Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Frustration of ICT Pros Towards MDeC

Posted on Thursday, 23-11-2006Thursday, 23-11-2006 by Teresa

Today I managed to raise problems faced by ICT professionals when dealing with the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) during the debate of budget allocation of the ministry. Only four MPs participated in the debate and I was one of them.

My speech was based on discussions with a few ICT professionals who were very frustrated with Multimedia Development Corporation (MDeC). They feel MDeC has failed to assist them to develop their ICT business, but uinstead, the officers of MDeC like to dictate them on creative directions. In their views, MDeC should be a government agency that provide assistance to them and not to restrict their freedom and tell them what to do.

When the Parliamentary Secretary of MOSTI answered my speech today, he denied all the allegations that I made in my speech. He claimed MDeC was always helpful to the ICT professionals and operators. I then told him that my speech was based on the views expressed to me by some ICT professionals. I suggested he and the minister meet with these ICT professionals and ICT operators to hear their grievances. He said he’ll convey this to his minister and his ministry.

At the end of my speech, I also enquired about the invitation extended by the Minister Jamaludin Jarjis (JJ) to the DAP MPs in the Dewan Rakyat to visit MDeC at the last sitting. I said now fasting month is over, the Hari Raya is over, and yet the date of visit has been postponed again and again. Actually, I ran into JJ last night at a hotel lounge when I went to see my friend who was a guest there. JJ looked very relaxed, he did not bother to come to wind up the debate of his ministry in Parliament, he seemed to have forgotten about his invitation to us at all.

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Pada 23 November 2006

01900 Multimedia development corporation (MDEC)

Datuk Pengerusi, saya ingin menyampaikan pandangan beberapa pengurus di bidang ICT mengenai pandangan mereka terhadap MdeC dan eranan yang harus dimainkan oleh MDEC di dewan yang mulia ini.

Pengurus syarikat ICT memegang pandangan bahawa MDEC sepatutnya sebuah agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada syarikat-syarikat di industri ini, tetapi apa yang dilakukan oleh MDEC ialah sebaliknya. Masalah dengan MDEC sekarang ialah, ia cuba memberi arahan kreatif kepada pengurus syarikat ICT di industri ini. Apabila pegawai MDEC ditanya tentang rasional sesetengah keputusan dibuat oleh MDEC, mereka selalu berkata ia adalah arahan daripada atasan, tetapi mereka tidak dapat beritahu siapakah bos yang memberi arahan. Selain itu, mereka juga selalu menggunakan nama “Tan Sri” semasa memberi arahan, tetapi tiada siapa tahu samada ini adalah arahan daripada ‘Tan Sri’.

Pengarah-pengarah syarikat ICT ini berpendapat bahawa MDEC sepatutnya mengambil arahan daripada profesional ICT dan bukan sebaliknya. Mereka berharap MDEC boleh berhenti memberi arahan kepada mereka dan memberi lebih ruang dan kebebasan kepada mereka untuk menghasilkan produksi kreatif. Mereka juga berharap pihak kementerian boleh memecat pegawai yang mempunyai ego yang tinggi dan yang suka memberi arahan yang bukan-bukan kepada professional syarikat ICT.

Selain itu, profesional ICT yang saya temui juga berharap pihak MDEC boleh menghentikan praktis kronisme yang hanya memberi bantuan kewangan kepada segelintir profesional yang rapat dengan mereka, tetapi peruntukan dan bantuan harus diberi berdasarkan kemahiran dan kreativiti mereka.

Profesional ICT berpendapat MDEC tidak harus membelanjakan wang untuk mengadakan ‘capacity building’ dari segi hardware, tetapi mereka harus memberi tumpuan untuk memberi bantuan dari segi hubungan di antara industri pada kerajaan. Misalnya, sekiranya sesebuah syarikat ICT ingin mengadakan satu kolej untuk mengajar orang ramai macam mana menggunakan 3D animation, MDEC sepatutnya membantunya untuk mendapat bantuan profesional dengan menggunakan status dan pengaruhnya sebagai agensi kerajaan. Selain itu, sekiranya sebuah syarikat ingin mengupah animator dari luar negeri, maka MDEC juga harus memberi bantuan kepada syarikat ini.

Cadangan daripada profesional ICT yang saya temui bercadang kementerian memecat anggota lembaga pengarah yang dilantik oleh kerajaan dalam MDEC dan gantikan mereka dengan:

i) Orang yang bebas daripada industri ini untuk berkhidmat di industri ini;

ii) Wakil rakyat ataupun orang yang berwibawa.

Mereka cadangkan bahawa kerajaan seharusnya belajar daripada Singapura, di mana apabila MDA (media development authority) mengadakan ‘joint venture’ dengan National Geographic dan Discovery Channel untuk menghasilkan documentaries, tindakan ini pun membuka Singapura sebagai hub kepada produksi documentary.

Manakala apabila FINAS melancarkan program yang sama, ia hanya buka pintu kepada 2 productions dan hanya kepada ahli FINAS sahaja. Ini pun memotong jalan ataupun menghalang mereka yang betul-betul mahir dalam industri ini daripada menyertai program ini. Keputusan ini tidak akan menyumbang kepada perkembangan industri ini.

Akhirnya, saya ingin tanya, YB Menteri pernah menjemput ahli Parlimen DAP untuk melawat MDEC dalam sidang Parlimen yang lepas, tetapi sehingga hari ini, bulan puasa dan Hari Raya sudahpun lepas, tetapi jemputan ini masih belum dihantar kepada kami. Apakah YB Menteri takut pada kami?

1 thought on “Frustration of ICT Pros Towards MDeC”

  1. Sensual Sophia says:
    Thursday, 23-11-2006 at 15: 55.18

    May I also suggest that MDec stop wasting taxpayers money in hiring silly external consultants to “help” ICT professionals extend/expand their businesses. All these consultants do is take their business plans, rephrase and reword them, and make it their OWN recommendations.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme