saya bersama exco YB Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) mengadakan lawatan tapak bersama dengan MFMA (Malaysian Footwear Manufacturers Association) di tapak yang sepatutnya digunakan untuk penubuhan ‘taman kasut’.

Tapak “taman kasut” di Seri Kembangan sekarang

Asal-usul Taman Kasut

Cadangan untuk mengadakan ‘taman kasut’ di Seri Kembangan, Serdang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor BN pada 10 tahun yang lepas. Sekeping tanah dengan saiz 30.14 ekar kemudian diberikan kepada Fine Leather Industry Sdn Bhd dengan bayaran premium yang sangat rendah, iaitu lebih kurang setengah juta ringgit sahaja.

Objektif mengadakan ‘taman kasut’ ialah untuk memberi ruang kepada para pembuat kasut yang beroperasi di halaman rumah mereka di Seri Kembangan, tetapi kesalnya, kawasan yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor BN yang lepas itu telahpun belok daripada objektif asal dan dijadikan sebagai kawasan perindustrian yang biasa dan bukan khasnya untuk perindustrian pembuatan kasut.

Pelan pembangunan Fine Leather Industry Sdn Bhd. Dari kiri: Pemimpin MFMA, Pengerusi MFMA Tony Ting, YB Teresa Kok dan YB Ean Yong Hian Wah

Tanah Taman Kasut Dihijak Oleh Swasta

Pada tahun 2008, apabila Fine Leather menghantar permohonan merancang bagi tapak tersebut kepada MPSJ, permohonannya diketahui oleh MFMA dan mereka pun meminta bantuan daripada YB Ean Yong dan saya.

Selepas itu, kami baru tahu bahawa pemilik asal Fine Leather Industry Sdn Bhd yang sepatutnya menjalankan projek “taman kasut” itu telah menjual saham syarikatnya kepada Dato’ K.F. Chen dan Dato’ Steve Choi. Kedua-dua pemegang saham syarikat ini berkata mereka memang tidak tahu tentang latar-belakang tanah tersebut adalah untuk industri pembuatan kasut dan mereka tersilap membeli.

Dalam Surat Kebenaran Merancang kedua daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada pemaju, MPSJ mensyaratkan pemaju untuk memperuntukkan 30% lot industri (18 unit) yang berharga RM150,000 dengan saiz 24’x80’ daripada jumlah unit kepada pengusaha kasut di Seri Kembangan.

Saya pernah mempengerusikan beberapa mesyuarat di antara MFMA, pemaju dan MPSJ untuk cuba mencapai satu penyelesaian terhadap objektif asal Taman Kasut. MFMA juga menghendaki pemaju untuk membina satu pusat pameran bagi mereka.

Saya mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin MFMA

Mimpi MFMA Digadaikan

Pemimpin MFMA merasa amat kesal impian mereka untuk menubuhkan ‘taman kasut’ tidak dapat direalisasikan. Mereka berkata sekiranya kerajaan Selangor BN melaksanakan projek “taman kasut” tersebut pada 10 tahun yang lepas, iaitu tempoh kemuncak prestasi dan jenama kasut Malaysia, ia bukan sahaja dapat membantu 300 ahli MFMA dalam bidang pembuatan kasut, tetapi ia juga dapat mendorong industri pembuatan kasut Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di dunia.

Kesalnya, apa yang pengusaha kasut boleh dapat daripada 30.14 ekar tanah kerajaan ini hanyalah 18 unit lot kilang sahaja 🙁

Model perancangan “Taman Kasut” di Seri Kembangan
Kronologi peristiwa:
1996 –

Malaysian Footwear Manufacturers Association (MFMA) membentangkan cadangan membina Taman Perindustrian Kasut di Serdang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

2001 – Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Taman Kasut atas cadangan MFMA.
2004 – Tanah Kerajaan 30.14 ekar diberikan kepada sebuah syarikat swasta, Fine Leather Industry Sdn Bhd untuk dibangunkan sebagai taman kasut dengan bayaran premium yang sangat rendah.
2005 – Surat Kebenaran Merancang pertama bagi tanah 30.14 ekar dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada pihak pemaju.
2008 – MPSJ memberi surat Kebenaran Merancang kedua kepada pemegang saham yang baru dalam Fine Leather untuk membina taman perindustrian, dengan syarat 30% daripada jumlah unit kos rendah (size 24’ x 80’)diberikan kepada pengusaha kasut di Serdang

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/8/11/central/6831460&sec=central
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/8/14/central/6854049&sec=central
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/SHOEJAK/Article/
http://www.nst.com.my/nst/articles/4shoe/Article/
http://search.sinchew-i.com/node/596637?k=%E9%9E%8B%E5%9F%8E
http://search.sinchew-i.com/node/598526?k=%E9%9E%8B%E5%9F%8E
http://search.sinchew-i.com/node/598271?k=%E9%9E%8B%E5%9F%8E

2 thoughts on “Projek Taman Kasut di Seri Kembangan Dirampas — Satu Lagi Skandal Tanah di Negeri Selangor?”

  1. lee wee tak says:
    Sunday, 22-08-2010 at 19: 11.50

    many years ago, there was this brain child of Dr M, Malaysia Electric Corporation. Suppose to spearhead Malaysia’s effort into becoming the leading electrical applicances manufacturer and trend setter…tat went up in smoke

    this shoe thing also gives me a sense of foreboding..

    undilah Barisan Nasional yang penuh pengalaman mentadbir dan mampu membawa pembangunan?

    looks like sloppy administration at best……….

  2. lim says:
    Tuesday, 24-08-2010 at 05: 53.46

    The shoe scandal is just the tip of the iceberg that revealed that the government can be the biggest land thief.
    Under the pretext of:
    • ‘Riding on Jimmy Choo’s genius’;
    • ‘State Economic Development’,
    • ‘Pembangunan untuk anak selangor’,
    • ‘Low Cost Housing scheme for the Poor’;
    • ‘TPPT low cost housing scheme by Bank Negara’;
    • ‘free trade industrial zoning’;
    • ‘Electronic city’;
    • ‘Tourism’;
    • ‘Redevelopment’;
    • Etc..etc…etc…
    the government goes about seizing land from the poor and the unfortunate; and , then when everything quite down….. they quietly transform and sell the land to the rich businessman.
    And in the process, the corrupted government servant and the leaders make a bundle at the expense of the rakyat and the nation development.
    When these corrupted leaders and their servants are caught, they would say that the scheme failed so they are forced to improvise!
    That’s the modus operandi of a corrupted government.
    I wonder how many these well-planned scandalous schemes are going on or just being created throughout the nation.
    I guess must be……….zero……:) 🙁

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme