Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Akta Arkitek Yang Mengupas ‘Check & Balance’

Posted on Tuesday, 12-12-2006Tuesday, 12-12-2006 by Teresa

Ucapan YB Teresa Kok Dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Akta Arkitek Pada 11-12-2006

Rang Undang-Undang Digubal Demi CCC – Percanggahan Kepentingan

Rang undang-undang ini merupakan satu rang undang-undang yang diwujud demi melaksanakan dasar certificate of completion and compliance (CCC) oleh arkitek dan profesional pembinaan.

Sebagaimana apa yang diluahkan oleh ahli parlimen dalam perbahasan rang undang-undang sebelum ini, rang undang-undang ini memang merupakan satu rang undang-undang yang membenarkan percanggahan kepentingan (Conflict of interests) di antara hubungan contractual di antara pemaju yang mengupah arkitek dengan arkitek sendiri.


Sistem “Check & Balance” Dikupas

Kehilangan “check and balance” – kerajaan telahpun menubuhkan ‘one-stop center” untuk mempercepatkan kebenaran daripada pelbagai agensi dengan menghendaki kerajaan tempatan meluluskan kesemua permohonan CFO dalam tempoh 14 hari. Jadi apa yang diperlukan sekarang ialah menghendaki pemaju dan arkitek mematuh peraturan ini secara ketat dan bukan mengeluarkan badan pemantauan, iaitu kerajaan tempatan daripada proses ini secara langsung.

Undang-undang dalam perbankan ialah ‘seseorang yang meminjam wang tidak boleh menjadi penjamin kepada diri-sendiri”, jadi arkitek dan professional juga tidak harus diberi kuasa untuk meluluskan projek yang direka oleh beliau sendiri.

Hukuman Terlalu Rendah Ke Atas Arkitek Yang Mencabuli Undang-Undang

Dalam rang undang-undang ini, dalam seksyen 15A, penalti yang dikenakan ke atas seseorang arkitek ialah

i) denda dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000; dan

ii) tempoh penggantungan pendaftaran ditambah daripada 1 tahun kepada 2 tahun.

Selain itu, dalam seksyen 34, denda ke atas tuan punya tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang melanggar peruntukan akta atau peraturan-peraturannya yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata ialah RM10,000.

Hukuman yang dikenakan ke atas arkitek yang bersalah dalam rang undang-undang adalah agak rendah berbanding dengan kerugian dan kepahitan emosi yang dialami oleh pembeli rumah yang membeli hasil rekaan arkitek mempunyai masalah. Pembeli rumah yang kurang nasib baik dan membeli rumah yang mempunyai banyak “design defects” ataupun projek terbengkalai selalu terpaksa untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap arkitek dan ini akan mendatangkan masalah yang serius.

MRR2 & Bangunan MALTRADE

YB Menteri dan Kementerian Kerja Raya telah banyak disalahkan kerana masalah ‘design and build”, di mana kontraktor melantik perunding (consultant) dan tiada badan yang memantau projek-projek pembinaan seperti keretakan dalam lebuhraya bertingkat MRR2, bangunan Maltrade dan sebagainya.

Soalan saya, apakah arkitek yang terlibat boleh dihukum oleh Lembaga Arkitek seperti apa yang termaktub dalam rang undang-undang ini? Kita tahu profesional selalunya memberi perlindungan kepada anggota dalam industri yang sama dan mereka juga selalu enggan ‘testify’ kesalahan atau kecuaian anggota profesional yang lain, itulah sebabnya adalah amat sukar bagi pesakit untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang melakukan kecuaian ataupun mendakwa doktor yang cuai dalam Malaysian Medical Council. Jadi, Lembaga Arkitek tidak semestinya menjatuh hukuman ke atas arkitek yang salah di bawah ccc.

Bayaran Fi Kepada Arkitek

Kerajaan harus mengkaji semula struktur fi kepada arkitek tempatan. Fi yang dikenakan oleh arkitek ialah berdasarkan peratusan kos projek, manakala arkitek di luar negeri berdasarkan jumlah jam kerja mereka. Jadi, demi mendapatkan ganjaran yang lebih tinggi, arkitek akan sengaja menaikkan kos pembinaan dengan menggunakan material yang berharga tinggi, ini menjadi kos pembinaan sesuatu projek dinaikkan secara keseluruhan.

Standard of design

Tibalah masanya bagi kerajaan untuk meminda undang-undang ataupun mengadakan ‘by-law” dengan menghendaki arkitek untuk meneliti ‘standard of design” dan finishing projek mereka. Misalnya: tangga dalam sesuatu bangunan, bukan setiap ‘step’nya sama, kadang-kadang ada step yang tinggi dan ada yang rendah.


Jaga Kebajikan OKU

Selain itu, ramai arkitek tidak mementingkan perlengkapan bagi OKU dalam ‘design’ mereka. Itulah sebabnya kumpulan OKU selalu mengadakan tunjuk perasaan yang mengadu mereka tidak boleh naik LRT dan bas dan sebagainya. Misalnya di Parlimen kita, OKU seperti YB Bukit Gelugor tidak boleh masuk ke Parlimen kita dari pintu masuk utama kerana tiada perlengkapan tetapi beliau terpaksa masuk dari pintu masuk yang lain. Selain itu, reka-bentuk bagi lapangan terbang kos rendah (LCCT) juga tidak mengambil kira keperluan OKU, adalah amat susah bagi OKU untuk naik kapalterbang di Air Asia

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme