Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kekurangan pekerja di sektor perkilangan menggugat ekonomi negara

Posted on Monday, 28-06-2010Tuesday, 27-07-2010 by -ec-

Ucapan penangguhan YB Teresa Kok bagi persidangan Parlimen bagi 28 Jun 2010

Masalah kekurangan pekerja di sektor pekilangan di Malaysia

Dasar sumber manusia Kerajaan Persekutuan yang tidak konsisten, “kejap sini, kejap sana”, meruncingkan lagi masalah kekurangan pekerja, mengelirukan para pelabur dan mengurangkan daya saing Malaysia berbanding dengan negara jiran.

Sudah sekian lama para pelabur mengadu bahawa mereka gagal merekrut pekerja yang mencukupi. Masalah ini mencegah mereka daripada mengembangkan pekilangan mereka dan membuka kilang-kilang yang baru.

Memandangan rungutan sebegini, saya amat kesal Kerajaan Pusat telah mengambil langkah yang terburu-buru apabila mereka telah membeku pengambilan pekerja asing dan menolak pemohonan pembaharuan permit kerja pekerja asing tanpa amaran pada masa dahulu.

Tindakan Kerajaan Pusat sebegini menunjukkan mereka tidak prihatin terhadap keperluan para pelabur dan keperluan ekonomi negara. Maka, tidak hairanlah ramai di antara para pelabur sudah pun mula memindahkan pelaburan mereka dari Malaysia ke negara-negara jiran . Terutamanya bagi negeri Selangor yang menyumbang sehingga 35% daripada GDP Malaysia.

Masalah ini perlu diselesaikan segera. Justeru, saya menyeru kerajaan supaya membenarkan Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) untuk menentukan pengambilan pekerja asing bagi bidang perindustrian di Malaysia secara ”case by case” kerana MIDA yang paling memahami keperluan buruh para pekilang dan industri.

Pada masa yang sama, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen tidak boleh berlengah-lengah tetapi mestilah memberi sokongan padu kepada MIDA dengan memberikan kelulusan-kelulusan yang diperlukan bagi projek perindustrian yang telah pun dikaji dan diluluskan oleh MIDA. Usah lagi berlengah-lengah kerana birokrasi semata-mata.

Saya juga ingin menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memberi kelulusan permit kerja sementara bagi 90,000 orang pelarian yang berada di Malaysia bagi melegakan masalah kekurangan pekerja kami. Para pelarian ini tidak dapat menyokong diri ataupun menyumbang kepada sesiapa pun walaupun sihat kerana mereka tidak diberikan permit kerja. Adalah lebih baik sekiranya Malaysia membenarkan mereka untuk bekerja dan pada masa yang sama melegakan masalah kekurangan pekerja kami di Malaysia.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak menyelesaikan isu kekurangan perkerja ini, Malaysia bukan sahaja akan gagal mencapai masyarakat yang bergaji tinggi, tetapi kita juga akan hilang keyakinan pelabur, hilang daya saing, dan hilang kepercayaan terhadap Model Ekonomi Baru yang dilaungkan Perdana Menteri.

2 thoughts on “Kekurangan pekerja di sektor perkilangan menggugat ekonomi negara”

  1. A C Woo says:
    Monday, 28-06-2010 at 18: 20.00

    YB,

    I do agree with your proposal of allowing the Refugees in Malaysia to have work permits to overcome the shortage of workers in various sectors instead of leaving these people wondering around jobless and ultimately creating more social problems such as burglaries and stealing by these refugees.

    But knowing how our government is hopeless in implementing any projects & programmes, there must be a transparent, systematic and proper rules and regulations to legalise these refugees to avoid rampant corruptions, mismanagement and failure in the process.

    Hope that the PR state governments could initiate this proposal through continuous pressure and appeals in the Parliament. Keep up to your good work, YB

  2. CYC says:
    Tuesday, 29-06-2010 at 15: 30.17

    YB,

    You have played a fantastic role as an opposition MP. But, I would like to see you concentrate a bit more on attracting investment into Selangor. The party that take cares of people’s rice bowl will get the priority vote especially during this economic uncertain phase. The Selangor state govt is lacking the dynamism expected.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme