Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sabtu yang penuh meriah dengan kacau dodol, buka puasa di masjid dan perayaan Poh Toh bersama penduduk

Posted on Thursday, 17-09-2009Thursday, 17-09-2009 by -ec-

Pada Sabtu yang lalu, jadual saya penuh sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti meriah bertemu dengan penduduk.

Mula-mula sekali, saya menyertai majlis kacau dodol yang pertama bersama penduduk Kinrara. Bukan mudah nak gaul dodol yang lekit itu!

DSC04735 small

DSC04752 small

Selepas kacau dodol di Kinrara, saya menyertai Mesra Rakyat Kacau Dodol yang diadakan Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong. Program ini dianjuirkan oleh MPSJ Jawatankuasa Penduduk Zon 8.

DSC04758 small

Yang berbaju merah ialah Timbalan Yang Dipertua MPSJ Yusoff b Ghazali dan yang berbaju kuning ialah Ahli Majlis MPSJ Pn Norhesni Bt Ismail.

DSC04787 small

Seterusnya, saya ke Masjid Ar-Rahman di Puchong Jaya untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama muslimin dan muslimat. DSC04780 small

Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kinrara saya.

DSC04804 small

Menunjukkan sampel percuma “dim sum” yang bakal diajar cara pembuatannya.

Di dalam majlis itu, saya mengambil kesempatan memberitahu pemimpin setempat tentang cadangan saya untuk mengadakan bengkel membuat “dim sum” (kuih yang di-stim) untuk mengajar penduduk yang berminat supaya mereka boleh berniaga “dim sum” dan meningkatkan sumber pendapatan. Saya telah pun berbincang dengan seorang pekilang SMI “dim sum” halal yang telah pun bersetuju mengajar bagaimana membuat “dim sum” kepada penduduk setempat.

Saya mengutarakan idea bengkel ini kerana dari pemerhatian saya, saya mendapati bahawa kebanyakan para peniaga di kampung menjual produk makanan yang sama sahaja, misalnya nasi lemak yang sama sahaja. Oleh itu, mereka bersaing sesama sendiri dan pendapatan mereka juga tidak tinggi.  Jikalau mereka  dapat mempelbagaikan produk jualan, maka peluang untuk mendapat pendapatan yang lebih baik juga akan meningkat.

DSC04809 small

Menerima cenderahati daripada penduduk. Terima kasih saya ucapkan.

DSC04808 small

YB Gobind, Ahli Parlimen Puchong, juga datang menyertai majlis berbuka puasa ini.

DSC04815 small

Selepas itu, dari masjid, saya berlepas ke majlis seterusnya iaitu perayaan Poh Toh di Salak South bersama Hui Zhou Association Puchong.

DSC04831 small

Sebenarnya saya ada merasa letih juga kerana tidak berhenti-henti berjumpa dengan penduduk, berinteraksi dengan mereka, dari majlis ke majlis. Namun, itulah tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan dengan sokongan semua, saya akan terus berusaha menjalankan tugas saya sebaik mungkin.

9 thoughts on “Sabtu yang penuh meriah dengan kacau dodol, buka puasa di masjid dan perayaan Poh Toh bersama penduduk”

  1. augustine yeo says:
    Thursday, 17-09-2009 at 13: 01.01

    YB,
    Saya berasa gembira melihat YB bermesra bersama rakyat di hari yang mulia ini. Teruskan bersama rakyat untuk menujukan bahawa parti DAP bukan parti yang menghina Islam atau orang melayu yang digambar oleh UMNO. DAP adalah parti yang berbilang bahasa dan hari yang mulai ini terbukti bahawa parti ini dapat bercampur dengan lain-lain bangsa dan budaya.

  2. chong says:
    Thursday, 17-09-2009 at 14: 05.45

    you gotta mix the chinese and malay more. thanks & well done.

    take good care of yourself. and don’t forget the nail down the scumbag khir toyol. it should be the no 1 in the selangor government must do list.

    selamat hari raya!

  3. seafood says:
    Thursday, 17-09-2009 at 15: 07.29

    ALLAH SWT MAHA AGUNG
    SYABAS…
    SALAM AIDILFITRI…RAKYATKU..
    MAAFZAHIRBATIN.
    HATI2DJALANRAYA.

  4. A. Mary says:
    Friday, 18-09-2009 at 08: 36.40

    Keep up the good work Ms. Kok. God bless you and guide you always.

  5. brainless says:
    Friday, 18-09-2009 at 22: 13.49

    YB,

    UMNO must be envious of you especially the one who reported being threatened by … , alien from outer space?. As far as I know, no one wants him dead, not even the alien! Khir Toyo’s presence is actually a god sent figure to help strenghten PR’s hold on Selangor.

    Seeing you mixing well with your Malay constituents is enough to boil his (Khir Toyo’s) blood. I wonder what this racist would write in his blog.

    Anyhow, show UMNO that DAP is colour blind. DAP fights for justice, equality, fairness, and dignity for all regardless of ethnic origins.

    Carry on you good work. And … “Selamat Hari Raya Adil Fitri to all our muslim brothers and sisters. Happy holidays to all non-muslim friends.”

  6. Greenbug says:
    Saturday, 19-09-2009 at 01: 22.20

    Thats the way to go, YB! Well done. Keep working hard for the people and forget about the little petty Toyol and his childish antics…

  7. mtgbertam says:
    Saturday, 19-09-2009 at 17: 31.47

    It’s a very good idea to teach the muslim hawkers how to make dim sum, in fact many more cuisine’s could be learned by them as an alternative of conventional food.

    Keep it up YB

  8. LeeZ says:
    Saturday, 19-09-2009 at 22: 55.18

    I am malay and I like dim-sum A LOT!!!
    GOOD JOB YB!!!

  9. salahsilahnegara says:
    Sunday, 20-09-2009 at 10: 37.35

    Syabas YB Teresa Kok mendampingi rakyat yang diwakilinya dan bantu kacau dodol lagi dan juga pergi ke masjid siap pakai baju kurung lagi ala gadis Melayu. Begitulah orang jika mahu mendokong slogan 1Malaysia. Saling faham memahami di antara satu sama lain dan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat. Jika tak silap saya, YB Teresa Kok pernah berjumpa YB Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan mungkin untuk minta nasihat dan pandangan agaknya.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme