Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kepadatan Pembangunan Projek di KL Terlampau Tinggi, Khususnya di Kuchai Entrepreneur’s Park

Posted on Tuesday, 29-06-2010Tuesday, 29-06-2010 by -ec-

I won’t be able to deliver my adjournment speech below today after all because Parliament sitting has been extended until night time and I have to attend a function tonight. After discussing with the deputy minister who supposed to reply to my adjournment speech, he has agreed to release me and let me to deliver my speech below on Thursday, 1st July 2010 instead.

This issue is important as Kuchai Entrepreneur’s Park is in my Seputeh constituency and it is also my community, where I live.

————

Ucapan Penangguhan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh pada 29 Jun 2010

Kepadatan Pembangunan Projek di Kuala Lumpur Yang Terlampau Tinggi,  Khususnya di Kuchai Entrepreneur’s Park

Perancangan Bandar merupakan satu isu yang amat penting sekiranya kita menghendaki satu alam kediaman yang selesa dan mampan di kota raya. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, saya mendapati DBKL telah meluluskan banyak projek pembangunan perumahan dan komersial yang mempunyai kepadatan yang tinggi dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira isu trafik dan ‘plot ratio’.

Di sini, saya ingin tanya, apakah ‘plot ratio’ yang diamalkan oleh DBKL di Kuala Lumpur ataupun DBKL langsung tidak mengenakan ´plot ratio` langsung? Kenapakah DBKL membenarkan bangunan yang telah mempunyai kepadatan yang tinggi dibangunkan di kawasan yang telah mempunyai penduduk yang padat seperti di Mont Kiara dan Kuchai Entrepreneur’s Park manakala kawasan-kawasan tersebut hanya mempunyai jalan keluar ke pusat bandar yang agak sempit, terhad dan tanpa perkhidmatan LRT?

Datuk yang diPertua, saya ingin memberi penekanan terhadap masalah perancangan di Kuchai Entrepreneur’s Park yang terletak di Kawasan Parlimen Seputeh sebagai contoh. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, DBKL telah membenarkan pembinaan beberapa projek komersial dan kondominium didirikan di tempat ini, dan tempat ini hanya mempunyai satu jalan keluar ke pusat Bandar Kuala Lumpur sahaja, iaitu Jalan 1/116B.

Pada bulan lepas, penduduk di Pangsapuri Dinasti Garden melihat satu papan tanda ditegakkan di hadapan pangsapuri mereka, iaitu di lot 36288 di Jalan 11/116C. Papan tanda itu bertulis:

1) Cadangan menambah kepadatan penduduk daripada 60 orang seekar kepada 400 orang seekar, 2) Cadangan membina 2 blok pangsapuri mewah 23 tingkat dan 25 tingkat dengan 5 tingkat podium tempat letak kereta serta kemudahan penduduk´.

Walaupun DBKL telah mengadakan pendengaran berkenaan cadangan projek tersebut, tetapi sikap yang ditunjukkan oleh pegawai DBKL dalam pendengaran tersebut amat mengecewakan hadirin yang membantahnya. Di sini saya ingin tanya, apakah DBKL sanggup membenarkan satu pembangunan yang begitu pesat di tanah lapang yang begitu kecil yang hanya mempunyai jalan keluar yang sempit, iaitu Jalan 11/116C yang juga merupakan jalan mati di sebelah hujung yang lain?

Pangsapuri Dinasti Garden merupakan satu pangsapuri yang mempunyai 600 unit yang tinggi kepadatannya. Selain daripada pangsapuri ini, terdapatnya satu pangsapuri yang mengandungi 120 unit di Jalan 11/116C.

Pada waktu sekarang, penduduk di kedua-dua pangsapuri tersebut selalu terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas untuk keluar dan masuk pangsapuri mereka setiap hari. Selain itu, kesemua kenderaan yang menggunakan Jalan 11/116C harus masuk ke jalan utama yang keluar ke Kuala Lumpur, iaitu Jalan 1/116B. Jalan 1/116B merupakan satu jalan yang amat sesak kerana ia terpaksa menampung trafik dari kawasan kediaman di selulruh Kuchai Entrepreneur´s Park, Happy Garden dan Sri Petaling. Memandangkan jalanraya di sekitar tempat kediaman ini telah begitu sempit, kenapakah DBKL masih membenarkan satu lagi projek pangsapuri yang mempunyai kepadatan yang tinggi di tempat ini, khususnya di Jalan 11/116C tersebut?

Di sini, saya ingin tanya, apakah prinsip dan dasar Jabatan Perancangan DBKL terhadap pembangunan di Kuala Lumpur? Apakah DBKL sanggup menginkari Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dan Pelan Fizikal Negara yang memberi banyak penekanan terhadap pembangunan yang mampan?

1 thought on “Kepadatan Pembangunan Projek di KL Terlampau Tinggi, Khususnya di Kuchai Entrepreneur’s Park”

  1. kit chong says:
    Friday, 02-07-2010 at 18: 58.52

    yes, i total agreed with YB on this situation at jalan 1/116b, we strongly object this proposal. and today we saw a news there is another condominium proposal next the kuchai avenue site, it will make the traffic jam worse still. How can we object this two proposal… where to sign our name to object..? thanks

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme