Today I managed to speak in the debate on the budget of women, family and social development ministry. I wrote my speech on my laptop after lunch. I can deliver my speech off the cuff but I took the trouble to write it down.
I mentioned about the budget allocation given to this ministry, which is much lower than other ministry. In many other developed countries, this ministry is given the highest attention, particularly in social welfare state. The low allocation given to this ministry shows the government doesn’t give much attention to issues related to women and social welfare.
I touched on the issue of juvenile detainees in prison. I was informed by a social worker that we have about 550 juvenile detainees in Sungai Buluh Prison, 550 in Kajang Prison and a number in Simpang Renggam.
These youngsters were detained for offences rangingt from selling pirated VCDs, to involvement in motorcycle races (Mat Rempit) to more serious offences like robbery and rape. As the court proceeding is very slow, these juveniles spend months — even years — in prison to wait for their trial. If they are convicted, they will stay even longer in the prison.
The juvenile prisoners are denied of education and any kind of training or counselling while in detention. The reason they are in prison is because the juvenile rehab centres are full. After mixing around with all hard core convicts in the prison, many of these juveniles have themselves turned hard core.
I urged the ministry to pay attention and give counselling to this group of young offenders and work with other ministries or government agencies to make the punishment of ‘community service’ as prescribed in the amendment of Criminal Procedure Code a success. The amendment of CPC will be enforced on 1st January 2007, the main reason of the delay of its enforcement is because the Ministry of Women, Family and Social Development Ministry is not ready to implement or carry out the “community service” on young offenders.
I also mentioned other issues, such as the increase numbers of beggars in town, the need for the ministry to set up more shelter homes for the unfortunates, the problem of migrant and refugees who are forced to pay high medical fees in government hospitals as well as women squatters who are single and being denied low cost housings built by local government.
I was interrupted a few times by the speaker Lim Si Cheng. He kept asking me to wind up, but I managed to deliver all the main points of my speech in super fast time. 🙂
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam Perbahasan Peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Pada 5 Disember 2006
010000 Pengurusan dan Perancangan dasar; 040000 Kebajikan MasyarakatDatuk Pengerusi, kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat merupakan satu kementerian yang amat penting. Kebanyakan isu yang dirangkumi di bawah kementerian ini merupakan isu dan agenda yang paling penting di negara-negara maju, khususnya negara yang mementingkan dasar kebajikan sosial. Kementerian ini juga adalah amat penting untuk
meralisasikan objektif ※Masyarakat Penyayang§ yang termaktub dalam Wawasan 2020, tetapi sedihnya, peruntukan yang diberi kepada kementerian ini selalu adalah jauh lebih kurang daripada kementerian-kementerian yang lain. Keadaan ini menunjukkan kerajaan pusat kita sebenarnya tidak begitu mementingkan isu yang berkaitan dengan wanita dan kebajikan sosial.Di sini, saya ingin membangkitkan beberapa isu untuk perhatian YB Menteri:
1) Tahanan remaja dalam penjara
Saya diberitahu bahawa kebanyakan pusat pemulihan akhlak bagi penjenayah remaja sudahpun penuh dan tidak dapat muat orang baru lagi, sehingga sekarang terdapatnya 550 tahanan remaja di Penjara Sungai Buluh dan 450 tahanan remaja di Penjara Kajang, dan juga terdapat segolongan tahanan remaja dikurung di Pusat Tahanan Simpang Renggam.
Kebanyakan tahanan remaja ini adalah di bawah umur 18 tahun, kesalahan mereka termasuk kesalahan kecil seperti menjual VCD cetak rompak, mat rempit dan pergaduhan, sehingga jenayah serius seperti merompak, merogol dan sebagainya.
Kebanyakan tahanan remaja di penjara ini menunggu perbicaraan atas kes mereka. Oleh kerana proses mahkamah kita adalah begitu perlahan, oleh itu ramai di antara mereka terpaksa merengkuk di dalam penjara berbulan-bulan dan malah bertahun-tahun. Mereka tidak diberi kaunseling dan tidak diberi peluang untuk menyertai apa-apa bentuk pendidikan. Sekiranya mereka dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, maka mereka terpaksa merengkuk lebih lama di dalam penjara dan bergaul dengan penjenayah lain yang lebih berpengalaman. Dengan itu, apabila mereka keluar dari penjara, mereka pun dilatih menjadi penjenayah yang dahsyat ataupun hard core criminal.
Oleh itu, saya ingin menyeru pihak kementerian memberi keprihatinan kepada tahanan remaja di penjara kita sekarang dan bekerjasama dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk menangani masalah tahanan remaja yang semakin meningkat tersebut. Selain daripada membina lebih pusat pemulihan akhlak bagi penjenayah remaja ini, adalah penting bagi kementerian untuk
memberi pendidikan dan kaunseling kepada penjenayah remaja bawah umur ini.
2) Perlaksanaan hukuman khidmat masyarakat yang menggantikan pemenjaraan dalam Kanun Tatacara KeseksaanDatuk Pengerusi, selain itu, adalah penting bagi kementerian untuk memberi lebih tumpuan terhadap program khidmat masyarakat atas pesalah muda yang termaktub dalam pindaan terbaru dalam Kanun Tatacara Keseksaan (Criminal Procedure Code) yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2007.
Saya faham tentang masalah untuk melaksanakan program khidmat masyarakat ini kerana ini bukan sahaja perkara baru bagi kementerian Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, tetapi ia juga melibatkan kerjasama dengan kementerian yang lain dan memerlukan lebih pegawai untuk melaksanakan program khidmat masyarakat bagi penjenayah remaja ini, oleh itu, saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan kementerian pendidikan, jabatan penjara dan kerajaan tempatan, supaya kita boleh sama-sama menyempurnakan program khidmat masyarakat demi membantu penjenayah remaja untuk bertaubat dan balik ke pangkuan masyarakat.
3) Kementerian harus membina lebih rumah perlindungan bagi golongan kurang bernasib
Saya ingin menyeru pihak kementerian memberi tumpuan untuk mengadakan pusat perlindungan bagi golongan yang kurang bernasib, seperti rumah orang tua, rumah orang cacat, rumah pesakit HIV AIDS, rumah wanita yang beranak tanpa nikah-kahwin (unwed mothers) dan sebagainya.
Kita mendapati rumah-rumah kebajikan ini selalunya dibina dan diselenggarakan oleh sektor swasta dan NGO, memandangkan golongan yang kurang bernasib ini telah semakin meningkat, jadi adalah penting bagi kementerian untuk mengadakan rumah perlindungan kerajaan untuk memenuhi permintaan masyarakat tersebut.
4) Pengemis yang semakin bertambah di kawasan bandar
Datuk Pengerusi, kita mendapati pengemis di kawasan bandar telah semakin meningkat, selalunya kita lihat pengemis yang cacat, tanpa kaki dan tanpa kanan meminta sedekah di Kuala Lumpur dan kawasan bandar. Terdapatnya khabar angin yang mengatakan bahawa pengemis-pengemis tersebut adalah merupakan mangsa yang diperalatkan oleh sindiket. Saya minta pihak kementerian menghulurkan bantuan kepada mangsa pengemis tersebut.
5) Masalah pendatang asing dan pelarian wanita dari segi kos perubatan
Pendatang asing dan pekerja asing dikenakan kos perubatan yang lebih tinggi apabila mereka minta rawatan perubatan di hospital kerajaan. Pendapatan pendatang dan pekerja asing selalunya jauh lebih rendah daripada kita semua, tetapi adalah tidak adil bagi mereka, khususnya
golongan pendatang asing wanita.6) Setinggan yang tidak berkahwin gagal mendapat rumah PPR kerajaan tempatan
Saya menghargai usaha YB Menteri yang memberi perlindungan kepada ibu tunggal, tetapi saya juga berharap YB Menteri boleh memberi perlindungan kepada orang yang bujang dan pilih tidak berkahwin. Dalam operasi setinggan sifar yang dilancarkan oleh kerajaan sekarang, setinggan
yang bujang dinafikan hak untuk peruntukan rumah PPR, ini adalah amat tidak adil bagi mereka. Jadi saya minta pihak kementerian juga boleh memperjuangkan nasib golongan yang tidak berkahwin tersebut.
Dear Teresa,
It is good that you propose the juvenile offenders especially light offenders to do community service rather than having them in prison. This not only allow them to mingle with other prisoners(allowing them to learn even more aggresive or partner up to do even more dirty jobs when they are freed) but also spending a lot of hard-earn tax payers money. We should look towards Singapore who has manage to keep the city clean by punishing litterers to clean up public places. Of course, counselling also plays an important role to lead the youngsters to the right track.
I really hope that the government will quickly enforce the community service not only to young offenders but also to light offenders as well. We should show those who can still turn away from the wrong side that there exist those who care and need to be cared in order to enlight them of a world with morality.
I wish you the all the best in your efforts and may you succeed in your attempts and kick those unworthy BN’s butts!!