Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Land Scandal Victims in Kg Bersatu Puchong Lodge ACA Report

Posted on Saturday, 23-02-2008Saturday, 05-12-2009 by DAP Seputeh

Hi, I took the victims of land cheating case in Kg Bersatu, Puchong to lodge a report to ACA HQ today. The victims involved also took out placards to criticise the two BN state candidates in Puchong for misleading them.

Below is the report, which is self-explanatory:

Laporan Kepada Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya
Nama: Ho Wai Fun
No Kad Pengenalan: xxxxx

Sebelum saya mengemukakan laporan saya, saya ingin menyenaraikan kronologi perobohan 48 rumah Kg Bersatu, Puchong

Pada Mei 2005, 48 rumahtangga di Kg Bersatu terima surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Petaling yang mengatakan bahawa rumah kami terlibat dalam program penempatan semula setinggan Kg Tun Razak. Penduduk di 48 rumah yang terlibat pun menandatangi surat persetujuan untuk mengosongkan tapak. Para tuanpunya rumah dijanjikan sekeping tanah kediaman di Puchong Prima sebagai pampasan. (Lampiran 1)

Perjanjian ini ditandatangani setelah kami diugut oleh En. So Ah Kau @ So Meng Chong (Arthur So, beliau adalah Pengerusi MCA Cawangan Kg Bersatu / de facto Ketua Kempung). Beliau berkata jika kami tidak berpindah, kami tidak akan diberi apa-apa pampasan selepas rumah dirobohkan.

Ramai penduduk di 48 rumah kediaman ini pun terpaksa menandatangani perjanjian tersebut di bawah ugutan ini. Walau bagaimanapun, 2 tuanpunya rumah enggan menandatangani perjanjian ini, mereka adalah: i) Shanmugam a/l Munisamy (No kad pengenalan: 530226xxxx, Alamat asal: xxxxx ); ii) Cheong Wai Kwok (No kad pengenalan: 560508 xxxxx, Alamat asal:xxxxxx).

Pada Julai 2005, penduduk daripada 48 rumah terlibat minta Dr. Kow Cheong Wai (ADUN Kinrara) untuk menangguhkan pengosongan rumah. Beliau bersetuju untuk membantu kami untuk memohon penangguhan 2 tahun lagi, tetapi janjinya tidak ditunaikan.

Pada Ogos 2005, Ketua Cawangan MCA Kg Bersatu, En. So Ah Kau @ So Meng Chong (Arthur So) memberi kami tempoh seminggu untuk berpindah. Beliau berkata rumah kami akan dirobohkan sekiranya kami tidak berpindah. Seminggu kemudian, bekalan elektrik dan air rumah kami dipotong.

Pada Mei 2007, penduduk daripada 48 unit rumah ini menerima geran hak milik sementara tanah pampasan. (Lampiran 2)

Ketidakpuasan kami sebagai 48 tuan rumah yang rumah dirobohkan ialah: 1) Rumah kami dirobohkan atas nama Kg Tun Razak padahal rumah kami berada di Kg. Bersatu. Ini dibuktikan oleh alamat kami yang tercetak dalam bil cukai taksiran (cukai pintu) selama ini, di mana alamat kami selama ini adalah Kg Bersatu, dan bukannya Kg Tun Razak. (Lampiran 3)

Kami masih menerima bil cukai taksiran daripada MPSJ sehingga hari ini dan alamat yang termaktub dalam bil cukai taksiran MPSJ ini adalah Kg Bersatu. Ini menunjukkan dalam rekod MPSJ, alamat rumah lama kami ialah Kg Bersatu, dan rumah kami tidak pernah dirobohkan dalam data MPSJ. Apakah ini menunjukkan 48 rumah kami ini telah dirobohkan secara tidak sah?

2) Selepas kami menandatangani perjanjian dengan syarikat pamaju Jenbina Sdn Bhd, kami baru diberitahu bahawa Kerajaan Selangor telah meluluskan penstrukturan Kg Bersatu di mana semua tuan rumah di Kg.Bersatu akan diberi geran pada Mac 2005. Walau bagaimanapun, Pengerusi Cawangan MCA Kg Bersatu Arthur So, ADUN Dr Kow Cheong Wai dan ADUN Satim tidak memaklumkan kami semasa kami diminta untuk berpindah dan menandatangi perjanjian dengan Jenbina dalam tahun 2005. Mereka telah menyalah-bimbing kami untuk berpindah dari tapak asal kami.

Apa yang menghairankan kami ialah, di ruang tanah rumah lama kami di Kg Bersatu selepas kami berpindah, terwujudnya 6 lot tanah diberi geran, iaitu No PT 77047, PT 77048, PT 77049, PR 77050, PT 77051 dan PT 77052. Kenapakah lot tanah yang bergeran yang baru boleh dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/ Tanah Petaling di tapak yang kami pernah bermastautin? Kenapakah 6 lot tanah bergeran tersebut dimiliki oleh pemegang yang baru dan bukannya di bawah nama tuanpunya rumah yang asal di tapak berkenaan? Bukankah ini merupakan penipuan bagi pihak authority berkenaan? (Lampiran 4)

3) Bagi 2 tuanpunya rumah (Shanmugam a/l Munisamy dan Cheong Wai Kwok) yang tidak menandatangani surat perjanjian dengan Jenbina, mereka tidak diberi pampasan tanah oleh Jenbina Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, mengikut surat yang difakskan oleh Pejabat Daerah/ Tanah kepada peguam 14 tuanpunya rumah yang rumah mereka dirobohkan, iaitu Richard Tee & Co, Shanmugam a/l Muniasamy diberi tanah PT46625 dan Cheong Wai Kwok diberi tanah PT 46671 di Puchong Prima. (Lampiran 5)

Apabila kami membuat carian (search) di Pejabat Daerah/Tanah Selangor, kami mendapati PT46671 sebenarnya dipegang oleh So Way Xiang (No Kad Pengenalan: 830930-xxxx). Alamat So Way Xiang ialah S699, Lorong 8, Kg Bersatu, Batu 13, Puchong. 47100 Puchong. Alamat ini langsung tidak wujud dalam Kg Bersatu. Selain itu, So Way Xiang ialah anak kepada Arthur So, Ketua Cawangan MCA Kg Bersatu. Ini menunjukkan bahawa Arthur So telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengambil-alih lot tanah pampasan yang sepatutnya diberi kepada Cheong Wai Kwok untuk anaknya sendiri. (Lampiran 6)

4) Sebelum penstrukturan Kg Bersatu diadakan, kampong kami hanya mempunyai 192 unit rumah sahaja. Kami tidak faham kenapakah terwujudnya 235 unit rumah dalam pelan juru ukur Kg Bersatu selepas penstrukturan diadakan? Penambahan 43 unit geran rumah ini juga bermaksud sesetengah rumah dipaksa untuk diperkecilkan saiznya demi pengwujudan 43 unit yang baru. Apa yang anih ialah, sebelum pelan juru ukur ini diwartakan, kami mendapati kesemua 43 unit geran ini telah mempunyai pemilik baru semasa kami membuat carian di Pejabat Daerah/ Tanah Petaling. Soalannya ialah, siapakah yang memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk meluluskan geran kepada 43 unit pemilik baru ini? Apakah kriteria pemberian geran kepada semua pemilik baru geran di Kg Bersatu ini? (Rujuk kepada pelan asal Kg Bersatu dan pelan baru Kg Bersatu di bawah syarikat Jurukur Teguh)

5) Dalam surat perjanjian yang dimeterai oleh 48 tuanpunya rumah dengan Jenbina Sdn Bhd yang bertarikh 13 Mei 2005, surat itu menyatakan bahawa lot-lot kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur akan diberikan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Akujanji ditandatangani (rujuk Lampiran 1). Tetapi kesalnya, tanah lot pampasan tersebut masih belum diserahkan kepada kami sehingga hari ini. Selain itu, tapak kediaman lama kami di Kg Bersatu telah terbiar dan ia tidak digunakan oleh pamaju Jenbina Sdn Bhd untuk membina pembetungan untuk projek pembangunan di Kg Tun Razak sebagaimana yang dijanjikan.

Saya dan 47 tuan rumah yang lain yang di Kg Bersatu yang dipaksa berpindah merasa kami telah ditipu oleh sesetengah pihak yang berkuasa, dan saya mengesyaki berlakunya rasuah dan penipuan dalam isu penstrukturan Kg Bersatu ini. Saya berharap pihak Badan Pencegah Rasuah boleh menyiasat aduan saya. Sekian laporan saya. Terima kasih.

Ho Wai Fun

3 thoughts on “Land Scandal Victims in Kg Bersatu Puchong Lodge ACA Report”

  1. Pingback: Hi-5 » Land Scandal Victims in Kg Bersatu Puchong Lodge ACA Report
  2. lee wee tak says:
    Sunday, 24-02-2008 at 20: 49.29

    Restore local authority election and clean up the judiciary will be the antidote to all this unfortunate events.

  3. treychong says:
    Friday, 29-02-2008 at 01: 36.12

    I was staying in Kampung Bersatu a few years ago. My family has two land lots there. And we are the victims in this land scandal too.

    About our Ketua Kampung, Arthur So, we all know him well, he used to try in whatever way to cheat us all these years. He had declared bankruptcy last 3 decades ago, but his sons, So Way Xiang and an elder son, had already driving BMWs when they were studying.

    In fact, you will easily find Dr. Kow Cheong Wai and Arthur So playing mahjong and singing karaoke in Kampung Bersatu MCA office till midnight almost everyday.

    Thanks for helping us, Ms. Teresa. Wish you all the best in this coming election. And together we deny BN 2/3 victory.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme