Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai “Pencurian Isteri” & Siasatan Polis Terhadap Pegawai SPRM

Posted on Tuesday, 20-10-2009Wednesday, 21-10-2009 by -ec-

Pertanyaan: Lisan

Daripada: Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Tarikh: 19 Oktober 2009

Rujukan: 2035

Soalan: Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda Seksyen 498 Kanun Jenayah (Penal Code) yang mengenakan hukuman terhadap seorang lelaki yang ‘mencuri’ ataupun mengadakan hubungan sulit dengan wanita berkahwin. Apakah asa pertimbangan Kerajaan dalam isu ini?

Jawapan: Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, setakat ini Kementerian tidak bercadang untuk meminda Seksyen 498 Kanun Keseksaan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat oleh kerana undang-undang sedia ada adalah memadai. Tambahan pula, kes sedemikian merupakan kes terpencil di mana setakat ini, hanya 1 kes dilaporkan pada tahun 2008. Selain itu, sekiranya wujud elemen lain seperti menyebabkan kecederaan dalam cubaan si penjenayah untuk memikat mangsa, maka Seksyen 323 dan 325 Kanun Keseksaan akan terpakai di mana hukuman yang lebih berat menanti pelaku sekiranya sabit kesalahan.

……………………

Tarikh: 20 Oktober 2009

Soalan: Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan aduan dan laporan polis berkenaan dengan keganasan yang dilakukan oleh pegawai siasatan SPRM yang dibuat olleh orang yang disiasat dalam 5 tahun yang lepas. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini dan memperbaiki imej SPRM?

Jawapan: YB Dato’ Seri Mohamed Nazrio Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua,

Dari tahun 2005 hingga 30 September 2009, pihak PDRM telah membuka sejumlah 58 kertas siasatan di seluruh negara melibatkan dakwaan penggunaan kekerasan oleh pegawai-pegawai BPR/SPRM ke atas orang yang disiasat. Setakat ini, tiada rekod menunjukkan terdapat pegawai BPR/SPRM telah didakwa di mahkamah atau dikenakan sebarang tindakan tatatertib berikutan siasatan yang dijalankan.

Kebelakangan ini, terdapat trend apabila seseorang yang ditangkap atau disiasat oleh SPRM membuat laporan polis menyatakan mereka didera atau dipaksa untuk membuat pengakuan kepada SPRM selepas mereka dibebaskan atau selesai diambil keterangan. Tindakan mereka ini dibuat semata-mata bertujuan untuk mengelakkan pengakuan mereka dijadikan sebagai keterangan di mahkamah kelak. Ia juga mungkin bertujuan untuk meraih simpati serta memberi gambaran kepada masyarakat bahawa SPRM adalah agensi penguatkuasa yang kejam.

Bagi mengelakkan dakwaan-dakwaan sedemikian berlanjutan, SPRM telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

a) mewujudkan bilik temu duga dan rakan penyataan yang khusus dilengkapi dengan keperluan logistik seperti kelengkapan CCTV dan kemudahan komputer bagi proses rakaman percakapan di setiap pejabat SPRM.

b) mengadakan kursus / latihan yang komprehensif bagi membentuk kemahiran dan pengalaman pegawai SPRM dalam pengedalian teknik temu duga atau investigative interviewing. Kemahiran dan pengalaman tersebut membolehkan pegawai mendapatkan kerjaasama, kebenaran dan pengakuan daripada saksi dan suspek melalui kaedah psikologi tanpa membabitkan sebarang unsur kekerasan atau penderaan.

c) Mewujudkan garis panduan seperti Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya berhubung pelaksanaan teknik temu duga atau investigative interviewing.

Sekian, terima kasih.

2 thoughts on “Jawapan Parlimen Mengenai “Pencurian Isteri” & Siasatan Polis Terhadap Pegawai SPRM”

  1. CHEAH YEUNG HUA says:
    Wednesday, 21-10-2009 at 13: 45.16

    Cadangan YB utk meneliti kes-kes melibatkan lelaki atau perempuan yang mengadakan hubungan diluar perkahwinan patut diberi prihatin. Mangsa biasanya akan mengalami kerugian kewangan yang besar (dari segi pinjaman), ada anak (mungkin luar nikah), terpaksa menanggung nafkah hidup seisi keluarga (sebab lelaki atau perempuan itu tidak mahu bekerja tetap dan tidak memberi nafkah). Lelaki atau perempuan itu kebanyakkan menipu kasih dan kewangan dengan pelbagai alasan. Ada juga yang berlebihan dan mahu mengenakan mangsa kehabisan dengan pelbagai cara jika mangsa berjaya menarik diri daripada terus menderita dalam hubungan tak bermanfaat itu. Lelaki atau perempuan yang mengadakan hubungan sebegitu patut diawasi (hadir di pejabat polis untuk suatu tempoh), gambar disiarkan (surat khabar, Jabatan Pendaftaran Negara – Bahagian Perkahwinan/Pendaftaran Anak) dan dikenakan hukuman yang setimpal (dengan kelakuan/gangguannya) supaya semua orang prihatin. Kerana biasanya selepas hubungan sebegitu, mangsa mengambil masa yang lama untuk pulih daripada gangguan emosi, masalah kewangan dan lain-lain masalah yang ditinggalkan dan yang dibuat oleh lelaki atau perempuan itu. Biasannya mangsa tidak tahu dimana boleh mendapatkan bantuan atau susah mendapatkan bantuan yang sepatutnya pada masa itu. Berharap YB terus prihatin terhadap kes-kes sebegini. Terima Kasih. -mangsa-

  2. lee wee tak says:
    Wednesday, 21-10-2009 at 14: 35.02

    if the answer was true, then how come in Teoh Beng Hock’s case, the officers of SPRM were neither trained nor equipped with necessary experience

    Investigative interview?

    what the hell does that mean? Bombarding questions beyond reasonable hours until fatigue sets in to get the desired but may not be accurate statements?

    If it is suppose to be interview, how come someone from Pakatan died. Those from the BN camp like Ong Tee Keat and his flight supplier were subject to II as theu emerged smiling, confident and well.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme