Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MalaysiaKini, Cerpen ‘YB J’: KDN tegur Mingguan Malaysia, 14 Jun 2010

Posted on Thursday, 15-07-2010Thursday, 15-07-2010 by -ec-

Cerpen ‘YB J’: KDN tegur Mingguan Malaysia

Richard Loo
Jul 14, 10
5:35pm

Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia berhubung cerpen berjudul ‘Politik Baru YB J’ yang diterbitkannya itu pada 12 Oktober 2008.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) mendakwa cerpen satira politik itu seolah-olah cuba mengambarkan dirinya sebagai YB Josephine, seorang ahli parlimen wanita yang dikatakan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam yang berakhir dengan pembunuhan watak itu.

Pada 12 Disember 2008, beliau memfailkan saman ke atas akhbar itu dan juga pengarang cerpen berkenaan, Datuk Chamil Wariya, yang juga adalah ketua pegawai eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) berhubung penerbitan cerita berkenaan.

Dalam jawapan bertulisnya kepada P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Parliamen hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata cerpen itu menyalahi garis panduan penerbitan kementerian dan dikhuatiri boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keharmonian kaum.

Surat teguran

Sehubungan itu, katanya, KDN mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia pada 21Oktober 2008.

Dalam jawapannya kepada Ramasamy, Hishamuddin berkata polis telah membuka tiga kertas dan membuat siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung empat laporan polis yang dibuat terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa menyiarkan artikel berbaur hasutan dan perkauman.

Tiada maklumat lanjut diberikan berhubung laporan berkenaan.

Satu lagi laporan polis yang dilakukan diklasifikasikan sebagai ‘rujuk kepada majistret’ tanpa diberikan butiran lanjut.

Katanya, polis akan meneruskan pemantauan ke atas elemen-elemen berunsur hasutan dari semasa ke semasa.

Ramasamy dalam soalannya meminta menteri dalam negeri menyatakan berapa jumlah laporan polis yang telah dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiarkan artikel-artikel berbaur hasutan dan perkauman.

Beliau juga menuntut untuk mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil oleh kementerian dan polis terhadap akhbar berkenaan.

1 thought on “MalaysiaKini, Cerpen ‘YB J’: KDN tegur Mingguan Malaysia, 14 Jun 2010”

  1. lee wee tak says:
    Wednesday, 21-07-2010 at 07: 52.58

    why only now we know about this surat teguran? the level of publicity is never the same as the cerpen itself or the furour thereafter. is this because it is bad for air muka UMNO?

    this makes me wonder if the letter really existed. a copy of the letter shown to the public would be nice

    the show cause letter strengthen your case, so hope you get damages and able to donate people who really need financial assistance, which I believe is pretty frequent at your service centre

    i remember UMNO branch at Cheras wanted to raise fund to assist Utusan in their court case but funny its own minister whack them with a show cause letter…why help someone your boss condemn? I thought there is a tow the line culture somewhere…..

    perhaps the next PQ is “…ingin menanyakan Menteri Dalam Negeri berapakah jumlah laporan polis telah dibuat terhadap Utusan Malaysia semenjak 5 tahun lalu, apakah sebab-sebab laporan dibuat serta tindakan susulan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri”

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme