Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Berita baik – 8 siswa UM akhirnya tidak bersalah

Posted on Thursday, 19-11-2009Thursday, 19-11-2009 by -ec-

Sejak isu ini bermula, saya telah mengkritik tindakan disiplin ke atas pelajar UM yang dikenakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM atas “kesalahan”  menjemput saya dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat yang lain masuk ke kampus mereka.


MalaysiaKini, 8 siswa UM akhirnya tidak bersalah, Nov 19, 2009

kemaskini 7.11pm Lapan pemimpin dan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini, yang didakwa membawa masuk dua ahli politik Pakatan Rakyat, dibebaskan daripada kesalahan tersebut.

Dua daripada mereka dibebaskan daripada tuduhan melanggar peraturan kampus itu pagi tadi, manakala enam lagi dibuang kes masing-masing jam 5.10 petang ini.

Pagi tadi, dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang wakil rakyat PKR ke kampus itu, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, ADUN Seri Setia menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung PMIUM selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, 8 September lalu.

Keenam-enam yang dihadapkan ke depan jawatankuasa tatatertib mulai pagi ini: Saw Yee Fung (presiden PBCUM), Chan Kheng Fai (ketua unit debat), Chan Wei De, Koh Ming Chen, Ng Xin Ying dan Yong Siew Cheng (keempat-empatnya AJK unit debat).

Pemimpin dan aktivis persatuan itu terlibat menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul ‘Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?’

Dua lagi pemimpin politik – wakil rakyat DAP Teoh Nie Ching dan seorang pemimpin MCA Selangor, Victor Gu – pula terlibat pendebat di acara itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Kelapan-lapan pemimpin dan aktivis didakwa mencabuli peraturan bertulis kampus tersebut iaitu subperenggan 16 (1), Borang 2 dalam Statut Universiti Malaya (Badan-badan Pelajar) 1979 yang dibuat bawah Perlembagaan Universiti Malaya.

Jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman yang paling ringan dengan diberikan amaran atau paling berat dipecat daripada UM.

Prosiding terhadap dua pemimpi PMIUM berlangsung di sebuah bilik di Bangunan Canselori bermula jam 9.30 dan berakhir empat jam kemudian, manakala prosiding ke atas enam lagi bermula jam 2.45 petang.

Jawatankuasa tatatertib itu dianggotai oleh tiga anggota panel yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr A Hamid A Hadi.

Prosiding tatatertib tersebut dimulakan pada hari ini selepas dua kali ditangguhkan .

Mohd Haafizuddin dan Abu Ubaidah Amir, ketika ditemui pemberita selepas keputusan tersebut, kelihatan gembira dan lega.

Mohd Haafizuddin berkata, secara umumnya, Dr A Hamid telah menasihatinya supaya tidak mengulangi perbuatan menjemput orang luar untuk terlibat dengan acara PMIUM.

“Itu sahaja yang dinasihat. Jangan buat lagi, dia suruh ikut peraturan,” katanya, sambil menambah, keputusan rasmi akan dihantar kepadanya dalam tempoh 14 hari.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme