Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen: What is PDRM’s strategy to fight crime in Malaysia?

Posted on Thursday, 17-12-2009 by -ec-

I asked the Home Ministry, what is the budget allocation to each department in PDRM for the year 2005, 2006, and 2007; and what is PDRM’s plan to reduce crime in Malaysia? Below is the Home Ministry’s written response.

What do you think about their answer?

~~~~~

Pertanyaan: Bukan Jawab Lisan

Daripada: Puan Teresa Kok Suh Sim

Rujukan: 2201

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan peruntukan yang disalurkan ke setiap jabatan dalam PDRM untuk tahun 2005, 2006 dan 2007. Nyatakan rancangan PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

JAWAPAN:

Tuan yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia, peruntukan setiap jabatan di dalam PDRM dari tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut:

Jabatan

Tahun

2005 (RM)

2006 (RM)

2007 (RM)

JUMLAH (RM)

Pengurusan

1,131,089,100

1,119,378,000

1,251,157,700

3,501,624,800

Logistik

898,402,200

999,509,700

142,307,000

2,040,218,900

JSJ

165,590,700

200,324,200

203,349,100

569,264,000

C. Khas

155,862,600

183,632,600

186,704,200

526,199,400

JSJN

70,568,700

73,924,700

75,567,900

220,061,300

KDN / KA

644,277,800

779,156,900

849,547,300

2,272,982,000

JSJK

0

38,542,300

39,036,600

77,578,900

JUMLAH (RM)

3,065,791,100

3,394,468,400

2,747,669,800

9,207,929,300

Tuan Yang Dipertua,

Pihak polis telah merangka strategi untuk mengurangkan kejadian jenayah di negara ini seperti berikut:

(a) Strategi jangka masa pendek:

i. Melaksanakan tindakan pencegahan jenayah secara bersepadu dengan melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan;

ii. mengenal pasti kawasan panas (hotspot) yang seringkali berlaku jenayah dan menambahkan anggota membuat rondaan. Kehadiran polis (police omnipresence) juga dipertingkatkan dengan bantuan anggota tambahan dari RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM);

iii. mengadakan operasi secara terus menerus sepanjang tahun seperti Ops Lejang yang  mensasarkan pengguna motosikal di seluruh negara, Ops Rentap bagi menangani jenayah ragut atau samun tepi jalan dan Ops Utama Perdana bagi mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara;

iv. menambah bilangan CCTV dan lampu jalan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah;

v. meningkatkan kerjasama masyarakat dan NGO dalam membantu pihak polis membanteras jenayah melaui kempen kesedaran dan penyaluran maklumat; dan

vi. memperkuatkan pasukan penyiasat dengan menambah bilangan pegawai penyiasat dan juga kelengakapan seperti komputer riba (laptop) dan kenderaan selain latihan dalam penyiasatan dan undang-undang.

(b) Strategi jangka masa panjang:

i. Menambah keanggotaan polis sebanyak 60,000 orang di bawah rancangan Penstrukturan Semula Organisasi (PSO) PDRM;

ii. menambah bilangan balai polis, pondok polis di daerah yang pesat membnagun dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Daerah tersebut akan dipecahkan kepada dua (2) dan diletakkan di bawah pengawasan daerah polis yang berasingan;

iii. membangunkan projek Central Intelligence Unit (CIU) bagi tujuan mempunyai pangkalan data yang bersepadu;

iv. membuat penambahbaikan terhadap sistem komunikasi PDRM bagi memastikan pDRM dapat memberikan respond time yang pantas kepada jenayah yang berlaku

1 thought on “Jawapan Parlimen: What is PDRM’s strategy to fight crime in Malaysia?”

  1. -ec- says:
    Thursday, 17-12-2009 at 16: 34.05

    by looking at the allocation for logistics over a few years, it just let people wonder what is the reason for a sudden drop of budget in 2007.

    if the actual allocation should have been rm142m as in 2007, were all the previous year figures over-inflated? if really over-inflated, what were the actual spending? if really over-inflated and all monies were spent as budgeted, where have all these monies gone to?

    why did not pac say anything about this obvious financial pattern?

    as to the strategies, the obvious missing item is the permanent term strategy of backboning the bn.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme