Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai Pendatang Tanpa Izin

Posted on Thursday, 13-05-2010Thursday, 13-05-2010 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

RUJUKAN : 2499

YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ;

a) Pecahan pendatang tanpa izin yang mati semasa di tahan di pusat tahanan pendatang tanpa izin di Malaysia mengikut jantina, umur dan kewarganegaraan mereka sejak tahun 2000 sehingga 2009, dan
b) Berapa di antara mereka mati kerana menghidapi penyakit Leptospirosis dan penyakit manakah yang menyumbang paling banyak kematian pendatang tanpa izin dalam pusat tahanan.

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai rekod bilangan tahanan yang mati dalam Depot Imigresen untuk tahun-tahun 2000 hingga 2004. Ini memandangkan pada tahun-tahun tersebut Jabatan Imigresen Malaysia belum mengambil alih pengurusan dept-depot berkenaan.Walaubagaimanapun, sejumlah 78 tahanan telah mati dalam Depot Imigresen pada tahun 2005 hingga 2009. Pecahan bilangan mengikut warganegara dan jantina adalah seperti berikut ;
i) 32 tahanan warganegara Myanmar yang kesemuanya merupakan lelaki;
ii) 12 tahanan warganegara Indonesia yang mana 8 adalah lelaki, 2 adalah wanita dan 2 kanak-kanak;
iii) 11 tahanan warganegara India yang mana 10 adalah lelaki dan 1 wanita;
iv) 11 tahanan warganegara Bangladesh yang kesemuanya merupakan lelaki;
v) 4 tahanan warganegara Kemboja yang kesemuanya merupakan lelaki;
vi) 2 tahanan warganegara Vietnam yang kesemuanya merupakan lelaki; dan
vii) Masing-masing 1 tahanan lelaki dari Thailand, Nigeria, Togo, Pakistan, Liberia dan Filipina.

b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia hanya mempunya rekod kematian tahanan yang terperinci sejak mengambil alih pengurusan Depot Imigresen bermula tahun 2008. Dari tempoh tahun 2008 hingga 2009, rekod Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan sebanyak 4 kematian telah disebabkan oleh penyakit Leptospirosis. Manakala penyakit yang dikenalpasti sebagai penyebab paling banyak kematian tahanan adalah sakit jantung dan Ischaemic Heart Disease dengan masing-masing 3 kematian.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme