Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bulan Bahasa Kebangsaan di Selangor

Posted on Tuesday, 13-10-2009Tuesday, 13-10-2009 by -ec-

bula bahasa small

Yang merah saga

Yang kurik kundi

Yang indah bahasa

Yang baik budi

Pada petang tadi, saya menyertai majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di Shah Alam.

DSC05649 small

Ucapan alu-aluan oleh Yang Bahagia Tuan Rusli b Abdul Ghani, wakil Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

DSC05651 small

Pelancaran oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

DSC05665 small

Saudara yang memimpin kami dalam pelafazan Ikrar Setia Bahasa itu meminta semua yang hadir menaikkan tangan dengan arahan “Up!” dan “Down!” dalam Bahasa Inggeris. Hmmm… mengapa tidak memberi arahan “Naik!” dan “Turun!”?

Di dalam majlis itu, sebuah video telah ditayangkan menunjukkan bagaimana penggunaan Bahasa Malaysia sedang digalakkan dan diperjuangkan di seluruh negara.

Ketika menonton video tersebut, saya berasa kesal apabila mendapati bahawa hanya imej ahli politik Barisan Nasional seperti Najib dan Muhyiddin Yassin yang ditonjolkan dalam video itu. Padahal pemimpin Pakatan Rakyat turut memperjuangkan penggunaan Bahasa Malaysia terutamanya dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). YAB Menteri Besar Khalid Ibrahim turut memberi komen akan perkara ini dalam ucapannya.

Pendirian saya adalah tidak salah menunjukkan ahli politik Barisan Nasional atau dari mana-mana parti di dalam video dasar kebangsaan. Harapan saya cumalah agar video tersebut menunjukkan hakikat. Misalnya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memang telah berusaha dalam penggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia.

Inilah lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”

5 thoughts on “Bulan Bahasa Kebangsaan di Selangor”

  1. Hasbullah Pit says:
    Tuesday, 13-10-2009 at 23: 39.25

    Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan di Malaysia.

    Sekiranya ada seseorang dengan sengaja menggunakan bahasa SMS atau istilah yang dilacurkan (*err), yang menyebabkan ia sukar dibaca oleh bukan Melayu.

    Maka kita boleh menggelarkan mereka sebagai Pengkianat Perpaduan

  2. 4RAKYAT says:
    Wednesday, 14-10-2009 at 00: 06.39

    why only a “month”? i tot malay is the official language?

    this smacks of a lame pr exercise and, quite frankly, it rings on-so hollow…

    dont get me wrong, i am an avid pakatan rakyat fan.

    but really, this…. sigh….

    4RAKYAT

  3. alibaba says:
    Wednesday, 14-10-2009 at 00: 44.07

    sometime you can only do so much…

  4. Yamashita says:
    Wednesday, 14-10-2009 at 02: 10.35

    Itulah masalah dengan kebanyakan kakitangan kerajaan. Bila sebut pemimpin negara, mereka hanya ingat pemimpin UMNO BN, seakan-akan 1Malaysia hanya untuk pemimpin UMNO BN sahaja. Atau itu memang konsep PM Najib?

    Jika tidak, video berkenaan perlu menunjukkan pemimpin-pemimpin (tidak kira BN atau PKR) yang terlibat dalam program memperkasakan Bahasa Kebangsaan.

  5. Isa says:
    Wednesday, 14-10-2009 at 11: 39.39

    UMNO pun akronim dalam Bahasa Inggeris……United Malay National Organisation…..Kenapalah parti bangang tu tak tukar ke Persatuan Melayu Kebangsaan Bersatu…..
    Tak pun, tukar le macam apa yang dicakap oleh YB Nga Kor Ming…..
    U
    Must
    Not
    Object

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme