Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Memo on MPSJ Draft Structure Plan

Posted on Wednesday, 30-01-2008Wednesday, 30-01-2008 by Teresa

On Monday, 28th January 2008, I submitted a memorandum to Subang Jaya Municipal Council, to air my view on the MPSJ Draft Structural Plan.

I was so busy last week with various issues, particularly the DAP Elections Convention that was held in Penang last Saturday. I rushed half of my text below on Saturday afternoon before I departed for Penang, then I wrote another one page during the convention, then another two pages on the morning of 28th January 2008, before I left for MPSJ. Most of the points are on Puchong area, these are the issues presented to me by residents.

Well, you might wonder why I wrote in this format. This is the format required by MPSJ, meaning they want us to go straight to the point and give our suggestions.

I presented the memo together with Au Yong Han Wah, the DAP Selangor Chairman, and my assistant Yin Mei Yee at the counter of Town Planning of MPSJ.

Bantahan dan Cadangan Teresa Kok Terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya Yang Dibentangkan Pada 28 Januari 2008

1) Padang dan taman rekreasi di Puchong

Bantahan:

Pelan Induk tidak menunjukkan MPSJ mempunyai rancangan untuk menambah padang dan taman rekreasi di banyak tempat kediaman di Puchong.

Hampir setiap inci di bawah pentadbiran MPSJ telah digunakan untuk pembangunan.

Cadangan:

MPSJ harus menghendaki pamaju yang membangunkan tempat kediaman baru untuk memperuntukkan padang sebesar padang bola sepak dan taman rekreasi.

2) Perlancongan Eko (Eco Tourism) di Rezab Hutan Simpan Ayer Hitam

— Menyokong cadangan ini.

Cadangan:

Mencadangkan MPSJ mencontohi kawasan rekreasi Bukit Kiara semasa membangunkan rezab hutan Ayer Hitam.

Mencadangkan supaya MPSJ membuka sebahagian daripada tempat ini untuk dijadikan “jogging track” yang mempunyai lampu jalan yang terang supaya pesenam ataupun pelari boleh membuat senaman pada waktu malam.

Tempat yang mempunyai “jogging track” dan tapak berkhemah harus diadakan CCTV demi menjaga keselamatan para pesenam, pelari ataupun pelancong.

Memandangkan terdapat banyak jenayah seperti perompakan dan pencurian berlaku di Bukit Jalil Park, adalah penting bagi pihak MPSJ untuk mementingkan aspek keselamatan di tempat ini. Jadi adalah baik bagi MPSJ untuk mendirikan balai polis di rezab hutan tersebut.

3) Millennium Park Persimpangan jalan di SS15

Bantahan:

Mellennium Park diklasifikasikan sebagai tanah hijau dalam Draf Rancangan MPSJ tetapi tempat itu telahpun diambil-alih oleh sebuah kedai mamak sekarang.

Cadangan:

MPSJ haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa yang mencerobohi tanah hijau di SS15.

4) Tasik di taman rekreasi

Bantahan:

Banyak tasik di Puchong dan MPSJ telahpun dicemari dengan serius. Contoh yang nyata ialah Tasik di Taman Wawasan, Subang Ria, Taman Mutiara Puchong. Ikan malah dilaporkan mati di Taman Mutiara Puchong.

Cadangan:

MPSJ seharusnya memantau kejernihan air di tasik di taman rekreasi di bawah jagaan MPSJ.

Perumahan

5) Tapak letak kereta di pangsapuri dan rumah pangsa kos rendah

Bantahan:

Pelan Induk tidak menyatakan rancangan MPSJ untuk menambah tapak letak kereta di pangsapuri, termasuk rumah pangsa kos rendah.

Cadangan:

MPSJ harus meningkatkan nisbah kereta per unit ke 2.5 kereta per unit, dan nisbah ini seharusnya diwartakan. Ini adalah untuk memastikan pembeli rumah diberi tempat letak kereta yang cukup di rumah kediaman mereka, termasuk rumah pangsa kos rendah.

6) Pembangunan kawasan perumahan.

Jadual 7-3-1, BPK 3.2 (Bandar Putra Permai)

Jadual 7.4.1, BPK 3.3

Jadual 7.5.1, BPK 3.4 (Blok Perancangan Kecil 3.4, Puchong)

Bantahan:

Kebanyakan kawasan ataupun projek perumahan baru di Puchong adalah untuk golongan kelas menengah dan menengah atas. Ini dibayangkan dalam harga jualan rumah baru pangsapuri, kebanyakannya melebihi RM150,000.

Kawasan perumahan yang agak baru di Puchong seperti Bandar Puteri dan Puchong Jaya adalah lebih kepada golongan kelas menengah atasan.

Keadaan ini menjadikan orang miskin di kawasan Lembah Klang, kurang mampu membeli rumah.

Kecenderungan MPSJ yang lebih menjaga pembeli rumah kos menengah atasan boleh dibayangkan dalam Jadual 7-3-1 (BPK 3.2 (Bandar Putra Permai), di mana cadangan guna tanah yang lebih diberi kepada perumahan bukan strata (13.43%) berbanding dengan perumahan strata (5.83%).

Cadangan

MPSJ seharusnya memperuntukkan lebih tempat perumahan kos rendah kepada penduduk yang berpendapatan rendah.

Kawasan perumahan kos rendah seharusnya diberi kemudahan pengangkutan awam.

7) Lebuh Raya Damansara Puchong

Bantahan:

Kesesakan selalu berlaku di kedua-dua belah LDP dari Puchong ke Sunway, khususnya di bahagian pondok pengutipan tol.

Cadangan:

Memandangkan syarikat konsesi tol LDP telah mengaut keuntungan yang tinggi, syarikat itu haruslah menambahbaikkan keadaan ini, samada dengan membesarkan LDP ataupun mengadakan lebuhraya dua tingkat untuk meredakan kesesakan tersebut.

8) Lebuh Raya Subang – Kajang

Bantahan: Cadangan Lebuh Raya Subang-Kajang tidak menyambungkan Subang dengan Kajang.

Cadangan:

MPSJ harus menjelaskan kenapakah projek ini diberi nama yang begitu mengelirukan? Apakah tujuan utama jalan ini dan “alignment” lebuh raya tersebut. Apakah lebuh raya ini merupakan lebuh raya bertol?

9) Lebuh Raya Bertol

Bantahan:

Kawasan di bawah pentadbiran MPSJ mempunyai terlalu banyak lebuh raya bertol yang mengenakan kenaikan harga tol yang mendadak. Contohnya: Lebuh Raya Kesas, Lebuh Raya Damansara Puchong, New Pantai Expressway.

Cadangan:

MPSJ seharusnya menegah penambahan pembinaan lebuh raya bertol dalam masa yang akan datang.

MPSJ haruslah membina lebih jalan raya alternative kepada lebuh raya bertol tersebut.

MPSJ haruslah menambahbaikkan pengangkutan awam di kawasan pentadbiran MPSJ.

10) LRT

Setuju.

Cadangan:

MPSJ harulah menambah tempat letak kereta dan malah membina tempat letak kereta bertingkat kepada orang ramai yang ingin mengambil LRT, supaya penumpang LRT boleh meletakkan kereta mereka di stesyen LRT semasa mereka mengambil LRT ke pusat bandar.

MPSJ harus mengadakan kemudahan untuk menjaga keselamatan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta LRT, di samping menjaga keselamatan orang awam di stesyen LRT.

11) Keselamatan Orang Ramai

Bantahan:

Keselamatan penduduk dan orang awam di kawasan Lembah Klang terancam. Jenayah seperti perompakan, ragut, rogol dan sebagainya berlaku setiap hari di banyak kawasan kediaman yang ditadbirkan oleh MPSJ.

Cadangan:

i) Tugas pegawai penguatkuasaan MPSJ tidak harus dihadkan pada mengeluarkan saman kepada orang yang melanggari peraturan MPSJ sahaja. Pegawai penguatkuasaan MPSJ haruslah diberi tugas untuk menjaga keselamatan orang ramai sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan pegawai polis.

ii) MPSJ haruslah mengadakan lebih CCTV di banyak tempat di Subang Jaya, Puchong dan Seri Kembangan.

iii) Bahagian Perancangan MPSJ haruslah menghendaki pemaju projek pembangunan baru untuk mementingkan keselamatan pada tahap perancangan terawal.

iv) MPSJ haruslah menegakkan pagar (railing) ataupun mengadakan barisan pokok bunga berpasu sebagai perantaraan (buffer) di antara bahagian pejalan kaki dengan jalan raya, sebagai langkah untuk mengelakkan pejalan daripada diragut ataupun dirompak oleh penjenayah bermotorsikal.

12) Sekolah Rendah Cina

Bantahan:

Kawasan Puchong sekarang mempunyai 3

buah sekolah rendah Cina sekarang, iaitu SJK(C), Han Ming dan SJK (C) Ladang Harcroft & SJK(C) Yak Chee.

Memandangkan semakin ramai penduduk di Lembah Klang, khususnya kaum Cina akan pindah ke kawasan perumahan baru, ini bermaksud permintaan untuk sekolah Cina juga akan meningkat pada tahun 2020. Selain itu, SJK(C) juga merupakan sekolah yang terima pelajar pelbagai kaum.

Cadangan:

Walaupun MPSJ tidak mempunyai kuasa untuk membina sekolah, tetapi MPSJ boleh mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran tentang keperluan pembayar cukai di Puchong dan membuat peruntukan tanah demi memenuhi keperluan penduduk Puchong pada tahun 2020.

13) Tempat Beribadat Bukan Islam

Bantahan:

Penduduk bukan Islam selalu menghadapi masalah kekurangan tempat beribadat kerana kerajaan tempatan tidak memperuntukkan tanah kepada tempat beribadat bukan Islam yang cukup kepada mereka.

Gereja Kristian ditegah untuk menggunakan ruang kedai di kawasan perindustrian untuk menjadi tempat beribadat mereka oleh MPSJ.

Cadangan:

MPSJ harus mengadakan rundingan dengan kesemua pemimpin majlis agama bukan Islam untuk menentukan keperluan tempat beribadat bukan Islam, sebagai langkah untuk memupuk keharmonian masyarakat di kawasan pentadbiran MPSJ.

14) Gereja Katholik Guadalupe

Bantahan:

Gereja Katholik Guadalupe terletak dalam sekeping tanah yang dibahagikan (sub-divide) kepada 3 bahagian. Malangnya, tanah gereja tersebut adalah “lease hold”, tetapi lot tanah di keliling gereja itu adalah “free hold”, dan salah lot tanah ini adalah tanah pemilikan MPSJ. Ini merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap gereja tersebut dan ia telah mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Cadangan:

MPSJ harus bekerjasama dengan pejabat tanah untuk mengatasi masalah ini, dan mengembalikan status tanah Gereja Katholik Guadalupe tersebut.

15) Tanah lapang di antara Saujana Puchong dan Taman Lestari Putera dijadikan tanah perkuburan

Bantahan:

Tanah lapang di antara Saujana Puchong dan Taman Lestari Putra digunakan sebagai tanah perkuburan adalah amat tidak munasabah.

Rancangan ini malah jelas ditunjukkan dalam peta cadangan gunatanah MPSJ.

Tindakan MPSJ ini telah mencetuskan bantahan kuat daripada penduduk di kedua-dua tempat kediaman tersebut.

Cadangan:

MPSJ haruslah mengambil kira bantahan kuat yang dikeluarkan oleh masyarakat penduduk di sekeliling tanah lapang tersebut, dan membatalkan cadangan projek perkuburan tersebut demi memelihara keharmonian masyarakat di Puchong.

2 thoughts on “Memo on MPSJ Draft Structure Plan”

  1. shine says:
    Thursday, 31-01-2008 at 16: 54.49

    Hi YB Kok

    I would like to praise you for the your contribution tot he ppl in Subang Jaya even though we dont come under your constituency.

    Nobody dares talk about places of worship for non-muslims, and you did! In USJ, almost all the taman’s have either a mosque or a surau but in the whole of Subang Jaya i think there are only 2 landed churhes where the building was built to be a church and not a shop lot converted to a church. Mind you to the best of my knowledge there are no non Muslim cemetery.

    YB, in your laporan, you made a mistake which I hope does not hinder the ‘investigation’. The Millienium Park is located in SS13 and not SS15 as mentioned.

    Anyway, may God continue to shower His abundant blessings on you and your staff so that you can continue to serve the rakyat.

  2. lee wee tak says:
    Friday, 01-02-2008 at 15: 42.20

    very relevant points. but to ask MPSJ to assist police in ensuring safety….local authority regulations have to be amended and the officers must be equipped to handle criminals….

    it would be interesting to see how MPSJ respond but how come your initiative is not reported in any of the local media? perhaps the Sun can rely your “bantahans” to show that there are some hard working and blight thinking MPs around.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme